Saturday, 11 February 2012

Saham balik negeri...

Beberapa hari lalu...

Kak Hana: LW..ada nak jual ke?
Aku: Nak jual apa kak...?
Kak Hana: Haii..saham awak le..
Aku: Owhh ya kak...naik ke?
Kak Hana: Macam hari tu le..
Aku: Hmm...tak pe la Kak..tapi nape akak tanya?
Kak Hana: Akak nak cuti, takut awak call suruh jual akak x boleh..
Aku: Owhh tak pe Kak, akak bercuti lah dengan senang hati saya x akan kacau akak kalau ia naik sekali pun..

Ok, Kak Hana adalah remiser di TA. Dulu aku deal dengan Encik Taib Ahmad di Rashid Hussin, tapi nanti jap...saham aku bukan banyak pun. Tu pun ihsan company bagi, ala macam token le kan..dan aku sebenarnya tak heran dengan saham ini. Kerana apa yang aku fikir sejak pagi tadi adalah saham untuk 'balik negeri' sama ada aku punya dah cukup atau memang tak cukup langsung..kalau saham di negeri sini bertimbun2 tapi saham nak balik negeri sana tak cukup pun x baik juga..bukan setakat tak baik tapi mengerikan..

So..kebetulan aku call sorang 'remiser' yang aku panggil Kak Is.
Bla bla bla..aku ada tercerita sedikit keluhan kepadanya mengenai itu dan ini..
Kak Is: LW, awak patut bersyukur sebab awak dah ada saham yang banyak..
Aku: Banyak kah Kak..
Kak Is: Ya banyak tu..
Aku: Bagaimana akak tahu saya dah ada banyak saham..?
Kak Is: Dah awak melabur banyak, banyak lah dapat..

Katanya mengakhiri tazkirah dalam talian:

......LW, hidup kita kat dunia ni sekejap saja, apabila kita dahulukan akhirat, maka dunia akan merangkak di bawah tapak kaki kita, tetapi jika kita dahulukan dunia, Allah akan jauhkan akhirat dari kita.Sesungguh sifat para sahabat elok diamalkan...doa banyak2 mohon Allah bagi awak kefahaman lebih dalam beragama..Amin.

Nota: Terima kasih buat 'remisier' aku yang ini..tazkirahnya selama setengah jam itu buat aku berasa seperti sudah mendengar tazkirah di masjid yang lapang sepanjang hari...

39 comments:

  1. oh... ada saham.. aku pula mengkaji saham.. heheh.. =)

    aku suka takzirah itu.. =)

    ReplyDelete
  2. Reenapple,
    oh kau mengkaji saham...hahaha aku tak pernah ambil tahu saham itu..kerana ia seperti hidup segan mati tak mahu..sekarang aku nak kejar saham untuk balik negeri saja..

    ReplyDelete
  3. Ohohoho ^3^,I'm almost 18 but still don't understand about Saham XD uhuhuhu

    ReplyDelete
  4. To liselle - I'm 24 and it's not that I don't understand but I never know what saham is.

    Cuma dengar makcik2 cakap diorang main saham.

    ReplyDelete
  5. mlm minggu, bz.

    nnti aku baca balik sis

    ReplyDelete
  6. Petite Liselle, i only knew about saham after 3 decades of life..hehe..so don't blame yourself..

    ReplyDelete
  7. ...cP..ive no idea about saham firstly..then someone teach me about how to 'play' saham...but then till now i blur...hik!

    ReplyDelete
  8. Telor Power, no problem..gua tau lu sibuk bro..

    ReplyDelete
  9. fuh...ada saham, meh ajar sikit mcm mana nak main saham sis, beri penerangan jer. mana tahu minat nak turut serta nanti

    ReplyDelete
  10. TP, aku ajar ko macam mana nak main
    'saham balik negeri ' je lah nak?

    ReplyDelete
  11. Selalu lupa nak kumpul saham utk balik negeri.. asik dgn duniawi- itu aku! tima kasih buat aku terjaga! manusia biasa.. mudah lupa. kena slalu ingat mengingati kan.. :)

    ReplyDelete
  12. Nong Andy..oh aku pun ..sering saja lupa..cuma dua tiga hari ini aku jadi ingat..sebab aku sakit agaknya...Dia bagi aku lampu isyarat:)

    ReplyDelete
  13. Baru je aku komen pasal ko batuk minggu2 lepas. sekarang aku pun dah kena. batuk, flu + sakit tekak! cis...!

    ReplyDelete
  14. err..nak kumpul saham akhirat boleh?
    :D

    ReplyDelete
  15. Nong Andy,
    batuk aku masih heavy...disyaki Ada symptom lain..esok aku kena buat check up lagi...arghhh ni aku malas ni...

    Teenager Housemaid,
    Boleh..meh mula2 sekali redha dengan kehidupan kita yang Dia berikan kini...

    ReplyDelete
  16. lady W : nanti jumpa kat KL sembang pasal nie lah, ajar masa jumpa mgkn senang faham (kot) sis.

    nnti set time lepas April baru boleh dtg kl

    ReplyDelete
  17. TP, ok set..tak pun aku turun Ipoh. Sapa cakap tadi dah ada commuter p Ipoh...aku nak buat day trip la bro best naik train ni wehh.

    ReplyDelete
  18. saya haram tak tau main saham nih.."saham akhirat" plak..adusss..ngeri cakap la

    ReplyDelete
  19. mmg best naik train, lagi best kalo train yg lama. lagi stail walau masa byk dibazirkan diatas train

    ReplyDelete
  20. All Along the Way,
    Saya pun kebetulan je..tu pun semua remisier tolong buat...kalau sendiri nak monitor memang hancus. Alaa x de untung pun..


    Telur Power
    Bro aku memang suka naik train, sebab boleh berangan konon naik train rentas savannah kat afrika...hahaha kira halal lah aku punya berangan tu kan..

    ReplyDelete
  21. lady W : kehkehkeh tak salah berangan, aku pun suka.

    kadang2 terasa jeles tgk org mengembara. aku nak jd pengembara tapi waktu dan duit jd penghalang. ciss....

    ReplyDelete
  22. TP ko travel style backpack kira dah murah tu bro...

    ReplyDelete
  23. yup...tapi nak main luar negara plak. hehehehe

    ReplyDelete
  24. adoi, apa ni. kau pergi komen pulak. aku nak jadi last la. esok aku pulak jadi first. baru la gila kuasa. hahahaaa!!!

    ReplyDelete
  25. TP..gua suggest lu pegi europe..cuba cek website yg ada nama kelana...gua dengar kelana group ni offer backpack murah

    ReplyDelete
  26. SM, blog mak, mak punya suka la dik non...kehkehkeh!

    ReplyDelete
  27. sori, gua bukan lu punya dik non

    tangkai betik buat ulam
    makan dengan sambal belacan
    aku masuk tak basi salam
    tolong la bagi can!

    ReplyDelete
  28. makan nasi sama ulam
    minum pula air kelape
    salam tak salam
    tau tak pe

    ReplyDelete
  29. salam LW


    saham

    ASB kira saham jugak kan yg tak payah nak pantau , tunggu matang je hujung tahun hehehe

    pantau kat buku biru tu je

    paling penting "saham balik negeri" krn tak tahu bila dan ketika dipanggil pulang "balik negeri"

    ReplyDelete
  30. picit hidung bunyi hon
    picit hon takde bunyi
    apa pulak panggil dik non
    aku ni kau punya buddy!

    word verification : extro

    ReplyDelete
  31. Rezeki,

    Waalaikumsalam...kan...saham ASB tu, buku birunya pun saya lupa mana letak...lupa sebab angkanya tak memberangsangkan...hikhikhik..
    Yang saya dok saspen ni saham yg satu lagi ni...makaihh...memang tak tahu bila kan...so kita kena ready sentiasalah nampaknya...tak gitu..:)

    ReplyDelete
  32. SM, hahaha kau memang dik non...sangat!

    ReplyDelete
  33. mati itu pasti, dan penilaian dari-Nya juga pasti.
    tapi.
    setiap kali mati menjengah, pasti kita terkejut.
    apatah lagi penilaian dari-Nya yang belum pernah dilihat mata.
    kan?

    oh.

    ReplyDelete
  34. Muhasabah diri. Sibuk nak invest tu nie tp amalan sendiri? Alahai...

    Thx kak sbb entry nie.

    ReplyDelete
  35. AJ
    Salam..ya kematian itu pasti dan aku kebelakangan ini terfikir2 mengenainya...sentiasa.

    Mommyfara
    Alhamdulillah kalau entry ini bawa kebaikan untuk awak..:)

    ReplyDelete
  36. @lw
    saham dunia dah lama jual...selamat...

    saham negeri sana je tak brapa ada..tapi tengah gigih buat secara pelan2 nak tampung mana yang kurang

    ReplyDelete
  37. NP, saham dunia tu I pun x ingat berapa ada, seb baik remiser prihatin. Haas yg sekarang ni memang I pun gigih mengumpul untuk bekal balik kampung sana...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...