Ada banyak sebab kenapa aku suka sesuatu perkara:
aku suka sesuatu buku, bukan sebab isinya keseluruhan
tapi mungkin ada beberapa baris ayat yang mengujakan
aku suka makan steak kat Green jolly long time ago
sebab ada bro macho hantar order pakai roller blade
aku suka naik bas SJ kat pantai dalam dulu
sebab conductornya karisma gila masa ketip tiket
aku suka browse blog si anu dan si polan
sebab aku rasa bahasanya tangkap jantung aku, perghh!
aku kalau masak dengan penuh kasih sayang
nak je aku bagi masakan itu sebagai tanda
berbahagi rasa bahagia dengan dia
aku suka doktor itu
kerana dia sentiasa muncul dengan wajah basah
dan aku tahu dia baru lepas solat sebenarnya
aku hadir ke sesuatu tayangan
kerana aku suka si penggubah muzik kisah itu
dan kalau aku pergi menonton wayang kulit
aku tahu pak dalang di sebalik kelir adalah kesayangan aku
gila tak? aku akan lalu jalan sama ke tandas di pejabat
kerana aku suka nak lihat wajah tulusnya setiap hari...
hakikatnya aku suka sesuatu
bukan sebab sisi pandangan sekilas cuma
“Kerana kami tidak mahu ia gagal,
sebab ia seperti berkongsi rahsia.
Itulah sebenarnya, berkongsi rahsia.
Dalam minda saya, rahsia adalah rahsia.”
“Saya dilamun cinta. Saya sangat bahagia
dan setakat ini sajalah yang saya berani kata.
Perjalanan hidup masih panjang
dan sekiranya ada yang tak kena,
saya tak mahu apa yang saya kata
dilemparkan semula ke muka saya nanti.”
- Daniel Craig.
Damn!
aku dah lama suka hero Bond ini,
selepas Sir Sean Connery
aku suka dia, sebab aku rasa
statement dia mengenai kisah
peribadinya awesome gila!
Nota: suatu ketika dulu, aku suka dia..seluruh miliknya aku suka, suka yang total, tanpa kalimat...aku suka amat..namun kita bukan pemilik mutlak, pada harta bernama suka, apabila pada suatu ketika lain, aku sudah hilang satu pancaindera...suka itu sudah tiada lagi, dan dia juga sudah tiada di sisi aku...Tuhan, aku mohon, kembalikan pancaindera itu, kerana aku ada, seberkas suka yang masih bersisa...
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
first!
ReplyDeleteaku juga suka sesuatu benda, tapi dia tak mahu suka bersama aku tentang sesuatu itu bukan sebab dia tak suka sesuatu itu atau tak suka aku, tapi sebab dia suka sesuatu yang lain. (aku harap kau faham, hahaa!) apa-apa hal pun, danial craig hero bond paling `sejuk'.
ReplyDeletehaaa apa ni?? sastera2 ni i kurang arif..
ReplyDeletei suka dia dan dia pun suka i cuma ada orang yang tak suka bila kitaorang suka satu sama lain..
boleh teka tak??? boleh punyalah....hikssss...
i suka brad pitt dalam mr & mrs smith...
i suka joe bastianich...
SM, aku rasa ko kena usahakan sesuatu supaya dia suka ko utk melakukan perkara yg ko suka tu bersama2...
ReplyDeleteAla blog aku bukan femes pun, ko first pun x de sapa nak jeles..ngee!
NP, kesayangan2 lain tu pun suka gak kan...pedulikan le org lain tu...I ada byk perkara dan benda yg I suka...nanti I buat entry pasal kesayangan yg plg disukai tapi break off juga...
ReplyDeletepagi tadi ada satu entri baru, tapi tak boleh bukak la. baru ingat nak first! ala, kau kan bakal `freaking famous female'.
ReplyDeleteHahahaha..aku dah frozenkan entry tu...tengah buat renovation...nanti kalu dah puas hati, aku tepek kat sini...
ReplyDelete