Sunday 11 March 2012

Sekeping surat rindu sudah dipangkuanku...

Thanks Mieza atas sedikit ingatan buat saya di kejauhan ini...akan saya kenang..InsyaAllah..
Kali pertama aku membaca surat yang membuatkan adrenalin mengembang dengan laju pada setiap saraf adalah kira-kira 25 tahun lalu. Ia adalah surat mereka yang ingin berkenalan sebab ada satu karya bersama alamat aku tersiar di majalah Dewan Siswa...rasa famous la sekejap kononnya! Jadi sengih adalah 24 jam terjadi dengan sendiri..selama dua tahun, setiap minggu aku terima paling kurang pun lima pucuk surat...dan ada juga aku yang menulis surat kepada mereka. Surat berkenaan disimpan selama bertahun-tahun.

Ada surat dari Nik, Azri Effendi, Mohd Fauzi Zakaria, Mohd Rosli, Shafawi (cehh semuanya adalah lelaki yang menghantar surat untuk berkenalan kan...ye lah perempuan sama perempuan tak dak chemical gamaknya) jadi aku juga membalas semua surat itu dengan konsisten. Dan surat yang paling aku sayang antaranya daripada MFZ, KA dan arwah Sudirman Hj Arsyad, penyanyi nombor wahid Malaysia...dia idola aku...sekeping surat dan dua keping poster...aku simpan sampai kini walaupun sudah hampir hancur di mamah usia...

Ada juga surat dari pen pal di South Carolina, Shahnnon Paige Mewborn yang aku dapat alamatnya di rancangan Big Blue Marble..dan Megumi Watanabe pula adalah kenalan ABM (Antara Budaya Malaysia) yang jadi pelajar asing di sekolah aku selama dua bulan...

Dan surat KA adalah khazanah yang akan aku simpan sampai bila-bila walaupun kami sudah merintis laluan sendiri...

Terkini, dua tiga hari lalu, aku menerima surat dari sahabat maya, Mieza di New Zealand...

Mieza,
saya sudah menerima
sekeping surat berwarna biji kundang
sarat melimpah kasih sayang
dan kuntum mawar suci
mahupun putih warna daisi
merenjis selaut rindu
buat saya kelu
sekeping surat ungu
menjemput tulus bertamu
selama-lamanya saya abadikan
sekeping surat dari kejauhan
terima kasih sahabat...

19 comments:

  1. Hi Lady Windsor, I love your play of coloured fonts. Very attractive.
    Only regret my bahasa s out of tune.
    Incidentally you popped into my inactive blog, was trying out the new template.

    If free check out my bahasa translation in other Blog, 'Moonlight Rendezvous'....'Tengok you malam tidur susa datang'.
    You have a nice weekend, simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. menerima surat yang bertintakan dakwat tulisan tangan lebih manis daripada kiriman melalui ruang maya.

    ReplyDelete
  3. main surat lagi true & feel daripada main emel atau skype

    ReplyDelete
  4. :)

    wah.. byk peminat hehehe..

    best ada surat tulis tangan- type pun x pe yg penting guna sistem kirim pakai post-setem hehehe.. di jadikan kenangan :)

    ada surat dari Arwah Sudirman? wow...!!

    ReplyDelete
  5. I harap lain kali u dpt surat cinta ...

    ReplyDelete
  6. bak alamat nak anto surat la sis....hahahaha giler glamer lu sis.


    *teringat masa awal2 zaman sekolah menengah jenis main2 antar surat

    ReplyDelete
  7. Uncle Lee,
    Thanks for visiting me...yes susah tide lhoo but then when I browse @ moonlight rendezvous terus boleh tidur...hehe


    SM,
    Yerp mana mana bingkisan sama ada nyata atau maya kedua- duanya aku hargailah, tapi kalau nyata lebih lagi disimpan dan dibaca berkali-kali...

    ReplyDelete
  8. Abang Zam,
    Kan...kalau surat tu rasa macam pengirimnya ada bersekali..jadi rasa nak baca dan baca. Kalau surat tu dari kesayangan lagi le kan...


    Nong Andy,
    A ah sambil terima surat sambil simpan setem...aku teringat zaman kirim surat siap letak bedak...lawak kan...bila buka bau wangi...bhahahah

    ReplyDelete
  9. All along the way,
    Adakah lagi orang nak hantar curat chenta kat I ya...hikhikhik


    Telur Power
    Bhahahaha memang aku masa sekolah dulu gila glamer ikut cara aku sendiri...ko bayangkan nama dan alamat sekolah aku tertepek kat majalah Dewan Siswa, satu Malaya baca dan satu Malaya juga aku terima surat nak berkenalan...cisss gila glamer sungguh aku...ko nak alamat aku.ok jap aku roger! :)

    ReplyDelete
  10. saya suka simpan surat..hehehe ataupun kad...
    for me, ada sentimental value..kekeke

    ReplyDelete
  11. raya nanti nak kirim kad raya dgn LW lah.. supaya LW simpan kad saya jugak hehehe....

    ReplyDelete
  12. TH,
    Yerp betulkan...Ada ingatan yg manis pada setiap surat atau kad...


    Nong Andy,
    Boleh saja..tak lama lagi tu...nanti kita exchange alamat...

    ReplyDelete
  13. wah masih ada juga yang berutus surat macam ni. rindu dengan zaman berutus surat :)

    ReplyDelete
  14. Hiedayahroslk,
    Jom berutus Surat...rindukan..:)

    ReplyDelete
  15. snailmails.miss those good old days...hah....pergi ke pos office,ambik kat peti surat...setailo...skrg hmph...walaupun pantas,tapi kurang flavornya...haha XD

    ReplyDelete
  16. surat..
    dah lama tak terima surat
    ehhh bil2 hutang tu kira surat tak?

    ReplyDelete
  17. Mr Clive,
    Kan...everything is likes tounch and go so that the effect also touch and go..tak terkesan di hati unless pegang surat tu dan baca, kalau surat balak yang hantar baca sambil senyum dan senyum hahaha..


    Nenet Penne
    Bil hutang tu adalah surat yang tak hingin diterima...i sakit hati kalau terima surat maxis, duit kita cepat jer derang nak tapi service macam shilake..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum LW,

    Alhamdullilah....kerana kesudian menerima bingkisan. Saya mohon kemaafan kerana tidak berkesempatan untuk post comment earlier, banyak urusan harian yang minta diselesaikan dengan kadar segera menyebabkan 'house taker' ni terpaksa jeling2 aje pada keinginan untuk berblog.

    Semoga ukhwah kita berpanjangan, salam sayang dari Christchurch.

    love
    Mieza

    ReplyDelete
  19. Waalaikumsalam Mieza,
    Finally...sampai juga surat yang saya tunggu...terima kasih kerana sudi mengutusnya pada saya...sangat menghargainya...

    Love,
    LW.

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...