Friday 28 December 2012

Entry kontot

# Beberapa tahun lalu, kami (aku dan KA) pernah tidak bercakap selama beberapa hari kerana dia sudah memangkas dan membuang pokok orkid kesayangan aku yg diberi oleh arwah mak. Berasa begitu tertekan dan kecewa kerana orkid itu ibarat semangat kehidupan pada aku. Ia sempat diselamatkan seranting dua yg kemudian diberikan kepada adik. Semalam adik sms orkid itu sudah berbunga gemuk dan banyak pula bunganya. Ya, semangat kehidupan itu sudah kembali...ada dua pasu orkid di rumah adik dan kedua-duanya berbunga lebat..satu keajaiba agaknya setelah hampir bertahun ia merajuk dan tidak mengeluarkan bunga..
# Untuk sahabatku, kalau boleh aku pinjamkan semangat ini, mahu saja kuberi semuanya kepada kau yang sedang dilanda ujian itu. Sudah tiba masanya kau menutup halaman berkenaan yang tidak mendatangkan kebaikan untuk diri. Aku akan sentiasa berdoa supaya kekuatan itu ada bersama kau setiap masa. Times up! Start a new chapter in ur life!

# Kita tidak pernah tahu apa akan berlaku walau sesaat ke hadapan. Aku dah lama tak ada nafsu untuk mengunjungi gym, tapi tiba-tiba pagi ini ada suara menyeru supaya mengunjunginya...

# Mahu ucap selamat untuk diri sendiri, untuk kehidupan yang sihat...

Thursday 27 December 2012

Monolog penghujung...

Malam ini..bulan penuh di perabung langit. Aku selama-lamanya suka melihat bulan, kerana ia tidak pernah menipu dengan cahaya warna perak, kerana ia tidak pernah mungkir memuntahkan cahayanya ke segenap pelusuk alam dan paling mengujakan ia menjadi pusat renungan berjuta-juta manusia di benua lain. Berkongsi cahaya yang satu dengan sejuta tafsiran..kenyataannya aku tetap suka akan bulan. Bukan memuja, tapi berasa kecil amat kewujudan ini berbanding bulan sebutir tapi perkasa itu...
 
Hari ini sudah 27 Disember, bererti masih bersisa empat hari lagi untuk menjejak tahun baru, lunar baru, perkiraan baru. Mengikut kalendar cina, tahun baru ini adalah tahun ular..aku kira banyak putar belitnya. Dan apabila menoleh kepada jumlah hari yang sudah hampir 360 hari aku jejak, bererti aku menoleh kepada masa lalu yang penuh dengan warna dan rona. Ada hari yang tercalar, ada hari yang kemas dan ada hari yang awannya berarak mendung.
 
Mengemas gobok buruk di penjuru bilik, terjumpa beberapa fail dalam hard disk..ada wajah dan suara emak di situ..suara emak yang aku rasakan seperti masih terngiang-ngiang di telinga bertanya pukul berapa jam setiap kali dia bangun dari tidur.. dan beberapa hari lepas ketika balik ke rumah kakak, terjumpa sehelai kemeja T bergunting di sana sini milik arwah abah. Aku tahu itu adalah persalinan terakhir yang abah pakai sebelum dia menghembuskan nafas terakhir di katil hospital. Ia digunting pengendali jenazah di kawasan kami sebelum dia memandi dan mengkafankan jasad abah. Yang lepas tidak wajar dikenang tapi yang lepas itu juga yang membuatkan aku berasa hidup..dan akan terus hidup selagi diperlukan menjadi hamba Allah di muka bumi ini..terima kasih Tuhan!
 
Melihat ke belakang bererti aku juga menoleh kepada masa lalu..merenung, menimbang, mengambil kira dan membuat penilaian. Tahun ini banyak mencalar goresan halus yang tidak nampak, namun berkesan. Tahun ini menerbitkan sedikit semangat juang dalam kehidupan walaupun patah sayap bertongkat paruh..mungkin inilah yang dinamakan kehidupan. Tidak sahih hidup ini kalau tiada keluh kesah, tidak manis hidup ini kalau tiada hati yang jatuh dan tidak lengkap hidup ini kalau tiada rasa remuk redam. Complete bukan sebuah perjalanan hidup atas nama insan!
 
Biarlah..masa lalu aku akan simpan kemas dalam peti ingatan sambil pada masa sama mengucapkan selamat datang kepada masa depan dan mengekalkan masa kini yang sedang dijalani. Kita tidak pernah tahu usia insan setara mana, kita tidak pernah boleh menduga kudrat insan sekuat mana selagi tidak berhadapan dengan suatu musibah. Hanya yang merasa akan mengetahui bahawa kapasiti hidup kita adalah seteguh karang di lautan, hanya yang melalui mengetahui bahawa semangat mereka sekuat bayu taufan yang bisa meruntuhkan ego kehidupan dan hanya yang memahami tahu bahawa perabung langit itu tinggi sehingga tujuh lapis. Yang aku tahu, kita sentiasa merancang yang elok-elok, namun kita tidak tahu perancangan DIA bagaimana...
 
Dan usia juga semakin beranjak pergi pada satu paradigma hidup yang semakin hampir pada sebuah pengakhiran. Aku mahu ucap yang baik-baik saja untuk mereka yang ada di sekeliling. Aku maafkan semua kata-kata dan dendam kesumat yang wujud di hati mereka supaya tidur aku lena, tiada mimpi buruk dan bangun dengan lapang dada untuk menghadap hari esok..
 
Tuhan, maafkan hambaMu ini..
 
 

Wednesday 26 December 2012

Ketagihan...

Saya bukan penagih..
Saya tidak ketagih..
Saya tidak mahu mati akibat ketagihan..
Saya tidak mahu jadi hamba ketagihan..
Saya akan berhenti mengambil bahan itu..

Tidak pelik kalau ketagih dadah walaupun ia adalah perbuatan paling bodoh, zalim dan laknat terhadap diri sendiri, tapi mungkin sedikit pelik apabila ketagih makanan segera yang sangat murah, mudah dan mengenyangkan itu. Siapa penagih tegar makanan segera ini? Siapa lagi kalau bukan orang yang menulis entry ini.

Kali pertama makan makanan segera bernama m*gg% ketika di tingkatan satu, tinggal di asrama di Kota Bharu. Kak Azra pelajar cerdik dan bijak di sekolah berkenaan, satu dorm dengan aku. Setiap malam aku lihat dia makan makanan segera itu ketika prep atau stayback malam-malam buta. Semua orang kata makanan itu bahaya untuk kesihatan, otak jadi lembap. Letak perencah kat pokok bunga pun pokok bunga mati, apatah lagi kalau otak atau jantung manusia yang sangat sensitif ini. Tiba-tiba bila result SRP keluar, Kak Azra jadi best student dan meletops...walhal dia sempoi saja, dan terus makan m%#*i!

Selepas keluar asrama..budaya makan makanan segera diteruskan. Pernah sekali di rumah, arwah abah masak menu itu seperiuk besar untuk kami. Mak kata dia tak nak masak nasi, jadi abah ambil alih memasak dan menu itu kami makan dengan seronok dan berselera kerana abah yang masak. Walaupun hanya diletak telur, tapi ia enak pada lidah kami. Tapi abah pesan, jangan amalkan makan sentiasa, bahaya katanya. Katanya...katanya 25 tahun lalu pada suatu malam ketika hujan lebat di luar rumah.

Makan makanan segera diteruskan. Belajar di KL buat poket jadi sesak dan nafas ketat sentiasa. Ringgit perlu didahulukan pada buku dan bukannya berfoya-foya untuk benda lain. Mungkin juga nak jimat duit pada hujung bulan, ia terus mengambil alih nasi.

Sehinggalah sudah bekerja dan pegang duit sendiri, ia terus berpuaka dan mengganas dalam kepala. Kalau tidak setiap hari, dua kali seminggu pun jadilah. Gila betul penangan makanana itu. Awal tahun ini, aku berperang besar dengan nafsu terhadap makanan segera itu, kerana ada kesan yang tidak enak pada organ dinamakan jantung. Dr tak kata kesan berkenaan disebabkan makanan segera itu, tapi aku rasa ya...

Dan Disember ini agak ‘suffer’ akibat kerenah makanan segera. Serangan ‘halus’ itu merencatkan sedikit keghairahan terhadap menu sedap itu. Bagaimana mahu melupakannya terus. Rindu dan teringat pada ‘orang’ pun boleh lenyap ditelan angin malam, tapi rindu pada makanan ini sangat menderita sekali. Agaknya beginilah ‘rasa’ seorang perokok tegar yang ingin berhenti merokok...

Damn m#*%i!!
Saya adalah bukan penagih M%$#I!

Nota: saya akan terhutang budi kepada anda sekiranya berjaya menimbulkan bibit kebencian atau menyebabkan saya berkerat rotan berpatah arang dengan makanan segera itu...

Sunday 23 December 2012

Raja sehari..

Kenapa raja sehari? Kerana pada hari yang serba manis itu, individu yang bergelar raja sehari  menjadi titik tumpu,  duduk bersimpuh manis di atas pelamin menunggu pasangan pelengkap hidup. Dengan penuh upacara, dikelilingi kaum keluarga terdekat, saudara mara, sahabat handai dan sesiapa saja yang secara tidak langsung meraikan pertukaran status seorang dara kepada 'Puan' dengan doa dan amin yang dibaca.
Bagai pinang dibelah dua, bagai sirih pulang ke gagang, bagai keris pulang ke sarung..sama cantik sama padan.hijau pekat merenjis warna ceria.selamat pengantin baru kepada blogger MizNorul dan pasangan.
Seiring itu juga tanggungjawab menjadi sedikit berbeza kerana segala-galanya perlu difikirkan untuk diri orang lain juga dan bukannya diri sendiri. Kepada adinda Norul Hafizah dan Wan Ahmad Fadzli, semoga rumahtangga yang dimeteri pada 21 Dis kemarin kekal hingga ke anak cucu..
Perkahwinan itu terlaksana apabila kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk memikul tanggungjawab, yang mana kedua-duanya harus telus dalam menjayakan sebuah ikatan yang direstui ibu bapa dan kerabat. Perkahwinan juga berlaku apabila cukup syarat dan jodoh sudah tiba, maka ia wajar disimpulkan dengan merisik, bertunang dan akad nikah atau ijab kabul. Berbahagialah mereka yang menemui pasangan hidup yang mereka inginkan, namun sedikit peringatan..perkahwinan juga adalah cabaran. Begitupun, andai persiapan sudah cukup dan sanggup menghadapinya bersama...andalah pasangan yang paling dirahmati...
Sambil meraikan pasangan pengantin Norul Hafizah dan Wan Ahmad Fadzli, ehh tetiba terjumpa blogger buddy Nenet Penny manis berbaju kurung biru berkerawang emas...Net, kita bekas pengantin kan, meraikan pengantin junior...kehkehkeh!
Manisnya pengantin perempuan dalam persalinan renda Perancis hijau pekat dan bunga satin putih di tangan..nampak sangat makcik baju biru tu tersangatlah rendahnya kan...
Tiga kuih pemanis mulut yang sangat mengujakan, ubi kayu dan agar-agar yang sangat berwarna warni dan kuih koleh kacang...semuanya sedap...
Pelengkap majlis, letaknya nombor dua selepas sirih junjung..pulut kuning atau pulut semangat ini disediakan sendiri oleh bonda pengantin perempuan.
Sirih junjung yang dihiasi mawar kuning dan baby breath putih. Ada bunga lawang dan gambir melengkapkan gubahan sirih junjung.
Yang ini betul kak fondan yang juga hasil sentuhan bonda pengantin perempuan..
Ini Michael Kors betul ya bukan kek fondant...:)
Wajik atau nasi manis digubah cantik jadi mawar berwarna coklat...
Tart nanas berbentuk buah-buahan cenderahati untuk tetamu dari pengantin..tart ni sangat awesome!
 

Friday 21 December 2012

Jom kita try nak...

Perkara pertama kalau sampai office ialah cek email. Macam-macam email ada, nak jual viagra ada, nak jual sex toys ada, nak ajak jadi business partner ada, info menang loteri kat UK ada, info aku jadi waris duit bermillion di Swiss Bank pun ada dan nak berkenalan pun ada. Jadinya mana yang tak berkenaan aku delete. Ehhhh cop..ini ada satu yang berkenaan..mesti ada ramai photografer handal di sini kan...meh la kita try...
 
 
KUALA LUMPUR INTERNATIONAL PHOTOAWARDS 2013

TAGLINE: 
'TANGKAPLAH SAYA, TOLONG LAH'

PENGUMUMAN PERTANDINGAN BERMULA: 
DISEMBER 2012

TARIKH PENYERAHAN FOTO:
1 MARCH 2013

TARIKH TUTUP PENYERAHAN FOTO:
31 MARCH 2013

MAJLIS PENGUMUMAN PEMENANG:
JUNE 2013

SEBARAN UMUM

Buat kali yang ke-5, KL International Photoaward (KLPA) sekali lagi memanggil semua peminat fotografi untuk menyertai pertandingan fotografi tahunan KLPA. Pengumuman pertandingan berserta maklumat menarik tentang pertandingan ini telah dipaparkan di laman web KLPA bermula dari Disember 2012. Tahun ini, tagline KLPA adalah: TANGKAP LAH SAYA, TOLONGLAH (TAKE ME, SERIOUSLY)

‘Tangkaplah saya, Tolonglah’ merujuk kepada beribu gambar yang telah ditangkap dengan segara menggunakan telefon pintar atau Smartphone, yang kemudiannya dimuat turunkan ke laman media sosial setiap hari. Perkara ini telah menjadi satu fenomena yang penting dalam dunia penyebaran maklumat yang berkaitan dengan pembuahan idea, fesyen, gaya hidup, dan penyebaran sebaran akhbar di alaf dunia online sekarang.

Para peminat fotografi dan juru gambar dari seluruh dunia boleh menghantar gambar mereka melalui dua kategori pertandingan:

1. GAMBAR PORTRET TUNGGAL - 1 hingga 8 imej, yang berbentuk portret. Definisi atau gambaran sebuah portret itu adalah terpulang kepada setiap jurugambar. Sebuah portret itu boleh dihasilkan dengan memaparkan ciri-ciri identiti seseorang atau menggabungkan unsur-unsur sekeliling orang yang akan dipotretkan.

2. GAMBAR BERSIRI SMARTPHONE APPS - 5 hingga 12 imej, bertema. Konsep kategori ini adalah berunsur experimental dan para peminat fotografi harus menggunakan smartphone mereka untuk menangkap gambar bersiri sebanyak 5 hingga 12 keping imej. Imej yang ditangkap harus merupakan siri gambar berangkai dan mewujudkan kaitan yang jelas diantara gambar-gambar tersebut. Tema kategori ini adalah ‘1,000 Ela’ bererti, gambar portret yang ditangkap harus di ambil 1,000 ela dari perkarangan rumah. Gambar-gambar yang boleh dijadikan subjek adalah seperti penduduk setempat, kanak-kanak sekolah, peruncit, pengusaha kedai kopi dan lain-lain. Para peserta boleh menggunakan app telefon mereka seperti Instagram, Hipstamatic atau sebagainya.

3. KATEGORI JURUGAMBAR MALAYSIA DI BAWAH 25 TAHUN – Adalah kategori khas untuk jurugambar terbaik di bawah 25 tahun. Hanya dibuka untuk rakyat Malaysia.

PARTNERS
Tahun ini KLPA akan meneruskan kerjasama kami bersama Time Out Kuala Lumpur dan dua tahun berturut bersama Pacsafe, , Invisible Photographer Asia. Pengumuman dan penyampaian piala kepada pemenang akan diadakan Kuala Lumpur Convention Centre pada bulan June 2013.

HADIAH
Hadiah pertama adalah merupakan wang tunai sebanyak USD$3,500, berserta sebuah piala telah dikomisenkan khas untuk KLPA dari London dan bag camera anti-ragut oleh Pacsafe.

PARA PENGADIL
Berikut adalah para pengadil bagi KLPA 2013
Para pengadil kategori Gambar Portret Tunggal:
ADELINE OOI - Kurator dan art consultant
EIFFEL CHONG – Pensyarah Fotografi
RACHEL JENA – Penyunting Seni TimeOut KL
SYAHRIN ABDUL AZIZ - Freelance photojournalist
ZHUANG WUBIN - Curator dan freelance photographer

Pengasas SOJOURNPOSSE.COM Zarina Holmes dan Salina Christmas akan mengadili kategori Smartphone Apps.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Project Manager - Erna Dyanty erna@klphotoawards.com / 012 231 09 61
Project Director - Steven V-L Lee info@klphotoawards.com
KL International Photoawards
www.klphotoawards.com
info@klphotoawards.com

KL International Photoawards merupakan pertandingan fotografi portret kontemporari tahunan. Pertandingan ini terkenal di kalangan jurugambar di seluruh dunia dan menjadi pertandingan yang perlu diperhatikan di dalam senarai Top50 photography competitions in the world.

Thursday 20 December 2012

Kenapa...

Kenapa ya..

* Dalam air badan berpeluh...?

* Ikan habitatnya di laut,
berair masin, tapi apakala dibawa ke darat,
tetap perlu digarami semula...?

* Hanya jauhari juga yang mengenal mutu manikam..?

* Bawang itu berlapis-lapis sifanya..?

* Angin tidak nampak, tapi dirasai kehadirannya...?


Wednesday 19 December 2012

Selepas 17 tahun...

17 tahun, satu tempoh masa yang sangat lama. Kalau diukur pada usia manusia, sudah boleh disebut dara sunti dan memasuki usia matang. Kalau orang dulu-dulu, usia 17 tahun itu mungkin sudah ada dua anak. Memang selama 17 tahun kami membawa haluan masing-masing, namun kelmarin atas usaha Dr Ros Fatihah, kami berempat bertemu semula selepas 17 tahun dan masing-masing melepaskan rindu yang sangat tulus kerana kami pernah makan semeja, minum secawan dan tidur sekhemah pada suatu ketika dulu.
Dari kiri: Zahir, saya, Dr Rose dan Jamian. Kami bertemu tidak sampai setengah jam di kafe Rumah Universiti UM, namun dalam setengah jam itu juga kami bertanya khabar dan berbual seperti sehari lamanya..akrab dan tulus!
Malah kami juga kerap berhimpit-himpit setiap hujung minggu di dalam trak askar 1.3 tan menuju ke kem PALAPES di Bukit Damansara untuk latihan mingguan selama tiga tahun. Berkawad, berhujan, berpanas dan ada kalanya melepas keluhan bersama sekiranya ada masa senggang ketika kawad di Sungai Besi dan ketika melakukan latihan ambush di Bukit Botak. Itu adalah apa yang berlaku 17 tahun lalu.

Dan apabila bertemu kelmarin, kami masih sama. Kami masih lagi ingin bercakap perkara yang sama kerana 'sejarah' selama tiga tahun ketika menjadi anggota PALAPES amat manis untuk diingati. Kerana apa? Kerana kami saling menyokong dan memberi semangat antara satu sama lain. Daripada 150 anggota yang mendaftar, hanya 90 yang tinggal dan anggota wanita pula hanya tak sampai 10 orang yang kekal dan sanggup menghabiskan latihan selama tiga tahun.

Yang berubah adalah usia, status dan perwatakan namun sebenarnya kami masih lagi yang dulu apabila Zahir (depan, kiri) masih lagi begitu gaya bercakapnya, lembut dan sopan. Dia adalah bapa dua anak, menjadi tenaga pengajar di sebuah sekolah cluster di Kedah manakala Jamian (kanan, depan) calon dr falsafah dalam pengkhususan bahasa antarabangsa dan pernah menetap di Sepanyol selama beberapa tahun.

Dr Ros Fatihah (kanan, belakang: tetap setia dengan batu, bukit, tanah dan beliau adalah geologis enam anak serta rajin membakar kuih dan kek di dapurnya yang sentiasa meriah dengan suara anak-anak menunggu kuih masak, sedang berusaha untuk memperoleh cuti sabatikal untuk ke Australia tahun depan) dan yang belakang, (kiri) adalah aku yang tetap seperti aku pada mata mereka, sentiasa kantoi untuk hadir latihan tahunan selama dua minggu kerana aku ada kerja lapangan lain.

Namun rezeki menyebelahi aku dan kami bersama 86 lagi kadet lain akhirnya menerima watikah pentauliahan daripada Yang DiPertuan Agong ketika itu, Tuanku Jaafar di USM dalam satu adat istiadat penuh meriah kerana kami sudah bergelar 'Young Officer' dengan satu butang pada bahu. Ketika itu kami berasa sangat beruntung kerana penat lelah selama tiga tahun berbaloi apabila disahkan sebagai pegawai muda, satu tahap paling asas dalam kerjaya ketenteraan di universiti. Selebihnya ada yang meneruskan latihan dan kini menyandang pangkat Mejar dalam perkhidmatan di universiti.
Tak boleh dilupakan akan kegarangan Kapten yang melatih kami, Kapten Azmi Mohd Islam, Kapt Rosskelly Mohamad, Kapt Jagjit, Kapt Azrai'e dan beberapa lagi serta sarjan yang sangat baik dan tidak jemu menjerit pada kami di padang kawad, Jen (Sarjan) Mail, Jen Jenal dan Jen Superman...hahah dia ini kami sentiasa jadikan bahan lawak jenaka kerana namanya adalah superman tapi apabila di padang kawad dialah harimau garang yang sentiasa mengenakan kami pula.

Yang kami sayang, PW II (Pegawai Waran II) Encik Alias yang sedikit tempang kerana terkena jerangkap samar di Gubir ketika berkhidmat dalam ketenteraan, namun beliau adalah jurulatih kawad paling berkarisma bagi kami kerana dia tekun, profesional dan luas ilmu pengetahuan dalam segala segi dan seorang lagi PW yang kami salute ialah Encik Hassan..mamak berkulit gelap dan handsome, juga sangat berkarisma dalam tugasnya.

(Gambar diambil dari FB Dr Rose). Dua kotak hitam pada bahagian kiri dan kanak trak adalah tempat kami berpijak ketika naik dan turun dari trak. Rose tersangkut sebelah kakinya kerana but yg dipakai agak besar menyebabkan dia tumbang dan hampir terhantuk kepalanya dengan aspal, dan arwah Rosdi sempat menyambut dari bawah...
Sayangnya, seorang lagi sahabat kami, Allahyarham Rosdi, tewas apabila beliau menemui kemalangan meragut nyawa beberapa tahun lalu akibat dilanggar kenderaan dari arah belakang. Beliau adalah penyelamat kepada Dr Ros yang ketika menghadiri latihan kawad mingguan, sebelah daripada butnya tersangkut pada ruang pemijak di trak berkenaan. Ros mungkin akan mengalami patah kaki dan retak kepala sekiranya terjatuh dari trak di bawah ini, tapi ketika ia berlaku, Rosdi ada betul-betul di hadapan dan sempat menyambut Ros. Satu nyawa sudah terselamat dan kata Ros, dia berhutang nyawa dengan arwah Rosdi. Kudos untuk Rosdi...alFatihah.
(Gambar diambil dari FB Dr Rose). Inilah posisi yang kami perlu lakukan ketika berlatih menembak menggunakan M16. Kaki perlu dibuka luas supaya kedudukan mantap dan kemas manakala hulu M16 perlu diletakkan kemas pada bahu supaya apabila picu ditekan dan hujung M16 memuntahkan peluru, hentakan berlaku pada bahu tidak akan meninggalkan kesan lebam pada bahagian tulang. Biasanya selepas latihan menembak, kami akan mengalami sakit bahu/badan selama beberapa hari dan ada juga yang lebam. Perit tapi mahal pengalaman ini...kalau boleh mahu lagi diulang...
Begitulah..kenang-kenangan hidup. Tiada dijual di supermarket, tidak boleh dibeli di Pavillion apatah lagi MidValley. Ia tersendiri, tersemat dalam hati kami setiakawan, kerjasama, air mata dan peluh mengalir dalam hujan lebat kerana kami perlu lulus semua ujian membabitkan kemahiran menembak menggunakan M16, riffle, mortar dan pelbagai lagi senjata ATM. Dan selepas 17 tahun, kami akan bergabung semula untuk meneruskan silaturahim yang sudah sekian lama dijalin...betul kata pujangga, berkasih biar satu, berkawan biar seribu..dan ketahuilah..anda yang membaca ini juga adalah yang saya ingat sentiasa, yang sentiasa berada dalam ingatan saya, yang selamanya ingin saya kenang,  dan dalam hati saya selamanya...


Tuesday 18 December 2012

Leisure on my own way...

Sometime they keep asking me..don't you feel boring when at home and what did you do during weekend or holiday? Honestly..i pop up the answer...yes im alone but never feel lonely and im not the loner. I have a lot of things to do at home. I have a bunch of cloths to sew. I have few dozens of paper to fold/manage and i have a store which is load with flour, butter, sugar, egg and many. And i have few things to manage in net while im leisure and the rest of it..of coz ill be in kingdomland...doze off to dreaming space. Hehe..and  you may say im a dreamer, but im not the only one...
Yeah..that was my fav spot at home..facing a view of red bricks terrace house while chatting with blogger buddy..no adrenalin rush, no faster heartbeat and no argumentation at all..
Menu ini adalah menu feeling2 musim sejuk..sebab ada kambing tu kan..daging kambing buat badan kita akan berasa panas dan memberi sedikit kesan kepada darah dalam badan. Awas kalau anda ada hypertention. Eat moderately!

Last weekend, my blogger buddy came in and we had a great time together. Discussing and planning about nak penuhkan tabung melancong ke bintang, nak beli kereta kebal, nak beli Burberry, nak beli LV, nak beli bulan bintang...adehhhh! Buddy are you ok? Wish you speedy recovery!Then ive nothing to offer, no Tony Romas, No Capriciossa, no Victoria Station..just a tempting food from my kitchen..

Makan, sembang, makan sembang, berangan, tengok tv and did some task. Yes i admit, i felt lonely when woke up at evening...because our mind basically confuse between day and night and the best thing is jangan tidur selepas asar..tak bagus untuk perkembangan minda. So better have a nap after Zuhur sekejap. Other than that, tahan mata tak mo tidur. Nanti bangun jam 7 petang kelam kabut bersiap nak pergi kerja. Bila dah start enjin kereta...masyaAllah 7 malam rupanya. Yes i had it ...dua kali kena macam tu..syaitan manipulasi otak kita yang sedang confuse.

Hidup akan berasa sangat penuh dan tidak sempat membuang masa apabila kita dikelilingi rakan yang baik dan memahami, makanan yang berkhasiat dan berkualiti dan pengurusan masa juga akan jadi lebih bemanfaat. Jadi apa lagi yang boleh dilakukan dalam hidup. Jangan membezakan hidup kita dengan orang lain kerana masing-masing ada keupayaan dan kekurangan tersendiri. Yang terbaik ialah berusaha memperbaiki hidup, memanfaatkannya sebaik mungkin sementara hayat masih ada...manakala dalam kamus seorang individu seperti aku..hidup ini sangat menarik untuk dijalani kerana saya ada anda di laman virtual ini...
Kalau duduk sini, dua tiga jam pun aku boleh duduk mengadap jalan bersimpang yang ada pokok duit-duit di kiri kanan jalannya. Masa berfoya-foya menjadi semakin leka apabila ada rakan berbual begini, sambil minum kopi, komen cina lalu depan rumah..komen security ronda depan rumah dan komen 'orang' sebelah rumah yang masih berada di Paris..hahah..

Nota: entry ini adalah jawapan kepada pembaca senyap yang tanya apa saya buat bila kelapangan...saya tahu anda baca ini...:) kalau nak datang Windsor, pm saya..kita makan-makan...

Monday 17 December 2012

Both are gorgeous...

Seorang berhati besar walaupun kecil dan seorang berhati kecil walaupun besar, tapi selepas dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia 2013 dan menggalas cabaran berat di luar negara, dia terpaksa memperkasakan hatinya dan keluar dari kepompong kebiasaan, nerd, pemalu, isolated dan buat hal sendiri. Manakala yang si comel beriben biru di kepalanya itu sangat berani bercakap dan yakin amat dengan kata-katanya.

Sofea Eliana dan ibunya, aku suka sangat pegang rambut Sofea ni sebab curly dan cantik. Mak dia senyum je sambil si comel ni bercakap dengan saya...
Ada sesuatu yang perlu dikagumi pada kanak-kanak ini...kedua-dua ibu bapanya adalah OKU. Sofea Ellyana, tujuh tahun, bersekolah darjah satu tapi ketika berbual dengan dia, aku rasa dia lebih 'besar' dari aku.
"Sofea datang The Curve dengan siapa?"
"Dengan mak, ayah dan adik, Irfan Iskandar.."
"Mak selalu bawa Sofea ke tempat macam ni ke?"
"Tak juga..selalu mak bawa saya ke rumah Mak Long..."
"Sofea agak-agak nak jadi apa ya bila besar esok.."
"Nak jadi pramugari..nak tengok dunia...etc etc etc!"
Dia bercakap dengan yakin, siap dengan jawapan lengkap kenapa dia memilih untuk menjadi pramugari yang mana alasannya sangat munasabah..ingin membantu mak dan ayahnya, ingin melihat tempat orang dan dia suka tengok penampilan pramugari. Well done, Sofea..makcik doakan Sofea berjaya!
Dia ada pakej lengkap untuk kebaikan dirinya...sekarang dia sedang menjelajah dunia dan sedang berusaha mempersiapkan diri untuk masa depan global. Dengan pakej lengkap itu, dia boleh berada di puncak kemasyhuran..
Ok si ratu cantik ini..mata cantik, muka cantik, pendek kata dari hujung rambut hingga hujung kaki dia tampil cantik. Dan hatinya juga cantik sebab dia berani mengaku dia nerd, antisosial dan pasif ketika zaman remajanya. Dia mencabar diri sendiri untuk keluar dari dunia senyap suatu ketika dulu menjadi seseorang yang apabila dia bercakap, orang akan menoleh kepadanya. Well done Carrie Ng..u are awesome!
"Saya sangat pasif ketika zaman sekolah dulu. Didikan keluarga membuatkan saya hanya tumpu pada pelajaran untuk dapat A.
"Sekarang masih macam tu ke?"
"Tak, saya cabar diri sendiri untuk jadi individu yang berani!"
"Bagaimana?"
"Saya ambil subjek yang susah ketika di universiti, terpaksa buat presentation dan bercakap di hadapan khalayak. Kini saya sudah boleh menanganinya..."

**********
Me??? As usual..UNPREDICTABLE!? Ok nak cabar diri sendiri juga, tahun depan mahu masuk MasterChef...walaupun kenyataannya aku lebih suka senyap dan sunyi di menara bata merah...

Friday 14 December 2012

..the first time ever i saw your face..

CK: LW, u kat mana?
(Katanya di hujung telefon pada jam 8.30 malam. Ketika ini aku sudah sampai dan sedang duduk menghilang penat di Sri Budiman di kediaman adik. Dalam keadaan gelap, sengaja tidak dinyalakan lampu, ada sedikit kelegaan walaupun gelap. Seperti tidak percaya, aku boleh menjadi manusia yang sangat cekal berada dalam kegelapan dan pada ketikanya menjadi sangat pengecut pada selintas cahaya yang terang benderang. Ajaib bukan, hidup yang dijalani kini ada kalanya menjadikan kita seorang yang aneh.).
Aku: Beb I baru jejak rumah...sambil duduk ni...apasal wehh?
CK: Alaaa i ingat nak ajak u mengeteh. Jap lagi nak lalu opis u. I baru habis kelas.
(O ya dia sebaya aku, menyambung pengajian sarjana di UM dalam bidang Asia Tenggara. Bapa anak dua ini sangat rajin dan kreatif. Dia juga rakan sekelas aku di tingkatan enam berbelas tahun lalu. Dan dia adalah artis indie, penulis skrip dan juga rakan yang baik.
Aku: Nape lambat bagi tahu?
CK: Ingatkan u ada kat opis laaa...
Aku: Okeh len kali k..

Perbualan kami berlarutan sambil dia memandu balik ke kediamannya di Jalan U Than dan aku masih duduk di suatu sudut di Sri Budiman ini. Banyak yang kami bualkan. Dan antara yang dia suka tanya aku ialah apa kesudahan hidup aku kelak. Mahu selamanya bersembunyi dalam cahaya yang gelap namun nyata atau mahu meneruskan hidup dalam cahaya terang tapi tidak dilihat orang. (Sulit untuk aku jawab pertanyaan CK. Sulit juga untuk aku menerangkan apa yang ada dalam fikiran aku ketika itu.)
Aku: CK, I tak de jawapan...tapi u balik rumah nanti, sambil minum teh dengan mem u tu, cuba dengar lagu ni ya. Then u’ll know the answer..


Nota: Apabila mengingati orang yang kita suka, yang kita kenang, yang kita sayang dan yang kita ingin simpan dalam hati selamanya, ia susah untuk dibicarakan dengan orang lain walau mereka mungkin memahami. Begitupun menulis di sini adalah satu kelegaan bagi aku. Meluahkan di sini, walaupun dia tidak tahu, adalah satu terapi bagi aku. Kadang-kadang dalam kehidupan kita perlu akur fitrah alam, yang kita suka, tak semestinya berada dalam genggaman dan yang tidak kita suka itu tidak semestinya tidak baik untuk kita...

Kanak-kanak..yang sentiasa manis!

Dalam diri kanak-kanak tidak pernah ada individu dewasa, tapi dalam diri individu dewasa sentiasa ada sifat kanak-kanak malah yang sudah sangat tua pun akan berbalik kepada perangai kanak-kanak pada ketika tertentu. Sama ada disedari atau tidak, kita semua menyimpan memori zaman kanak-kanak dengan cukup kemas dalam minda.

Dan memasuki taman tema Disneyland adalah satu perkara yang sangat berbaloi walaupun pada mulanya aku terfikir wajar atau tidak mengorbankan RM200++ semata-mata untuk memasuki dunia kanak-kanak yang sentiasa ceria, gembira dan tiada erti penat? Ya wajar, sangat wajar! Kerana apa yang aku dapat ialah lebih daripada nilai berkenaan.
Kadang kala memori itu akan berlegar-legar, muncul tenggelam timbul dalam ingatan, namun percayalah menjadi kanak-kanak adalah satu era paling berharga dalam hidup. Tiada apa yang perlu dirisaukan, kalau lapar, cakap saja pada mak. Nak beli gula-gula, tarik saja baju mak. Kalau mak tak bagi, jerit guling golek-golek depan kedai apek sampai mak beli, baru senyap menjerit. Seperti belon yang sentiasa disukai, ia cantik dan tidak pernah ditolak oleh setiap kanak-kanak.  Sepanjang aku memerhati jejaka penjual belon yang pemalu itu, kebanyakan yang datang membeli belon adalah lelaki dewasa dan remaja. Tidak pasti sama ada belon itu untuk anak/anak buah atau diri mereka sendiri. Yang pasti, aku tak nampak ada kanak-kanak yang menangis mahu belon. Hmm aku sendiri hampir menyambar belon berkenaan tapi ketika itu jam sudah 9.30 malam waktu HK dan dollar juga tinggal last, cukup untuk beli mineral water saja sementara tunggu penerbangan balik subuh pagi esoknya.
Sesetengah peristiwa kita lupa, dan sesetengah lagi jadi ingatan yang berkekalan. Aku termasuk dalam kategori pasif dan senyap. Semua buat sendiri senyap-senyap. Sehinggalah kini, kembali menjalani hidup senyap, namun ada ketikanya perlu buat ‘bising’ sebagai mengingati diri sendiri bahawa masih ada roh dalam jasad ini dan Tuhan masih bagi peluang untuk aku meneroka sebanyak mungkin tanda kekuasaanNya di muka bumi ini.
Kanak-kanak ini sangat pemalu sebenarnya. Ketika dihalakan lensa kepadanya, dia cepat-cepat berlindung di balik ibunya. Namun sempat juga diambil reaksinya yang takut-takut itu.
Yang ini baru lepas menangis kerana dia takut nak naik gajah terbang tapi maknya sibuk nak naik, jadi lepas puas dipujuk, maknya terpaksa meriba dia untuk menaiki gajah gemuk itu..
Yang ini tak peduli apa berlaku, janji dapat main puas-puas secara percuma sebab bapaknya tak mahu belikan dia dan mak dan kakaknya sibuk ronda cari souvenir lain dalam kedai permainan di situ. Dah banyak kali bapanya ambil toys dan simpan dan dia jatuhkan badan dalam usaha merayu si bapa belikan mainan. Aku skodeng saja dari jauh...hehe! Bapaknya adalah Korea dan maknya bangsa kulit putih..
Ini dia, yang dinanti-nanti,  cik kak ini pula dengan penuh ceria buat parade di tengah-tengah laluan. Maka kami-kami yang dewasa ini pun sibuk mencelah antara satu sama lain untuk tengok parade menari-nari kat tengah jalan.
Tiba-tiba komersial break kejap, ada orang sibuk nak bergambar dengan ginger bread gals...hahaha telinga depa tu capang sebenarnya macam pari-pari. Berjalan di lorong ini memang tidak terasa waktu berjalan dengan pantas. Dari jam 8.30 pagi dengan suhu 15 C, masa bergerak sejajar dengan penurunan suhu dan siang sangat pendek. Sekitar jam 6 petang keadaan sudah gelap dan suhu turun lagi kepada 11 C...feeling2 snow hokeh!

Aku rasa macam biar betul eh aku dok mengadap istana cinderella depan mata sambil makan popcorn yang adik Farina beli sambil skodeng orang depan aku yang cuba mengayat awek sebelah..ohh malam menjadi semakin bermakna!

Tuesday 11 December 2012

Entry terbuka untuk adindaku..

Jatuh hati...sulit mentafsirnya, tambah sulit untuk menzahirkannya kerana hati itu sendiri sangat misteri keadaannya. Tersembunyi jauh di celah-celah organ lain, berwarna merah tua seolah-olah kental dengan darah yang membeku pekat, tidak berubah oleh panasnya suhu badan, tidak jejas oleh panas makanan yang dihadam, namun berupaya cair dan hangat oleh panah mata dan jelingan rasa dari orang yang kita suka.

Jatuh hati, satu nyala rasa yang sangat istimewa, tiada persamaan rasa itu, hanya yang mengalami tahu akan penderaannya dan hanya yang mengalami saja tahu akan penasaran oleh tekanan perasaan yang tidak nampak. Mahu memiliki, tapi tiada keupayaan. Mahu meluahkan, tapi suara seakan sombong dan mahu melayangkan warkah meluah rasa, aksara hilang bentuk. Justeru hanya yang mampu dilakukan ialah menyimpan rasa itu yang lama kelamaan menjadi racun lantas meracuni segenap pembuluh darah, lalu rasa pun berkubur menjadi obor malap yang padam perlahan-lahan meninggalkan abu luka.

Jatuh hati, satu kejadian unik yang sejak dulu wujud dalam peradaban kehidupan insani. Kita tiada upaya menolak dan tiada upaya mencari. Ia datang sendirian, perlahan-lahan mengetuk pintu hati, memasuki sanubari lantas menempatkan diri di lapisan kalbu paling dalam. Diam di situ dan membiakkan naluri sayang yang sangat halus, mencerna seluruh jisim kehidupan menjadi bahagia, memunculkan perasaan ingatan yang tuntas kepada orang yang kita dambakan. Istimewa bukan, sebetulnya tiada kata-kata tepat untuk menggambarkan bahawa betapa berseninya jatuh hati itu.

Jatuh hati, sering buat kita hilang pertimbangan apabila mengingati dia yang di kejauhan, sangat dekat, di sebelah, di belakang, di depan mahupun dalam hati kita sendiri. Masa tiba-tiba menjadi sangat berharga dan jarak pula pastinya menjadi musuh kerana kita dipisahkan dengan orang yang kita sudah jatuh hati padanya. Jadi bagaimana ya mentafsir dua perkataan ini: JATUH HATI!


Untuk adindaku, Nurul F, kakak tahu adik sudah jatuh hati pada dia yang bernama M, dan sudah kakak usahakan untuk mempertemukan adik dengan M, tapi kita perlu akur dengan undang-undang Pencipta, M bukan yang terbaik buatmu adinda. Dia sudah memiliki, sudah berpunya dan lupakan saja dia. Jalan terbaik, bersahabat setulus mungkin dengan dia. Segala-galanya sudah tersedia dalam takwim insan ciptaanNya, kita tunggu saja siapakah dia yang bakal mendatangi sanubarimu kelak! Tabah ya!

Monday 10 December 2012

Warna terakhir 2012

Beberapa hari saja lagi tahun 2012 akan beransur pergi membawa diri. Apabila direnung kembali, banyak dakwat berwarna merah dan hitam yang pekat serta likat pada lembaran kanvas hidup. Bahkan ada contengan kasar dan garang pada helaian kanvas yang juga tidak halus permukaannya serta menggerutu. Hidup yang keras, seperti aspal. Panas dan berasap apakala disimbah cahaya matahari mahupun titis hujan, namun tiada pilihan dan kanvas tidak pernah menipu akan setiap warna yang tecalit pada halamannya. Sama ada disedari atau tidak, warna berkenaan akan bersatu membentuk satu lapisan warna yang pelbagai, larut meresap pada gentian dan lama kelamaan pudar ditelan masa, namun kekal erat pada siratan hidup.

Sedar tak sedar, apabila bertambah setahun lagi usiadi maya ini, bererti makin singkat kehidupan sebenarnya dan semakin pantas pergerakan menuju ke alam barzakh. Pengisiannya bagaimana? Sukakah, atau penuh dengan muka surat berwajah polos suram? Atau kosong? Mungkin kah ada halaman cerah berwarna terang dan mudah dibaca? Mungkinkah? Atau mustahil. Hanya kita yang tahu warna apakah yang sudah kita renjis pada halaman berkenaan. Yang pastinya halaman lembar hidup aku banyak berwarna merah pekat dan gelap..dan mega mendung, hmmm ada juga hijau segar dan selebihnya warna yang berbaur dari adunan ketiga-tiganya. Sungguh, warna itu tidak cantik tapi aku harus menatapnya...

Warna terakhir yang sempat direnjis pada lembar kehidupan ialah warna sejuk, nyaman dan ada renjisan biru serta sedikit terang. Warna itu adalah warna yang tercipta pada tanah jajahan British dua minggu lalu. Akibat pertanyaan adik tour guide yang ajak aku pi HK hujung bulan lalu. Sebenarnya aku jawab sambil lewa sebab tak pasti pasal urusan visa. Rupa-rupanya adik manis yang baik hati ini dah buat semua..katanya bayar saja duit dan dia akan settlekan..ya betul. Kudos untuk adik! Aku pecahkan tabung (arghhh baru nak penuh, dah kena pecah..) dan bagi dia sejumlah not untuk bayaran ke tanah jajahan British itu. Dan sungguh aku tak menyesal..sebab jumpa artis K Pop paling berpengaruh di HK..Dia adalah Conan Au! Kenal tak?
Err...cop, dia ni sebenarnya tour guide yg bawa group kami, bukan retis KPop aaa...hehe. Kalau u all ingat, HK terkenal dengan polisi satu anak untuk satu keluarga. Conan ni kata dia sangat beruntung kerana ada seorang adik dan sejurus selepas adik dia lahir, kerajaan HK memperkenalkan polisi berkenaan menyebabkan seluruh pasangan ibu bapa di HK hanya dibenarkan memiliki seorang anak saja. Bagi yang dapat anak sulung perempuan, mereka boleh memohon dengan pentadbir untuk mendapatkan anak kedua dengan harapan anak yang dilahirkan adalah lelaki. Jika dapat anak perempuan juga, peranakan mereka akan diikat dan mereka tak boleh mengandung lagi. Kesian kan, manakala tempat kita pula berlebih-lebihan sampai ada yang buang anak depa macam anak kucing..sungguh tidak patut!
Bila aku dengar Conan cakap gitu..hmm Malaysia ku bertuah...sangat bebas dan terbuka walaupun blog dan FB kita ada yang memantau. Tiba-tiba sambil beriringan dengan retis KPop Conan ni aku ternampak seorang pakcik jual makanan jeruk yang sangat cantik. Dah rasa nak makan pulak tapi kami tak berani nak try sebab walaupun buah, takut ia dicampur arak sebagai bahan awet..jadi pandang dan telan ayor liur je la..
Bila dok ada tempat orang..buah ni pun nampak macam sedap sangat..ntah hapa-hapa perasaan nak makan buah ini. Aku nyaris beli tapi retis KPop kami yang sangat concern pasal halal food kata baik jangan beli. Dan seperti kebiasaan, makanan adalah budaya, budaya adalah cara hidup dan kami hampir setiap hari makan telur dadar. NP, betullah u cakap depa ni suka makan telur..pagi petang siang malam dengan telur..agaknya memang budaya depa tu letak telur sebagai menu wajib setiap kali makan. Tetiba aku rasa ngeri sebab dulu heboh sekejap telur sintetik..isk!
Tapi kalau cakap pasal fast cook..memang menu depa ni excell..sangat fresh dan rangup serta asli rasanya. Hijaunya sangat jelas dan sangat mengujakan. Patutlah si Conan tu slim je badannya. Hari-hari mau makan sayur..huh..mak jeles!
Dan di celah-celah kehidupan serba pantas rakyat tanah jajahan British itu, lelaki ini malu-malu sambil tunduk membersihkan tiram yang sangat segar nampaknya. Isinya putih bersih dan tiada bau hanyir langsung..try imagine kalau perah lemon,..Mr Bean pun tak terkata apa-apa!
Besar kan tiram tu..mesti enak dan segar..arghh yummy! Manakala dimsum di bawah adalah dimsum seafood yang dijual di restoran halal khusus untuk pelancong yang datang dengan group saja. Kalau saja-saja datang nak makan, depa tak layan.
Nota: Sepinggan hidangan alas perut, lantas menjauh minda yang serabut. Sambil makan tertinggal nota jatuh hati pada sekilas yang memerhati. Apakah ini, di tanah tinggi yang sejuk, ada selingkar budi, aku bawa mati! Warna peribadi hari ini, pada siapa yang memahami, hati adalah sebuku darah pekat yang menyimpan seribu rahsia diri.

Sunday 9 December 2012

Auwwwww auwwww big bad wolf...

How do you feel when you lost in a forest of book..a 3 million of books in a hall..there is a Big Bad Wolf crazy sale in town and im apart of them who wanted to grab and opportunity in early morning. Adik text me and asked whether i want to accompany her in the event. Of course i will not hesitate to say yes because i need to fullfill my library.
I only have RM200 in my wallet as if need to be belanja berhemahlah kan sebab duit tak ramai tapi buku ramai sangat yang perlu dibawa balik..sigh! Sambil jalan sambil tengok. Susunan buku pun masih cantik dan teratur sebab hari pertama dan kami adalah antara pelanggan terawal tiba di Mines. Parking kereta pun dekat saja dengan pintu masuk hall.I can't believe that i picked about 20 books with hard cover and its only cost RM196..magic aite? Plan to visit again in couple days because i want to buy some more motivation and cook book. Beli buku masak konon tahun depan nak masuk MasterChef..hik!
Ini adalah Adam. Dia dah tak sabar-sabar nak baca buku yang mummynya belikan. Pram dia sudah penuh dengan buku dan dia sendiri duduk atas buku dan kadang-kadang berjalan..
Brader ni tak tahu aku ambil pic dia..dia konon nak shoot pengunjung tapi aku shoot dia dulu..
Haa ngko rasa nak beli semua buku, satu judul setiap tajuk. Bayangkan kalau buku Jamie Oliver yang harganya RM120 tu dijual pada harga RM30..cehhh naik juling mata nak memilih mana yang berkenan di hati. Tahun depan kena prepare kepala agung lebih sket..investment untuk penuhkan harta benda atas rak..dua jam tak cukup untuk melihat 3 juta buku dalam sebuah dewan yang menyamai hampir 3 padang bola...

Thursday 6 December 2012

Jatuh hati...

Otak, mata, telinga, hati dan segalanya milik Tuhan..dipinjam seketika, kita manfaatkan sebaik mungkin..

Fakta: 
# Otak manusia akan mati secara total apabila tidak menerima oksigen dalam tempoh empat minit.
# Otak berfungsi mengawal seluruh perjalanan sistem pengaliran dalam badan seperti mengepam darah ke jantung, hati dan seluruh bahagian lain pada badan.
# Otak juga mempunyai berbilion saraf yang boleh berhubungan antara satu sama lain.
# Otak adalah sejenis bahan yang sangat lembut, mempunyai ruang penyimpanan (stor) memori melebihi 10,000 kali ganda sebuah komputer berkuasa besar.
# Otak berkuasa mengawal seluruh sistem organisasi dalam badan manusia, namun ia tidak mempunyai mekanisme untuk memulihkan otak itu sendiri sekiranya mengalami serangan atau kerosakan.

Justeru, kalau ada yang berkata kita bercakap dari hati..makanya kenyataan itu perlu ditukar kepada kita bercakap dari otak kerana otak mencerna dan menghantar isyarat ke hati, lantas hati mendetikkan sesuatu ke sanubari lalu ia terpacul pada bibir mongel kita. Tapi sebelum itu, adakah mata yang menjadi master mind segalanya atau telinga yang mendengar yang cuba mempengaruhi minda kita.

Anda pernah jatuh hati dan jatuh cinta lagi. Jangan nak bohong eh kata korang tak pernah jatuh cinta...tipuuuuu! Tu dok sms sambil sengeh-sengeh sensorang tu, jatuh cinta apa? Tu tidur malam teringat-ingat dan berbalik kiri kanan tak boleh lelap sampai pagi, jatuh cinta la kan? Tu asyik dok terbayang-bayang minyak wangi apa dia pakai, sah lah korang jatuh cinta. Berapa kali sehari korang jatuh cinta?

Dia: Aku jatuh cintalah kat ko...(katanya sambil melihat aku menulis sesuatu di kertas. Dia datang dari belakang)
LW: Ciss cisss! Banyaklah ko jatuh cinta..
Dia: Eh aku jatuh cinta dengan tulisan ko lah, jangan nak perasan!
LW: Puiii ko jangan nak mengada-ngada. Kalau ada borang nak isi baru nak terhegeh-hegeh kat aku..

Ok mamat ni memang suka suruh aku isi borang untuk dia. Apa saja borang dia akan suruh aku isi sebab katanya tulisan aku cantik. Ntah cantik tang mana aku tak tahu tapi dia dengan selamba memang selalu paksa aku isi borang dia. Sejak sekolah rendah memang bab isi borang adalah kerja aku. Kata mereka, tulisan mudah dibaca..thats it. Otak dia menaakul tulisan aku lantas mendefinisikan bahawa dia jatuh cinta pada aku....eh pada tulisan aku.

Berbalik kepada otak lagi, ia menjana apa yang kita hendak lihat, hendak buat dan hendak capai. Aku seperti selalu, jatuh hati buat aku rasa live life. Ini memang statement tak sedar diri...biarlah orang nak kata apa, aku boleh jatuh hati terhadap banyak perkara. Dengar suara M Nasir dan Yunizar Hossein dalam lagu Patah Hati pun boleh jatuh hati pada suara M Nasir.

Lihat hujan turun menitik pada corong atap sambil minum kopi pun boleh jatuh hati..pada siapa? Pada Mr Dracula?? Sambil memasak pun boleh jatuh hati dan paling tak guna boleh jatuh hati melihat jari yang kukunya bersih dan terbela..gila! O ya tidak lama dulu aku pernah jatuh hati pada seorang pemandu kargo Petronas...sebabnya..aku nampak dia ambil wudhu dengan betul dan menjadi imam dalam sebuah surau di satu perhentian. Dia tak handsome tapi perlakuannya buat dia nampak handsom..ahhh gila lagi! Dan bila sembang dengan dia, dia pernah bawa kargo Petronas sampai Barcelona dan ntah mana-mana ntah masa Petronas buat rally Dhaka-Paris..perghhh! Ntah ya ntah tidak, tapi dia wajar untuk aku jatuh hati sebab cara bercakapnya yang berhemah dan merendah diri...hmm jatuh hati jenis plutonik!

Dan aku jatuh hati lagi pada seorang doktor kerana dia cukup sopan dan beradat kala nak sedut darah aku sebanyak dua balang tabung uji. Doktor tu bukan siapa-siapa tapi sebab dia tahu adat menghormati seorang pesakit, makanya dia layak untuk aku jatuh hati.

Ada juga kes..aku tetiba jatuh hati pada chef..sebab dia hidang menu yang sangat sedap dan enak untuk aku makan. Aku tak perlu tengok chef itu siapa..daripada menu dan food arrangement dia aku sudah tahu dia bagaimana...chewahhh..mak hover kan...ekekek!

Nota 1: Jatuh hati dalam entry ini tidak sama dengan makna jatuh cinta di luar sana. Jatuh hati dalam entry ini adalah berdasarkan sisi pemikiran tuan punya blog. Dan anda juga bebas mentafsir jatuh hati dan jatuh cinta itu bagaimana. Pasti ada pengalaman yang manis untuk dikenang kan?

Nota 2: KA, suaranya yang aku dengar  18 tahun lalu masih ada dalam rekod ingatan...dan kalau diputar semula, suara itu tetap tidak berubah..yang berubah cuma fizikalnya. Aku jatuh hati pada suara itu, selama-lamanya..tidak berdosa bukan?

Wednesday 5 December 2012

Confident level...

When east meet west, the result must be unique. When Najua met Ellingham, here Aisha Marie, the cutest petite cherry that ive met yesterday. She is charming, adorable and smart! When she talked to me..she speaks like an adult while her  mom whisper to her ears, can you tell auntie what nenek told about you! Then she said to me, ‘mat saleh bontot hitam’...muehehe and she giggles and smiles. Her younger sister, Alana Jane..i guess, real cute like her too. I met Aisha Marie and her mom, Najua at Poney Kids Fashion Show at KidZania Kuala Lumpur. She is brilliant and her confident level is absolutely high.
Owhh melihat wajah si comel ini buat aku teringat kepada wajah ini pula..errr?? Can you see her dimple?
Nak dibandingkan kalau aku seusia dia dulu, pastinya macam langit dengan bumi. Segala yang pasif ada dalam diri, tak bercakap, pendiam dan brutal. Sehingga masuk ke IPT, aku tetap juga tak banyak bercakap, tapi apabila memasuki dunia pekerjaan, semuanya bertukar secepat kilat dan aku tahu kerja keras aku bertahun untuk mahir bercakap dan berani bercakap di hadapan khalayak berbaloi. Sangat berbaloi walaupun keadaan sekarang agak tidak memberangsangkan.Aku masih ingat pada tahun 2007, kali pertama terpaksa berurusan dengan empat saintis dari Holland, dan berada di makmal mereka di Holland...rasa birulah mata mak dek non..kikiki!
Ashton dengan mummy
Ashton Wong, anak Amber Chia pun pandai buat modelling. Memang like mother like son betul..dia selamba saja buat catwalk sama mak dia yang tinggi lampai dan cantik tu...Bagi mak atau bapa yang ada anak, penting untuk anda mendidik anak mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Budak-budak jadi berani bercakap dan berani beri pendapat. Dalam dunia peradaban moden dengan maklumat di hujung jari ini, semuanya berlumba-lumba untuk maju dan maju. Sambil pos, ayaq lior mengalir laju jer kat mulut si Ashton tu sampaikan maknya kata tak handsome nampak ayaq lior ketika modelling..adehhh budak-budak comel ni..
Amber Chia sedang melatih kanak-kanak untuk Poney Kids Fashion Show...memang cutelah depa ni...buatlah apa saja, notty atau tak, depa maintain cute!
Anak-anak buah yang ada, Ashraff (5 thn) kata dia nak jadi jurutera, tapi dia sangat pemalu. Shakir (4 thn) kata dia nak jadi bomba, dan dia sangat lincah. Najla (6 thn) kata dia nak jadi doktor, dan dia sangat peramah. Aisyah (8 thn) nak jadi cikgu, dia pemalu. Aku tak boleh bayangkan cabaran ibu bapa kini mendidik anak, supaya anak jadi berani untuk bercakap dan menyuarakan pendapat mereka? Salute kepada sesiapa yang bergelar 'emak'. Anak atau anak buah anda bagaimana?

Nota: Kadang kala kita perlu psiko diri sendiri dalam usaha untuk meningkatkan tahap yakin diri...hmmm

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...