tidak mahu mengecilkan hati sesiapa di sisi kita
kalau boleh tidak mahu sedikitpun mengguris hati mereka
bahkan tidak mahu ada secalit amarah pun terhadap mereka
tapi bagaimana dengan hati kita sendiri
yang sudah sekian lama mengepung kesumat
hendak diluahkan tapi peradaban kemanusian kata jangan
hendak mengadu tapi naluri intuisi menghalang
hendak ditelan ia seperti selumbar mengait kerongkong..
Kopi yang aku minum sambil menghadap jeriji besi ini pun sudah berasa tidak enak lagi pada tekak. Apatah lagi sepohon pokok hijau di Windsor ini sudah kelihatan seperti seekor syaitan bertaring pada mata aku..apakah kini sudah tiba masa aku meninggalkan yang kini dan mencari ruang baru yang jauh, yang sejuk, yang tiada siapa pun dapat menghalang aku untuk meluahkan sebuah kemarahan yang sudah disimpan lama...
Nota: Aku tahu, sejak usia 10 tahun, ustazah sudah beritahu, kalau marah..ambil wudhu dan duduk menarik nafas perlahan-lahan. Sudah aku lakukan, tapi marah yang ini adalah marah yang terkumpul tanpa disedari...berbaur dan sulit untuk diperincikan.
memang tak ada hadiah..
ReplyDeletetapi seronok jadi yang pertama :)
Ada masanya rasa marah itu terlalu sukar di kawal. semalam hampir saja aku up kan entri pasal amarahku.. tapi entah.. akhirnya aku cooldown dan aku hanya simpan saja jadi khazanah ...
ReplyDelete*Terlalu payah kalau amarah itu sudah bertahun2 terkumpul... aku tahu sgt rasa itu
Hihi, kan seronok jadi yg pertama..
ReplyDeleteYa amarah yang bertahun..sebenarnya memakan diri..jadi barah. Namun sehingga kini aku tiada pilihan, terpaksa membekam dalam diri...tunggulah..insyaallah suatu masa nanti aku akan buang amarah itu bila tiba masanya...Hanya yang tahu saja akan mengerti..
I have to admit it, amarah yg telah dipendam sekian lama buat akak jadi seorang pendendam. Memang tak baik, tapi buat masa ni tak dapat akak buang dendam tu. Tapi berdendam bukan bermakna akak buat perkara bukan2 untuk membalasnya, cuma kehidupan akak jadi tak tenang disebabkan hal tu.
ReplyDeleteMust get rid of it.
kalau marah pergi la layan air terjun mana tahu disitu ada ketenangan
ReplyDeleteDinas Aldi
ReplyDeleteKak Dinas, kadang2 kita tidak bermaksudpun untuk menyimpan dendam tapi apabila terkumpul sedikit demi sedikt, ia jadi bara dalam sekam, membakar sedikit dan perlahan-lahan. Kalau simpan lama2 makin parah tapi tiada pilihan. Apa2 pun harap Kak D tidak tercedera oleh 'dendam' lama itu. Kita perlu mencari jalan melepasan ia keluar supaya tidak merosakkan kita...
Telor Power,
ReplyDeleteDi Kuala Lumpur ini payah mahu cari air terjun bro..aku tunggu salji turun di KL ini, manalah tahu kan mimpi jadi kenyataan..kekehkeh!
jerit je kuat2 sampai habis... kadang2 mang betul.. kita dah cuba berwudhuk tapi still lagi rasa marah.. normal kot.. sy pun mcm tu kdg2..
ReplyDeleteamik bantal tekup kat muka... perghhh... hahaha...
KL takde air terjun eh kehkehkeh, ok pi dive dekat apantah nama kat KLCC tu aqua apa eh??
ReplyDeleteyang sejuk? hurmmm... sepertinya satu cara melepaskan sesuatu... dan ia takan selesai rasanya tak?
ReplyDeleteaku tak tahu punca utama amarah itu datang. tapi rasanya sepertinya sis semakin 'sakit'
HaniAsyira,
ReplyDeleteJerit kuat2 pun ok juga tapi saya tak biasa guna kaedah itu untuk release tention atau amarah..saya banyak diam, menulis pada kertasm buat catatan...lain padang lain belalang kan..tapi keberkesanan wudhu itu memang ya..:)
Telor Power,
ReplyDeleteItu Aquaria di KLCC, untuk ikan berenang2 bolehlah bro..kita ini manusia..kikiki...
Bidadari Syurga,
ReplyDeleteYang sejuk...yang masih belum ketahuan hujung pangkalnya..aku masih banyak amarah yang tersimpan, ntah bila yang panas itu mahu sejuk..belum ditemui cara meredakannya...mungkin aku perlu pergi ke tempat sejuk itu..
The thing that I always loose control is anger.I have a really bad temper.
ReplyDeleteRage of fire in the eyes...all I can do is sleep whenever I try to forget things.
sorry to hear you're upset. xper xper everything happend, happend for a reason. arini kita mungken kat bawah, esok lusa mungken kat atas balik :)
ReplyDeleteLiselle MonCherie,
ReplyDeleteThere's so many ways to manage anger. One thing that I often did was like you too..sleep. At one time, I overslept till 24 hrs ++. Twas happen on 2010..my bad...
Fiziskandarz,
ReplyDeleteYeah everything happen for a reason..I know HE test me first before HE grant me..
dalam semak ada taik
ReplyDeleteayam kuning muntah darah
harap engkau baik-baik
menahan segala nafsu amarah
Dalam semak ada itik
ReplyDeleteAyam kuning berbalung merah
Aku memang baik-baik
Tahan tak tahan ia dah jadi barah...
ayam kuning muntah darah
ReplyDeletehabis muntah terpijak duri
jangan diikut nafsu amarah
kelak nanti meracun diri
ayam kuning muntah darah
ReplyDeleteKena sembelih buat gulai
Aku tak ikut nafsu amarah
Cuma ribut taufan saja bhai...
salam lw
ReplyDeletesebagai manusia biasa , perkara normal jika ada sifat marah dalam hati
banyakkan bersabar dan beristifar kerana insyallah, Allah akan bersama2 org yang sabar
cerita pasal marah, semalam bapak dah tengok satu c*** ni atas bawah - atas bawah je pasal tetiba tgh kami beratur nak buat pembayaran di kaunter JJ kat JB , dia boleh cilok je depan kami lalu kata tadi dia dah beratur kat situ, mak itam dah sound dia suruh beratur, tapi dia degil , bapak tak cakap banyak sambil tengok dia kecik beso,kecik beso je atas bawah
pengabis bini dia tahu memang mereka salah krn potong q lalu mereka belah pelan2 pegi ke kauter lain, kalau ikut rasa marah semalam, mau kena tuam c*** tu kat situ jugak pasal kurang ajar
tapi bapak boleh sabar lagi , tapi kerana renungan tajam bapak semalam kat dia, akhirnya dia belah jugak pasal tak tahan tgk misai melintang bapak hehehehe
bapak mmg marah kalau org2 yang mcm ni pasal mereka ni "kiasu" dan ingat boleh "pijak" org sesuka hati
kalau semalam dia say "sorry" , kami pun tak kisah , tapi dia bersikap kurang ajar , depa silap hari bulan lah hehehe
kajang pak malau kajang berlipat
ReplyDeletekajang berlipat ke dalam saku
kalau nak marah biar bertempat
agar tempias tak terkena kat aku
hahaa...!!!
Kak, klu sy marah....sy menangis. Pastu sy duk sorang2. Muhasabah diri.
ReplyDeleteKdg2 klu terlepas mrh, bile dah abis muhasabah diri tu...jdk menyesal. Tp menyesal kendian, apalah gunenye kan kak?
W'salam Bapak,
ReplyDelete...kadang2 ia berlaku di luar kawalan kita. Walaupun saya rasa, saya sudah berhabis sabar, ia tetap membara dan semakin bertambah. Ditambah pula dengan hal2 diluar dugaan, rasanya nampak semua orang lebih kecil dari semut dan kalau boleh ditelan, mahu saja saya menelannya.
Kalau saya berhadapan dgn ca ye nun alif, memang saya x bagi muka. Mereka sangat kiasu tanpa mengira tempat. Kebetulannya saya menetap di kawasan kejiranan mereka, jadi sedikit sebanyak saya terpaksa bersikap seperti mereka apabila berurusan dengan mereka, cuma kebaikannya mereka boleh diharap apabila saya meninggalkan kediaman dlm tempoh yg lama.
Terima kasih peringatan itu, kalau tidak bertambah marak 'api' dalam kepala saya...hehe!
SM,
ReplyDeletekajang pak malau kajang berlipat
kajang berlipat ke dalam saku
Aku memang marah bertempat
Jangan risau tak akan kena kepala kau tu...
hahaa...!!!
Mommyfara,
ReplyDeleteNak menangis, x boleh sebab di tempat kerja...karang nak jumpa client pasai pa plak mata kebam...haha...sabar dan sabar ni...kalau api tu boleh nampak, dah terbakar tujuh tanjung dah ni...
ayam kuning buat sarang
ReplyDeletedatang itik dipeluk-peluk
ha, macamana sekarang?
takkan dari semalam tak sejuk-sejuk...
ayam kuning buat sarang
ReplyDeletedatang itik dipeluk-peluk
ha, macamana sekarang?
ada salji baru aku rasa sejuk-sejuk...
one of the biggest problems yang dipendam...dan seringkali org disekliling menjadi mangsa...
ReplyDeleteMr Clive,
ReplyDeleteYerp, but as for me i do make sure that no victim at all because of me..only me, myself. I guess the way i wrote here is ok..tak ada sapa2 terbabit sama, but then all of your/their support is much appreciate!
Hmm..simpan lama-lama marah tu nanti makan diri..tak elok tu..apa2 hal 28 hb ni confirm tau..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAll Along The Way,
ReplyDeleteHahhh?? 28 hb ni?? Woohoo best! Best! Can't wait for that..hihi:)
nak buka pesta pantun balik ke ni....
ReplyDeleteTelor Power,
ReplyDeleteSM menjual, so aku pun sebagai pembeli tegar, apa lagi sabut cabaran le...:)