Monday, 16 January 2012

Menganyam mimpi...

Antara sela dinihari dan sepertiga malam
Kantuk jadi aneh apakala mimpi menyusul
Meskipun tidak pernah dipinta mimpi sebegitu
Ia tetap datang dan menganyam rasa
Seperti nyata, tetapi mimpi
Seperti mimpi, tetapi nyata
Rasa basah oleh pilu
Rasa luka oleh rindu
Ahh bantal tidurku yang ini
Kau banyak menyimpan misteri
Teruskan mimpi
Aku ingin lagi mimpi begini
Kerana ia melepaskan beban hati
Yang sarat membalut diri
Aku mahu bermimpi
Lagi dan lagi
...

21 comments:

  1. mimpi mainan tidur,kalau mimpi itu indah takpe,tapi kalau mimpi itu ngeri sila basuh kaki

    ReplyDelete
  2. Mimpi yg memang aku dah lama nak...ia buat aku boleh lepas rindu pada arwah mak aku..
    TP ko belum zzz eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedekah ayat suci al-quran pada arwah mak. aku tido 0500hrs semalam, (lambat reply)

      Delete
  3. andai tuhan menciptakan aku untuk menjadi bantal tidurmu,
    kadang kala aku terasa bangga menemanimu menongkah ngerinya mimpi,
    atau kadang kala tersenyum bangga tatkala bersama-sama menghayati indahnya tiupan bayu di dalam lenamu,
    namun seringkali juga aku terasa kecewa kerana...
    kerapkali dibasahi air liur basi!!!

    ReplyDelete
  4. kita tak kan mampu recall 100% kisah mimpi kita..

    ReplyDelete
  5. SM, weiii tolong aaa...tolong sket..air liur basi? Never!! Never!! Hahaha aku baca macam stim habes ayat2 terawal tu tapi, macam siot je...tang ayat last...adoiilaaa..bluerkkkk!

    BTK..ya memang x blh recal tapi teringat2 walaupun kabur...nak juga ingat...

    ReplyDelete
  6. SM: ko memang nak kena pukul...hahaha!

    ReplyDelete
  7. "pukul? boleh, tapi sembilan ratus sembilan puluh sembilan tahun lagi kau kena tunggu",kataku diiringi dengan mimik muka mengejek.

    dia bertambah berang, matanya makin membundar. dari putih, bebola matanya bertukar menjadi merah saga. "ah, kau memang dah lama nak kena dengan aku...!" jerkahnya lagi.

    "tangan kau pendek, tak mungkin dapat mencubit bahu aku pun. hahahaa..! tangan pendek!" aku seolah sengaja memarakkan lagi keberangannya di tengahari itu.

    *eh, terbuat kispen pulak!

    ReplyDelete
  8. Bluerkkkk!! bluerkkk!!! bluerkkk!! ko jahat! aku nak pukul ko cukup2 botak gojes...jahatt!!

    Ah tiba2 amarahnya menyala2...nanti akan ditunggu di aras tiga di pavillion bukit bintang bersama ketua gengster...untuk membelasah si botak itu...

    *eh kispen aku da siap...

    ReplyDelete
  9. pekasam amarah di dalam hatinya kini semakin membusuk. penumbuk kiri dikepal sekemas mungkin sambil imaginasinya tak lepas-lepas daripada membayangkan kepala botak itu benjol di beberapa tempat kesan lukuan buku limanya.

    ting..! pintu lif berbunyi. dadanya makin berdebar. saat yang ditunggu kini semakin sampai ke klimaknya. sudah hampir lapan ratus tiga puluh enam puluh tahun dia menunggu di aras tiga pusat membeli belah yang pernah menjadi mercu tanda segi tiga emas itu.

    ting..! pintu lif berbunyi lagi untuk kali kedua. dia berganjak sedikit ke hadapan menanti susuk tubuh kurus yang diintainya memasuki lif sebentar tadi. jika perkiraannya tepat, pemilik tubuh kurus berkepala botak itu pasti akan keluar dalam beberapa detik lagi. dia pasti. pasti teramat saat berdasarkan maklumat daripada sahabat segangsternya yang sedang menyamar sebagai pokok bunga di aras satu sebentar tadi.

    ting...! pintu lif berbunyi lagi. celaka! tak bukak-bukak lagi pintu lif ni. dia menyumpah di dalam hati. kesabarannya sudah sampai di bibir cawan. hanya menanti masa saja untuk tumpah ke lantai.

    "ting...! orang yang anda tunggu tidak terdapat di dalam perkhidmatan kami. harap maaf." keluar suara mesin dari pintu lif.

    hahahaa...!

    ReplyDelete
  10. kerana amarah yang membusuk macam bau pekasam itu semakin parah akibat org yg ditunggu tidak muncul, dia lalu menyepak dinding lif berkali-kali sehingga berlubang besi nipis itu. Dia harus kembali mendapatkan kroni gengster di tingkat satu...si musuh botak kurus itu perlu diumpan juga untuk diluku..oh ya, dia teringat seplastik ais tebu dan bekal makan petang tapai ubi kayu yang sudah menjadi puding...dia harus sebarkan di laman twitter untuk menarik perhatian musuhnya itu..sepantas kilat dia membuka tupperware tapai..
    tiba-tiba..snif! snif! owhh tektiknya berjaya..musuhnya masih menghampiri...dia sudah bersedia...siap kau aku pukul...bisiknya dalam hati jahat...hahahaha...nantikan sekuelnya...

    ReplyDelete
  11. meow...! malangnya kelibat makhluk yang ditunggu langsung tidak menyerlah tubuhnya sebaliknya kelihatan seekor kucing berbulu nipis dipenuhi kutu merangkak-rangkak perlahan menghampiri. meoww... si mamalia itu mengiau manja.

    dari kejauhan, seorang lelaki botak dan berbadan kurus tersenyum kepuasan kerana telah berjaya menjadikan seekor kucing jalanan sebagai perisainya.

    rasakan kau! ingat aku ni manusia yang mudah diumpan? hahahaa...! lelaki itu ketawa panjang di dalam hati.

    (kau buat la 80 sekuel pun, ending macam tu jugak!)

    ReplyDelete
  12. errkk...umpan tapai aku tu untuk tikus makmal la bhai...tikus makmal tu terlepas dari kocek suar aku..bukan untuk lelaki botak kurus yg tersenyum kepuasan tu weii...wakakaka....yay! ada org terkena perangkap hangit hot FM..

    ReplyDelete
  13. hot fm? bukan dalam lingkupan dunia aku...

    ReplyDelete
  14. eh cop..ko dengar klasik ke red 104 ker haper weii..adehhh...nenong2 aku..

    ReplyDelete
  15. bernama radio 24 (93.9fm) dan kadang kala red104.9 (malam)

    ReplyDelete
  16. ko tau tak macam mana aku nak betulkan jam kat reply ni...ko reply jam 11.17 pm...cemane aku bak buat ek?

    ReplyDelete
  17. klik `setting', lepas tu klik kat tab `formatting'. ni zon masa angkasa lepas ke apa?

    ReplyDelete
  18. aku dah buat tapi pasai pa dok kuar waktu angkasa lepas gak ni eh?

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...