Jong berlabuh di kota Temasik
Singgah di kuala membeli berangan
Usik mu bukan sebarang usik
Hatiku sendu menahan angan.
“AKU nak cium kau, boleh? Nak peluk kau kemas-kemas, biar kau tak boleh lari. Biar kau ada dalam pelukan aku saja…sampai lemas…bukan lemas air, tapi lemas oleh sebab aku yang peluk kau. Hahaha….”
“Eh, kau dah hilang akal eh…bluekkk. Buruk perangai..aku benci kau…benci!!! Tunggu lagi seribu tahun! Atau lebih senang saja aku kata, jangan harap!!!”
“Sejuta tahun pun aku sanggup, kerana kau…hahahaha!”
“Kau ni kan, apa yang tak kena semalam? Kau kena maki dengan mak kau ke? Atau terlebih minum vodka semalam? Kenapa kau cakap ikut sedap mulut saja?”
“Eh mana ada. Mak aku sayang aku, dia tak pernah maki aku…tapi terlebih minum ada. Alah bolehkan…sekali sekala?”
“Suka hati kau..aku bukan siapa-siapa pun. Aku tak ada kena mengenapun dengan kau tau?”
“Eh kau kan buah hati aku. Sejak kecil kau sudah aku intai, aku sudah beritahu kawan-kawan aku jangan kacau kau. Sebab tu kalau kau masuk pekan Takbai, tak ada siapa berani kacau kau…”
“Kau?? Ahh jangan nak bohong. Dasar samseng…belum bersunat dah pandai nak ajak aku jadi buah hati kau..kau tu bukan manusia, kau jembalang!”
“Habis, kalau aku jembalang, kau tu pontianak! Kalau aku jadi buah hati kau..aku tak nampak salah pun? Mana salahnya?”
“Hei…aku tak suka kau. Kau jangan kacau aku nak basuh kain. Kalau aku kata tak suka, makanya aku tak suka. Aku benar-benar maksukannya Pram!”
Nota: Untuk bacaan selanjutnya sila klik tajuk kispen ini di atas.
# Aku buat kispen ini kerana mengenang seorang sahabat berbangsa Siam...nama singkatnya memang Pram, tapi dia tidak bernasib baik, ketika di tahun dua dia kena kick dari universiti dan aku tidak tahu nasibnya bagaimana.
# Sungai yang diceritakan di dalam kispen ini memang wujud, berair jernih dengan dasar dipenuhi kerikil bulat, cetek dan paras lutut saja tetapi memang ada buaya. Nama betul sungai itu adalah Sungai Bayu Lalang..
# Watak perawan itu juga wujud tapi aku tidak tahu bagaimana kesudahan hubungannya dengan Pram, tunggu episod kedua..
Ok selamat berkispen...take a break...:)
kisah pendek?
ReplyDeletetak nak baca kalau ending nya tak happy
kena baca dua kali baru aku nak komen. sekarang tinggalkan jejak dulu.
ReplyDeleteKak! Sgt cool! Sy tak sbr nak tgu yg kedua!
ReplyDeleteNP: kena tunggu episod kedua yang juga akhir...nanti akan tahu endingnya gimana...
ReplyDeleteSM: ok ko memang...nanti komen eh...
MF: Cool ker? tq Farra..
aku tggu episod yg ke2 tu... tak sabar nie(gaya org tak senang duduk tggu enti ko)
ReplyDeleteTP: sabar weii...ala itu citer ko bleh agak2 le ending cemane..tapi citer betul tau...
ReplyDeletetak boleh komen lagi, kena tunggu sampai habis.
ReplyDeleteSM, memang ko kena tunggu sampai habis...tengok endingnya cemane...
ReplyDeletearghhh suka tulisan kamu yg ini. rasa diawangan.... heeeeeeeeeeeee... hebat tahu
ReplyDeleteBS, terima kasih kerana menghargai..amat! Namun, aku ini tidak lebih kerdil dari setitik buih di samudera yg melaut luas...mungkin itu adalah nikmat yg Dia ingin aku rasa seketika sementara masih ada waktu ...
ReplyDeletelady.. jom join team warna kaseh!
ReplyDeleteWarna Kasih..yes! Hihi...thanks a lot for inviting me...
ReplyDelete