mengingati rutin membaca, aku salute arwah abah
dia boleh baca akhbar Berita Harian
dari muka depan sampai last tanpa fail
masa tu tahun 1978, harga BH 35 sen
aku tukang beli setiap hari
masa abah jadi buruh di Spore, dia baca BH Spore..
katanya dia beli BH untuk kami baiki penguasaan BM
bila di sekolah menengah
cikgu guna rencana pengarang dalam BH untuk latihan Pengajian Am
harga sokkabar makin naik
tapi abah tetap beli
sebab katanya dia x mampu nak beli buku untuk kami
jadi dia beli sokkabar
katanya sokkabar halaman besar, puas baca...
bila makin dewasa, aku pun macam abah
belek sokkabar detail
memang aku baca sokkabar je
sebab nak beli buku, mahal sangat
apalah sangat dengan pendapatan buruh kasar
dan penjual kueh di pasar pagi...
tapi kami merasa juga pergi sekolah
sebab abah celik ilmu
walopun dia setakat lulus darjah 9
mak pula lulus darjah 6
bila aku dah bekerja
buku agak mewah senang nak dapat
sekitar 2005 hingga 2007
aku baca 4 buku pelbagai genre setiap sebulan, konsisten...
otak pun basah je, langsung tak dak sikap lupa
bak kata Tun Mahathir
membaca elak nyanyuk stimulate otak
tapi la ni...aku dah banyak lupa..
sebab dah lama x stimulate otak
nampaknya aku kena reshedule balik jadual
kena masukkan slot membaca
sekurang2nya 30minit setiap hari
supaya aku tak jadi pelupa
sebabnya hari ni aku lupa
aku lupa nak buka suis peti ais
so masa balik keje
air berjejeran atas lantai, ais jadi cair..bahana pelupa
so kena membaca semula...
Iqraq...
kali ni aku 1st! FIRST.....
ReplyDeletebapak kau sama macam bapak aku, suka baca BH. bapak kau juga seperti bapak aku, menyara tiga anaknya hasil titis keringat di bumi temasek. dan bapak kau juga mungkin seperti bapak aku, kadang-kala membelikan kain ela dari geylang serai untuk dipakai raya. dan kau sebagai anaknya pun lebih kurang macam aku, seorang pelupa dengan benda-benda yang sepatutnya dah jadi rutin.
ReplyDeleteBanyak keserupaan bapa ko dan bapa aku...yg pasti tugas terakhir bapa aku adalah mandur jkr dan tidak pernah mengabaikan pendidikan kita orang..Dan bapa aku juga membaca sampai akhirat hayat...
ReplyDeletebapa aku, entah apa dia buat sekarang. tengah ngeteh kot. hahahaa...!
ReplyDeleteBapa aku dah menemuiNya...Kalau dia masih ada mesti sedang baca paper sambil minum milo yg dia kacau sendiri..
ReplyDeleteSalam,
DeleteKalo bapak kita dah takde, hadiahkan kepada arwah al-fatihah setiap hari, insyaALLAH berbahagialah beliau disana...kalo masih hidup lagi pun kita bleh hadiahkan al-fatihah kepada mereka, insyaALLAH pulangnya mereka ke alam sana nanti...bahagia sebab anak2 dah sediakan mereka mahkota, mahligai atau apa2 yang menggembirakan mereka la...
al-Fatihah
Deletebapa aku, aku tak tau dia suka minum apa. tapi aku tau rokok kegemaran dia.
ReplyDeletekalau baca mastika boleh terima tak?
ReplyDeletebapak sy suka tgk berita..berita pagi, berita terkini, buletin 1.30 dgn buletin utama...nasib baik nightline xtgk hahaha..
ReplyDeletebapa kita serupa...tapi dia lebih suka tgk tibi bahasa mat saleh.hadui......
Deleteminatnya tak jatuh pula pada aku.ngeeee....
dulu dunia jam 10 kat tv1 agak best jugak. tapi sekarang macam merapu.
ReplyDeleteSM: aku tau arwah bapak aku memang suka minum milo yg dia buat sendiri..itulah dianya..tak pernah nak menyusahkan mak aku...dia basuh sendiri jeans dia...sebab katanya arwah mak aku tak pandai basuh jeans 501 tu...tapi yg best dia rajin baca sokkabar kuat2 untuk kami dengar...
ReplyDeleteTP: TQ.
Abang Zam: Mastika pun ok apa...janji baca, supaya otak lambat nyanyuk..
Raplh: Aku rasa berita utama tu sumermorg suka tengok...bapak aku tunggu juga yg nightline punya...sanggup tu..
Hiks! Kdg2....kebetulan di antara kita ada persamaan. Ayah sy sebelum makan gaji dgn gomen, merata tmpt jugak dia mencari rezeki. Pnh keje kat kedai runcit. Pnh keje jadik buruh binaan kat Spore.
ReplyDelete=D
Tapi ayah sy suke sgt baca Utusan smpi la nie....
Tapi kan (tapi lagi)...akak jgn lupe sgt kak nak2 hal iron tu. Adehh! Bhy oh!
MF : dulu aku pernah ikut bapak aku kerja kat singapore. stay kat `kotai' untuk beberapa lama.
ReplyDeleteMF: Arwah bapak akak start baca BH masa dia keje di Spore la, then balik kg pun dia cari BH gak..sampai la ni trdisi baca BH masih ada di rumah walopon dia dah takde...tq..iron tu memang akak berhati2..
ReplyDeleteSM: bapak aku kat Bedok North...sampai skang aku belum sampai Spore lagi..o ya kotai tu apa?
kotai? ha, kau tanya MF. mesti dia tau.
ReplyDeleteSkymatrix: Thanks...memang aku setiap pagi sedekah kat mak, bapak dan nenek aku alfatihah...ketiga2 dah arwah dan itu adalah rutin wajib aku sambil memandu...kalau tak buat rasa x lengkap pulak hidup setiap hari..alhamdulillah..
ReplyDeleteaku suka entri ni
ReplyDeletekotai....tak silap aku kotai kelapa tua kan yang ada putik dalam dia. tapi kalau kotai yang SM cakap tu adalah mcm nama tempat.
ReplyDeletemgkn kotai nie mcm rumah kongsi yang lama kot....(aku memandai2 aje part rumah tu)
* aku pun nak tahu makna kotai tu
LW : macamana, dah dapat jawapan makna perkataan kotai tu?
ReplyDeletetp : aku tak boleh `bitau' jawapan kau betul atau salah. tunggu...