Sunday, 19 February 2012

Sesekali apabila ketakutan mendatang..

Banyak perkara yang boleh buat kita (aku) takut. Takut pada ketinggian, takut pada cabaran. Ada seribu satu macam ketakutan dalam hidup. Aku takut gelap, jadi tidur bukak lampu. Cukup dua bulan...yeahh takut ke mana lampu ke mana sebab bil elektrik mencanak naik dan aku berjaya lawan takut (tutup lampu).

Aku takut pada maggot. Kalau terlupa nak buang sampah tetiba ada maggot hidup, walaupun maggot tu punya saiz sama macam sebutir nasi, aku takut gila. Sadis pelik sbb boleh ngeri dgn makhluk cenonet itu. Then ada satu hamba Allah berkata pada aku, apa nak takut, esok apakala roh sudah meninggalkan jasad
dan jasad bersemadi balik ke asal dari tanah kita datang kepada tanah kita kembali, daging kita akan berkecai dimamah makhluk kecil tu.Ok macam magic aku terus jadi berani dgn maggot..ceitt!

Patsy kat depan, dan aku di belakang. Masa paras ketinggian ini belum ada rasa ngeri tapi bila naik tinggi lagi, aku rasa bagai nak gugur jantung dan Patsy ketawa bila aku hug dia kemas hazab...takut dan ngeri pada ketinggian padahal ciri keselamatan adalah mengikut SOP. Lepas settle buat aktiviti ini aku rasa macam x percaya...aku dah lepas pada fobia bersifat ketinggian..

Begitu juga ketika buat parasailing, aku dan Patsy. Kami buat tandem parasailing sebab aku yg penakut pada ketinggian. Aku tak boleh duduk depan sebab rasa macam nak terhumban ke dalam air laut. Penyudahnya Patsy dok depan dan bila takut aku hug dia kuat2. Macam biasa air laut membuak2 di bawah...tapi bila naik tinggi dan melihat keluasan laut yang tak bertepi..ada rasa seperti kerdilnya aku dan tak perlu takut kerana aku boleh saja dicabut nyawa hatta sedang landing di rumah sendiri...

Sejurus sebelum naik ke Sydney Bridge...aku naik juga walaupun rasa nak vomit sebab pening tengok air yang berbusa di bawah tapak kaki...yay! Takut yang berjaya diusir akhirnya....(Dari kanan, Yin Fong, Joey dan San San, mereka x naik sebab kena standby kat bawah)
Dan aku takut pada ketinggian...rasa semacam kalau berada di bangunan tinggi. Sekali tu aku terpaksa buat keje panjat jambatan, panjat Sydney Harbour Bridge yang dibawahnya adalah Sydney Harbour dengan air biru seolah-olah nak telan aku. Itu jam juga rasa pening dan rasa nak menerjunkan diri sebab panik hazab tapi finally berjaya juga dihabiskan dan tak adanya kena telan air laut tu.

Ketakutan yang tidak berasas, sering mengasak diri
dan apabila sesekali tewas dengan ketakutan
ia buat aku jadi lebih tegar..
ia buat aku jadi sedar
ketakutan yang bersifat sementara
dan aku tidak seharusnya berasa begitu
kepada ketakutan yang membawa rebah
semoga rebah dan tersungkur yang sesekali itu
adalah rebah dan tersungkur yang membawa kekuatan
kepada aku untuk bangkit
Ya Tuhan...aku mohon..

36 comments:

  1. ...dan kelima!!!!!

    ReplyDelete
  2. ko kan...degillll! siap ko aku debik!

    ReplyDelete
  3. walau pun telah diberikan amaran oleh pemilik blog agar tidak membazirkan kotak komen beliau, tapi aku tetap meneruskan tradisi dengan mengekalkan tahap kedegilan aku pada tahap endurance...

    takut tinggi : aku sedikit gayat apabila berada di bangunan tinggi dan menjengah ke bawah. tetapi tidak pada pokok, di mana aku mampu memanjat pokok hingga ke dahan yang paling atas.

    takut jarum : ini satu pengakuan, selama ni aku tak pernah derma darah!

    takut hantu : tak kot, sebab aku pernah kena kacau. rilek je. hahahahaaa...!!!

    yang paling aku takut adalah, kalau aku akan kehilangan orang-orang yang aku sayang. keluarga, sahabat...

    sekian komen merepek...

    ReplyDelete
  4. Pengkomen di awal pagi, ok aku terima alasan ko tu..

    Takut jarum??? Bhahahaha sorry beb tak padan dengan usia la weii nak takut jarum...aku terpaksa jadi berani dengan jarum kalau tak kena hamput sama doctor hensem....hikhikhik!

    Takut hantu? Aku vampire...

    Ketakutan aku semakin menjadi2 terhadap kehilangan sahabat, semalam seorang lagi sahabat telah pergi menemui Ilahi...alfatihah untuk pemilik galeri Kebun Mimpi, arwah Husni, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...

    ReplyDelete
  5. MATI : aku tak takut mati. tapi apa yang aku takutkan adalah, apakah pemergian aku nanti bakal memberikan kesan pada orang yang aku sayang. aku harap kesannya tidak terus-terusan mencederakan. ok, banyak rupanya yang aku takut. selama ni kita (aku) berlagak berani seolah tuhan itu adalah sahabat yang boleh di`kawtim' setiap keputusanNya.

    ReplyDelete
  6. Mati...aku tak takut mati tapi aku takut andai kata bekalan yg aku ada kini langsung tak dapat tolong aku untuk hari perhitungan esok...

    ReplyDelete
  7. aku juga takut dalam gelap.. err.. maksud aku.. tidur dalam gelap.. heheh

    ketakutan itu seharusnya bersifat sementara.. =.=. begitukah?

    ReplyDelete
  8. Reenapple,
    Aku pun dulu takut, tapi lama2 dah immune...sepatutnya kita hanya perlu takut kepada Tuhan saja kerana Dia mengetahui segalanya dan kita tak boleh sembunyikan sedikit pun daripadaNya...

    ReplyDelete
  9. Takut gelap jugak..Sampai sekarang masih tidur tak matikan lampu. Takut tinggi tapi pernah duduk kat tingkat 14 dan sekali je pernah buat flying fox. Tapi, kalau tengah jenguk bawah ada orang sentuh rasa nak luruh jantung sebba rasa macam nak jatuh. Selalu jugak rasa bangunan tu nak runtuh.

    ReplyDelete
  10. ...cP-..
    Takut kepada gelap itu perasaan kita saja...cer tutup lampu, baca selawat tiga kali sebelum tdo dan maafkan semua orang, pasti tidur jadi lebih nyaman...

    Flying fox eh? Aku takut tinggi tapi bila buat flying fox aku rasa ok pulak..magic kan..hik!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Lady

    sesekali pergi ke rumah adik yg tinggal di tingkat 15, bila pandang ke bawah...darah terus bederau....

    ReplyDelete
  12. Waalaikumsalam Atuk,
    Saya sentiasa berasa nak terjun kalau berada di balcony yang melebihi enam tingkat...rasa macam ada yg berbisik supaya melompat saja....tapi sekarang sudah boleh mengatasinya...

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Lady Windsor,

    Kalau dah buat parasailing, kena cuba bungy jumping untuk ubat fear of heights tu.

    Allah bagi kita rebah dan tersungkur kerana ianya adalah saat terbaik untuk merasai nikmatnya bangun bangkit, mendongak bintang.

    ReplyDelete
  14. Waalaikumsalam Mieza,
    Aaaa maaf, bungy jumping memang saya serender sebab dah terbayang2 hati/jantung bagai disentap dari badan..ngeriiii tak tertanggung walaupun belum pernah mencuba..hihi...

    ...bangkit selepas tersungkur lebih bererti kerana ada kekuatan berbekal pengalaman di situ...Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  15. Aku memang ada ketakutan mcm korang juga..

    tapi aku nak cakap juga. Aku jeles dgn aksi dlm gambar di atas!! aku nak jugaaa....!

    Gelap : umur darjah aku x boleh tidur kalau gelap gelita. tapi sekarang? aku x boleh nak tidur kalau x gelap gelita! hehehe..

    byk yg aku takutkan dlm dunia ni. tapi kadang aku berlagak berani utk atasi rasa takut tu :)

    ReplyDelete
  16. penah naik sampai helipad kat komtar...rasa nak gugur jantung...

    ReplyDelete
  17. WAHHHHH! Bestnye!! Sometimes we need to overcome our fear jgak kn? hehhehe

    ReplyDelete
  18. NP,
    I naik sebab tugas...ya rabbi masa berada di puncak bridge tu, i rasa macam dah nak berakhir hidup kat jambatan besi tu tak till now hidup dan blogging lagi...hihih...fobia tak bertempat kan..


    Petite Liselle.
    O yes kena overcome the problem tu so that terus ok jer lepas tu..

    ReplyDelete
  19. hahaha SM mmg pantas,

    ok aku sebenarnya tak tahu apa yg aku takutkan. baik dari segi ketinggian, kedalaman dan kegelapan. malah aku suka cabar diri buat perkara bodoh utk buktikan yg aku tak takut.


    tapi aku takut bila suatu hari nanti aku akan keseorangan. boleh jiwa kacau melapau wooo....

    ReplyDelete
  20. takut pada ilmu2 dukun,bomoh jahat nie pun ada juga. mereka sungguh keji.

    ReplyDelete
  21. TP,
    bro bot ko tu memang poyos, dia skodeng aku buat entry jam 4 pagi semata-mata nak rebut petak lima teratas...ceittt..

    Sewajarnya kita hanya perlu takut pada Tuhan saja kerana Dia Maha Mengetahui segala yang di langit dan di bumi tapi kalau dah namanya manusia macam kita ni..macam2 benda aku takut..

    err aku agak ko dalam golongan tak tahu takut langsung sebab ko boleh redah hutan sensorang pagi2 buta...humakkaihhh bagi aku itu berani tahap gaban...

    ReplyDelete
  22. Lady W : hahaha jam 4 pg skodeng karya dah siap ke blum. sanggup tu. itu adalah kerja yg sgt dayat juga tu



    ayat sewajar kita perlu takut pada tuhan iaitu ALLAH
    adalah ayat permulaan aku beri pada bakal2 fighter yg cuba berlawan/bergaduh dgn aku, setelah mereka berkata "takot ker wey....".


    pasal dorg kata akau takut berlawan/bergaduh kononnya. dan biasanya aku menyudahkan akhiran ayat tu dengan sepak terajang. yg membuktikan aku tak takut bergaduh.

    ya aku hanya takot pada ALLAH yg ESA, kadang-kala aku pun ada teringkar sedikit arahan dan suruhannya.



    masuk hutan pepagi ke malam ke redah apa2 aktiviti yg best adalah keseronokkan. segala rasa takut hilang ketika tu. walau byk bahaya bakal berlaku

    ReplyDelete
  23. TP,
    tu la pasal, dia punya jaki dengan aku..bhahahahaha sanggup skodeng ni..ooppsss nahas aku kalau dia baca aku mengata-ngata dia bersama ko ni bro..ah mak peduli apa kan...moh le kita...hikhikhik

    Owhh ko pun pernah bertumbuk ye bro? Cayalah...kalu aku ada masa ko fighting tu..harus aku jerit yesszaaa go botak gojes...kan! Kan...bro aku bodek ko ni...nanti aku turun manjung ko jadi tourist guide yek..

    Dan adalah wajar kita takut dengan bertakwa kepadaNYA, meninggalkan apa yg dilarang dan menunaikan apa yg disuruh..ini adalah jalan paling mudah mengucapkan syukur dengan nikmat yang diberikanNYA kepada kita...

    Ok set nanti kita masuk hutan...heee!

    ReplyDelete
  24. saya tak takut tinggi, tak takut gelap, tak takut hantu..

    tapi saya takut ditinggalkan, takut terluka perasaan,
    dan
    takut papa...(ni bukan takut lagi ni, fobia kut hehehe)

    teehee~
    xD

    ReplyDelete
  25. lady W : hahahaha bodek, ok nanti dtg manjung bagi tahu awal.

    ReplyDelete
  26. Teenager Housemaid,
    Wow!! Beraninya...ok u are my heroin..:)


    TP, ok nanti haku roger yek..banyak tempat nak ziarah kat Manjung tu...

    ReplyDelete
  27. salam LW

    takut hehehehhe

    bapak takut tak cukup bekalan nak bawak balik ke negeri akhirat

    ReplyDelete
  28. Salam bapak,
    Itulah yang saya fikirkan sejak kebelakangan ini...takut bekalan tak cukup...

    ReplyDelete
  29. kita takut U---(Snake) pada tahap paling teratas. kita takut tinggi gayat barangkali... kalau diberi pilihan antara cinta dan tmpt tinggi, kita(aku)akan pilkih ketinggian sebagai satu cabaran...


    ps: sydney? ok jeles... sonokknya travel

    ReplyDelete
  30. Bidadari Syurga
    Banyak yang kita (aku) takut...tak terhitung..namun biar saja..ia adalah duri kecil dalam perjalanan hidup...alah bisa tegal biasa.

    Ya Sydney, dua tahun sudah...seronok tapi ngeri..

    ReplyDelete
  31. Tgk kan gamba tu. Kecik je akak nie kan?

    Sy pun fobia tinggi. Naik bangunan 4 tgkt pastu pandang bwh pun sy dah berpeluh semacam...

    =(

    Kak, experience berharga tu!

    ReplyDelete
  32. MF, gambar kecik nampak kecik nau ...gambar besau karang...hehehehe...ya itu pengalaman berharga siap dapat sijil lepas panjat jambatan tu...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...