Dua tiga hari ini, G mesej aku..apa perlu dibuat dan kenapa jadi begitu, bolehkah jadi begini..segala bagai pertanyaan itu membuatkan aku berasa bersyukur jadi anak nombor dua. Walaupun ada banyak negatif thought about born as second child, but i admit that im lucky being a second child for my parents.
Few of statements about 2nd child: rebel, isolated, independent, sincere dan segala bagai lagi yang baik dan tidak baik..sama ada mahu percaya atau tidak, aku melaluinya, merasainya dan akan berterusan mendukung fakta bahawa aku adalah anak yang kedua dari lima saudara.
Kadangkala berasa ada keistimewaannya menjadi anak nombor dua kerana ada peribadi aneh pada mereka yang dilahirkan sebagai fetus kedua melalui rahim si ibu selepas bertarung dalam kantung kecil, gelap namun selesa yang amat selama sembilan bulan sepuluh hari dan kantung itu pula cukup dengan bekal zat, makanan dan keperluan lahir batin kerana kasih sayang ibu mengalir terus dari minda ibu tanpa perlu melalui sekatan lain.
Ya...kalau boleh diibaratkan, berasa tidak mahu lahir ke dunia kerana dunia kecil itu walaupun sempit dan terpaksa bersilang kaki memeluk tubuh, ia adalah taman syurga paling firdausi bagi si kecil ketika itu...dan kini si kecil bernombor dua itu sudah jauh perjalanannya...
Masih mengenai dilahikan sebagai nombor dua, ya tidak perlu bercakap banyak untuk memenangi dan meraih kepercayaan orang kerana yang bernombor dua adalah pendengar yang baik. Walau sulit mana sekalipun untuk didengar, ia akan tetap didengar dan bersedia meminjamkan kuping bagi menerima luahan di hujung talian, membaca dan menatap sekilas mesej.
Ini belum dikira mengenai perasaan kasih sayang yang sentiada ada pada mereka yang dilahirkan sebagai anak kedua. Mungkin boleh dianggap sebagai lilin membakar diri atau penyelamat segala kesulitan. Maaf, bukan bermaksud berbangga akan sedikit kekuatan yang dipinjamkan Ilahi, tapi mungkin juga itulah secebis tanda kekal bahawa yang anak nombor dua adalah teguh antara yang pertama dan ketiga.
Pun begitu tidak bermaksud mengenepikan yang sulung mahupun yang bongsu...hmm dalam apa situasi sekalipun, nombor dua akan jadi sangat berlainan kerana dia boleh berdiri sendiri, dia merencana hidup sendiri sambil pada masa sama memerhati yang di kiri dan kanannya, juga yang di depan dan yang di belakang...
Berbalik kepada kisah G, aku ingin berpesan, berhati-hati kala berurusan dengan yang nombor dua itu, ada gusar dalam ceria, ada amarah dalam senyum dan ada manja dalam bengis...dan juga sulit untuk ditebak kerana kecenderungan menutup segala kekurangan, kekesalan, kemarahan atau kesukaan kerana bagi mereka yang bernombor dua, segala-galanya tidak perlu dikongsi dengan orang lain tapi orang lain boleh berkongsi dengan dia. Baginya, biar segala luka dalam perjalanan hidup akan dibalut sendiri, tidak perlu dibuka balutan itu walau pedih menikam sukma...
Maka beruntunglah menjadi anak yang dilahirkan sebagai nombor dua, akan tetapi..awas kalau anda adalah isteri nombor dua kerana anda adalah sejahat-jahat makhluk dan akan dilaknat sepanjang usia perkahwinan...
Aku nombor 4 out of 6. Lady Windsor :) aku rasa anak yg di tengah-tengah memang nakal dan degil- macam aku hehehe..
ReplyDeleteAku suka kisah kandas dlm S7W :)
aku suka isteri ke 2 hahaha...
DeleteNong Andy, actually nombor berapa pun, kita akan tetap ada keistimewaan tersendiri...dan aku sebagai anak no dua, pun bersyukur dengan apa yg arwah mak dan abah aku berikan...aku sentiasa rasa istimewa walaupun aku bukan siapa-siapa...story kandas tu adalah kisah benar..aku alaminya pada 2010..tiga hari lepak di situ..flight x boleh take-off sebab enjin beku..
ReplyDeletewah.. macam cerita 'the day after tomorrow' salji membekukan segalanya. Sebenarnya tertanya-tanya dlm hati.. ada kisah tentang arwah parents LW? maaf kalau saya kurang sopan..
ReplyDeletemacam mana rasanya salji tu? aku teringin nak sentuh salji... :)
aku anak sulung dan bongsu... =(
ReplyDeleteNong Andy..x de kisah apa cuma aku yang mengkisahkan diri sendiri...tapi entry ini dibuat kerana ingin memberi kelegaan kepada sahabat bernama G yg kini sedang berurusan soal hati dengan seseorang yg dilahirka sebagai anak no 2..
ReplyDeletesalji tu macam ais kacang tu..sejuk dan putih..cuma beza salji yg real lagi bisa kesan sejuknya..
i'm 6 of 6.. manja lebihhh..semua harapkan orang buat untuk dia... yelah what is the purpose of ada kakaks and abangs kan?? ha ha ha...
ReplyDeletetak nak jadi isteri no. 2 kerana tak sanggup nak lukakan hati yang pertama...
jadi bayi lagi best..no worries kecuali bila lapar dan daiper dah penuh isi....ha ha ha..
syok ler...jd bongsu.
DeleteNP, yes being a last one also lucky meh...best kan jadi anak bongsu..I tau sangat manja lebih...semua ready je kan...haishh! Tapi jadi bongsu juga banyak cabaran...kadangkala lalala and abangs jeles lebih dan dia akan jadi mangsa buli...
ReplyDeleteJadi baby dah tentu best...Dan kalau dipanggil baby walaupun dah besar panjang, lagi best kan..hehe
I'm the second but i'm the first who live...life unexpected....
ReplyDeleteaku no 3 dari 7. merupakan org paling gerun dalam famili, gerun pasal aku pendiam kerana mereka tak boleh duga sifat aku ini. tapi tu dahulu...sekarang sudah menjadi org yg direspek sekali dalam keluarga selepas Mr.Boss aku.
ReplyDeleteTP, ya nombor tiga juga ada magis tersendiri, pun sangat indie dalam pergerakan, senyap tapi menyengat...betul kata ko bro, unpredictable sifatnya yang nombor tiga ini...wahh orang kanan Mr Boss ya, baiklahhh! Hihi..
Deleteeh ada magisnya....naper aku tak perasan pun lagi kehadiran magis tu.
Deleteya mmg org kuat Mr.Boss.
Nombor dua? Eh, same le dengan kiteee!
ReplyDeleteTapi yang isteri muda tu... tengok situasi jugak la... takkan la jatuh gedebuk sebagai jahat, dilaknat bagai e.e
Tengok situasi, okay .-.
ilishaheera..hihi welcome aboard..no 2! Yes...o ya yang isteri nombor dua tu bukan saya yang mengutuk mereka tapi kebanyakan kes yang saya jumpa, semuanya memberi gambaran dan imej yang tidak baik terhadap isteri muda@ no 2. Tak dinafikan ada juga isteri no 2 yang bagus..i hv no crash with that..:)
DeleteCc pun dilahirkan sebagai anak kedua..tapi pegang tanggungjawab sebagai anak pertama..sebab kakak sulung meninggal di usia 3 hari selepas dilahirkan. tapi saya beruntuk sebab sy dapat double kasih sayang..kasih syg utk arwah kakak juga dicurahkan pd saya..
ReplyDeleteCC, wahh bestnya dapat double kasih sayang..memang CC beruntung...tapi tanggungjawab tu berat juga kan...mungkin boleh balance sebab CC dapat kasih sayang berganda tu..hihi
Deleteabangah saya, memang ada ciri2 yg disebutkan sebagai anak kedua..:)
ReplyDeleteTH, kan...anak kedua ni ada satu macam style kan..hehe..hanya yang peka tahu apakah style itu...
Deletesecond last!
ReplyDeleteaku anak nombor dua daripada tiga beradik, rilek je. sandwiched by two sisters. aku ada ilmu halimunan, mampu `tidak kelihatan' ketika berada di tengah-tengah kelompok `manusia yang bercakap'.
apa yang seronoknya jadi anak kedua? aku tak tau, sebab aku tak merasa jadi adak sulung atau bongsu untuk menentukan kelebihan atau kekurangan jadi anak kedua ni. apa yang aku tau, jadi lelaki tunggal juga mempuyai sedikit kelebihan, iaitu boleh jadi tempat bergantung oleh orang yang kau paling sayang. dan juga, kau adalah satu-satunya mangkuk tadahan yang paling sesuai untuk menakung airmata orang lain. eh?!
noktah...
eh, memang betul blog ni ada problem. komen aku sebanyak 5 baris petang tadi tiba-tiba dah hilang.
ReplyDelete@SM
ReplyDeleteok aku dah baiki...komen ko dah ada tewww...
@TP
huh ko org kuat Mr Boss...orang kuat ko sapa plak? Cik berry kah?
Lady W : ya boleh dikatakan mmg org kuat mr.boss. Aku tiada org kuat dan tdak memerlukanya. cik Berry adalah setiusaha Mr.Boss, dia tak mahu bekerja sama aku. kerana aku beperangai kebudak2an dari kerana dia seorg yg agak lebih dewasa dari aku, walau beza umur sgt jauh hehehehe....
ReplyDeleteTP: kebudak-budakan eh..mesti comel tu..hehe! Hmm bolehlah aku buli ko yek...wakakaka.
ReplyDeletelady w: aku xmudah dibuli kehkehkeh....hanya seorg jer yg mampu buli aku. iaitu anak sedara aku yg berusia 4thn. kopak duit aku bila jumpa dia.....xtahu kenapa aku slalu kalah ngan dia. siot
ReplyDelete