Baguette ini menjadi galang ganti kepada nasi... |
Kisah baguette ini juga pernah berlaku dua tahun lepas, menyelamatkan kami (arghhh radio Sinar FM pula pasang lagu keroncong Hetty Koes Endang....seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan..ini liriknya, ntah apa tajuk aku tak pasti...) aku cuma dengar kerana fikiran aku teringat kepada baguette ini yang pernah menyelamatkan kami pada suatu musim sejuk di pinggir London. Suhu adalah -12 di bawah paras beku...pehhh aku rasa tulang aku pun turut jadi beku. Ampun lah...sejuk gila!
Ketika itu, hujung 2010, aku, Kakak S dan D terpaksa bermusafir selama hampir 12 hari ke London kerana tugas. Kami mencatu belanja kerana masalah cuaca yang menyebabkan kami
terperangkap tak boleh balik ke KL. Ketika itu seluruh Eropah dilanda ribut salji dan mencatat sejarah paling buruk terhadap kota besar di Eropah. Banyak flight terpaksa dibatalkan penerbangannya kerana salji tebal dan petugas terpaksa d'ice dulu aircraft sebelum terbang. Bengang, daripada lapan hari musafir, jumlahnya bertambah menjadi 12 dan tiga hari daripadanya kami makan tidur di Stansted, tidur beralas lantai marmar yang sejuk gila. (Aku dapat idea untuk sebuah kisah pendek ketika terkandas di lapangan terbang ini...)
Tiada apa yang hendak dipelikkan kerana beratus2 orang lain juga terkandas seperti kami. Sebelum itu, sepanjang bertugas, kami menginap di sebuah bilk asrama kepunyaan pengusaha Melayu di tengah-tengah kota London. Encik S namanya. Aku dan Kakak S menyewa untuk lima hari kerana kami akan bergerak ke tempat lain. D datang singgah dan setelah sehari suntuk bersembang, D diserang deman. Masing-masing lapar, apabila aku jenguk ke bawah, nampak kedai mamak Pakistan (bilik yang kami sewa dan kedai mamak Pakistan ini beri aku idea untuk buat kisah ini) jual buah dan sayur, Kakak S kata elok juga kalau kami makan buah. Perut sudah berbunyi kerana seharian kami tidak keluar akibat salji tebal. Aku turun beli cili, tomato, cheese dan sosej (halal ya) untuk buat open sandwich dan sebatang baguette. D makin demam dan Kakak S masak air.
Naik ke atas, aku cincang capsicum, tomato, sosej dan carik-carik cheese, tabur atas baguette dan letak tepi pendiang. Cheese mencair dan baguette jadi lembut sedikit. Kami makan dengan cepat kerana perut lapar. Berlapar di negara orang tidak pernah akan sama dengan berlapar di dapur sendiri. Berlapar di negara orang bererti berlapar yang sebenar-benar lapar manakala berlapar di dapur sendiri adalah lapar yang main-main.
Dan di Windsor Sg Long ini, walaupun lapar, aku sebenarnya tidak lapar tapi lebih kepada merangka suatu perjalanan yang sedang dirancang..Tuhan, bumi ini luas, jangan ambil dulu nyawa aku kerana aku belum puas menikmatinya keindahanMu...
Baguette juga adalah penyelamat saya di sini. Sedap dimakan dengan apa saja..butter, cheese, sardin, kari, susu or cicah teh or kopi..apatah lagi ketika winter.
ReplyDeletesedappnya.. lapar di negara org betul2 lapar.. hmmm..
ReplyDeleteKhairul Abdullah,
ReplyDeleteYa..ketika di sana kami makan baguette setiap hari dalam usaha jimat bajet, pagi baguette + teh kosong, tengah hari baguette + cheese + serunding dan malam baguette + soup...tiba-tiba baguette itu jadi sedap ketika winter..
HaniAsyira,
ReplyDeleteKalau lapar di negara sendiri, kita masih boleh berusaha cari nasi lemak singgit kan tapi kalau lapar di negara orang, memang lapar itu menyiksakan...
Ish...tak tergambar seksanya mcm ne ms terperangkap dlm ribut salji tu kak. Err...dgn kesejukannya. Mmg tak dapat bygkan. Sejuk pagi musim hujan kat Kl nie pun sy dah menggigil gila. Ni kan lak suhu bwh paras negaif. Ouh!
ReplyDeleteMommyfara,
ReplyDeleteKami terperangkap dalam rumah, jadi tidaklah membahayakan keadaan..cuma rugilah kan, pergi jauh2 tak dapat nak explore semua...nasib baik kedai tu bawah apartmen je...sejuknya menikam tulang sampai rasa beku semuanya, last day tu hidung berdarah kaw2 sebab terlalu sejuk..
LW..
ReplyDeletesy igt tarikh tu sbb masa tu apt kelam kabut dengan penumang yg kandas
lw..mintak emel..nanti tinggal komen kat kotak komen saya..sy janji tak publish..kalau sudi ;)
Irfa,
ReplyDeleteKan..seluruh Europe kandas masa tu dan saya adalah antara penumpang yang tidur di airport selama tiga hari bersama penumpang dari seluruh benua lain...selama ini saya lihat dalam televisyen je penumpang stranded kat airport sekali terkena kat saya, memang pengalaman mahal...hihi
aaah secara tak sengaja dapat idea nak buat baguette gitu... oven dah ada...
ReplyDeletei tak penah lagi pegi london musim sejuk sebab i tak tahan sejuk..
stansted..yaaa singgah di stansted..tapi sekarang air asia dan tak kesitu lagi... dah ubah haluan...
mengimbau kisah silam kadang2 rasa terpegun cemana kita boleh survive dalam keadaan begitu..satu pengalaman yang sungguh berharga dan tidak boleh dijual beli...
kan?
dah mcm cerpen pulak entry u....best
Nenet Penne @ NP,
ReplyDeleteMasa i pergi tu dah masuk winter tapi snow tak ada turun dan kami kami pun berdoalah konon nak tengok snow...almaklumlah jakun...sekali petang tu ada snow fall dan kami pun siap bergambar segala bagai sebab snownya nipis je...menjelang malam ia makin lebat dan lebat sampaikan seluruh jalan dilitupi ais...itu jam jugalah teringat ais kacang pak man kat pasir mas..hahaha..tak boleh blah kan...
Final day tu memang heavy dan rasa taubat dah pergi London masa winter..tapi hari ni tak serik lagi, rasa nak pergi lagi masa winter..insyaAllah. Harap tahun ini snownya tidaklah seteruk tahun 2010 tu yang seluruh Eropah lumpuh oleh fenomena salji tebal. I tak sempat jenguk pun Bayswater, cuma pi Picaddily, Baker and Oxford Street sebab ada tugasan di situ.
A ah AAsia dah tak turun Stansted lagi kan, apa2 kena landing kat Heathrow pulak. Kalau bukan sebab kerja memang tak mampu dik non...hahaha..
i kalau nak pegi tengok salji biarlah hujung2 salji..maybe in february pun tak per...
ReplyDeletei suka oxford street..suka sangat, nak2 time sales..
baju2 14 pound, 10 pound..gila tak murah!!!
masa kejadian memang kita serik sebab kita tak ada pengalaman, next time mungkin kita dah tahu apa yang patut kita buat bila berhadapan dengan situasi mcm tu...
I memang pilih masa winter sebab x payah bawa baju banyak, yg tebal tu adalah winter coat/trench coat...masa pergi hari tu, time balik kena bayar tax RM700++..gila mahal, menyesal rasa...seb baik company tanggung. so lepas ni i make sure tak akan lebih muatan. Lagipun misi kali ini adalah jelajah mata dan bukannya menyoping...bak kata u dgn RM9 ribu tu dah boleh pergi Franfurt, Norway and Denmark tak pun singgah di Amsterdam...huhu kalau berangan sila bagi pada saya!
ReplyDeletewah.. bestnya dah jejak ke negara org :)
ReplyDeletebest pula walau hanya membayangkan. kispen tu aku masih ingat.. kispen penerbangan tertangguh :)
kali ni pergi lagi????
SIAPA HINA ISLAM?
ReplyDeleteikutilah kisah penghinaan terhadap masjid dan ahli khariah kampung baru sedenak oleh pentadbir yang jahil dan zalim di www.karamsingwali.blogspot.com
tolong2 share...
Bestnya travel!!!
ReplyDeleteSnow Storm :O
Jumping on the snow
Having snow fights...hohoho such Heaven!
Huhu kalau lapar kdg2 nk jugak makan nasi ehehehe.
Alhamdulillah the interview is okay :).Thx for wishing me luck and I pray the best for you too^^ :)
Nong andy,
ReplyDeleteHidup ini adalah satu pengembaraan bagi aku..jadi aku akan terus mengembara apabila 'modal' cukup..hehe. Lain le kalau ada penaja confirm aku zasss...
Liselle,
ReplyDeleteGlad to hear that. U did it! Ok kita tunggu next..jangan lupa doa dan solat hajat ya...then esok2 boleh travel bersama kan...hehe
setiap pengalaman kamu mahal... aku hanya berharap satu hari nanti... setiap inci tulisan kamu berbayar dengan hebatNYA..
ReplyDeleteps: semoga kamu sihat akak... semoga DIA permudahkan urusan kamu ke sana... doakan aku masa kat sana... *heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee*
Bidadari Syurga,
ReplyDeleteTerima kasih dear..akak akan sentiasa ingat akan pengalaman itu...dan pengalaman kita juga..
haha...lapar di negara orang tak pernah boleh dipuaskan...sebab xbiasa dengan diet orang kat sana....>_<
ReplyDeleteanyway,those are wonderful pictures,dear lady!love them! :D
hehehe...
Mr Clive,
ReplyDeleteO yes..im still looking for nasi lemak tho...masa makan nasi lemak musim sejuk...perghhh sedap gila nasi tu walhal sambal ikan bilis simple je..
u like the pic? tq..
ooo how i miss being there...
ReplyDelete