Kali terakhir aku buat appraisal
adalah pada Disember 2010
dan aku dapat satu 'angka'
yang buat aku menangis dalam hati
menangis dalam hati orang x nampak
lagipun ini adalah urusan dunia
dan bersifat sementara
sejak itu aku berasa aneh
berasa aneh untuk menjadi rajin
aku tak tahu sistem apa yang digunapakai
yang aku tahu, ia menyumbang kepada
peratusan kenaikan darah aku
petang tadi, ketika memandu balik
dari tempat kerja ke kediaman sunyi aku
aku buat KPI dan appraisal lagi
appraisal ke atas diri sendiri
apa aku dah buat sejak hidup selama ini
apa aku dah buat setahun lalu
apa aku dah buat sebulan lalu
apa aku dah buat seminggu lalu
dan apa aku dah buat hari ini
oh ya, aku dah buat something yang +ve aku kira
aku dah perbaiki retak-retak kecil sebuah astana
eh bukan, aku buat kemasan
pada tepi buku yang sudah tercabut halamannya
atau bukankah aku dah mengemaskan pelepah merak
yang sangat cemerlang warnanya
ahh tak kisahlah...yang penting
aku sudah menyempurnakan sebuah hari untuk hari ini
dan KPI serta appraisal aku berada pada tahap sepatutnya
pun begitu...tiba-tiba aku dapati ada tangis dalam hati...
titik!
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
1ST! (always)
ReplyDeleteok, kau dah jayakan hari bertarikh satu februari dengan cemerlang.
ReplyDeletemungkin titisan ghaib tu datangnya dari sumber yang kau tak sedar. atau pun kau tak tau dari mana puncanya. (pergh! aku harus tulis ayat ni dalam jawi. baru menangkap)
Cehhh ko ni memanjang je 1st, sorry aku tak de hadiah..err ko nak tulis jawi? jangannnn..aku malas nak baca jawi..kena mengeja segala bagai..tertukar titik juga.
ReplyDeletesegmen jawi kat MHI pagi tadi tetamunya orang korea rupanya. kagum aku!
ReplyDeleteBelanda pun ramai yg boleh tulis jawi...pun kagum juga kan...
ReplyDeleteaku lagi triple kagum dengan orang kita yang menolak jawi.
DeleteAku...no komen...
Deleteaku ada komen, tapi simpan untuk sesi roti bakar dan kopi tarik.
DeleteOk..boleh saja...nanti boleh komen sampai lebam sambil pekena kopi dan roti bakar ya...jangan lupa sorang lagi pengkomen terbaik aku di kuala selangor tu ya..hik!
Deleteappraisal tu hapa?
ReplyDelete... penilaian kemajuan prestasi kerja la uncle..makin kecil angka makin susutlah bonus...uhuk!:(
ReplyDeleteErrk betul ke saya eja perkataan appraisal tu...??
ReplyDeletehemmm...rasa nak buat entry pasal ni..tengoklah...
DeleteAbg bro, silakan buat...
ReplyDeleteBape lak markah KPi sy pulak kan? Buat bekal di hari kemudian nanti. Entah klu dihisab, ringankah? Beratkah?
ReplyDeleteMF, tu la pasal...akak dok fikir KPI sekarang...esok2nya KPI macam mana lah agaknya markahnya kan...ngeri oooo....
DeleteKPI.... KPI untuk 'ke sana' selalu terabai.
ReplyDeletedear,
kat Bangsar tu open ke diasingkan laki/pompuan??
BTK, bila ingat KPT untuk sana, rasa nak dok atas sejadah jer..hmm
Deleteerr kat Bangsar tu open la sayang...meh la..
LW
ReplyDeleteAre u a writer? Or connected to writing somehow? Coz your bunga-bunga bahasa is excellent!
AAthe Way...ngee!
Deletewell..i guess im an indie blogger..on my own capacity...hikhikhik!
berbuatlah sebaik mampu kamu, dan pada Dia kita serahkan segala.
ReplyDeletepercayalah, setiap jalur kebaikan itu ada balsannya; samada kita menyedarinya atau sekadar menyepikannya.
barangkali, dalam keluasan seharian, kamu dipermudahkan dari susah yang lain, dan kamu dihargai dengan bonus Dia yang kita kadang lupa sedar.
aku sendiri, selalu dipermudahkan; dan itu lebih baik dari aku menaik tinggi dalam hiraki dan hidup dalam selimut kewangan dunia tapi sempit emosi dan jerit pekik hati untuk sebuah ketenangan.
dan.
biarpun ada yang kelihatan diberi manusia penilaian yang baik biarpun pada kita buruk hendaknya, mana tahu, dia sememangnya lebih baik; atau appraisal itu semata-mata menjatuhkan terus dia dari sebuah kebaikan; dan bukan itu yang kita mahu kejarkan ye tak?
*senyum*
we will only granted what we need, and that may not necessary being what we wish for.
*smile*
kiranya itulah yang aku lakukan kini..berprasangka baik dan tidak akan sekali-kali menzahirkan rasa tidak puas hati aku..biar mereka menilai aku setara mana sekalipun, tiada yang lebih unggul daripada nilaian Dia...aku tidak gusar mengenai penilaian mereka, akan tetapinya penilaian yang paling ‘akhir’ itu yang aku risaukan kini...
ReplyDeleteoooo...
ReplyDelete*mengangguk-angguk*
baru tau apraisal tu apa..penilaian kerja..
takpe2, nanti sis work hard lagi eh! :DDD
Ok adik..kalau dah masuk pasaran kerja esok, adik akan tahu betapa mencabarnya kerja macam akak ni..everything base on appraisal atau KPI (key perfomance indeks)...
ReplyDelete