Antara lidah, pena dan pedang, mata lebih tajam?
ada pepatah mengatakan pena itu lebih tajam daripada mata pedang
ada yang kata lidah tak bertulang
tiada mata tetapi selalu juga ada hati yang terluka mendengar ungkapan lidah.
Pedang? Pastinya ia mampu mencarikkan apa saja yang bersua
dengan mata nipisnya yang tajam berkilat
apatah lagi sutera lembut mahu pun kulit manusia yang berlapis-lapis sifatnya.
Pokok pangkalnya, luka oleh pedang nampak parut
lama kelamaan akan hilang kesannya
luka oleh tulisan mata pena pula bagai buih di lautan dan awan di langit
hilang sekejap timbul sekejap tetapi tiada kesan pun
manakala luka oleh kata-kata daripada lidah
sampai bila-bila pun akan diingati
Luka oleh lidah tidak bertulang?
Sakitnya seperti luka dicurahkan cuka tetapi tidak nyata pada mata
kesannya berbekas sangat dalam seperti belati menusuk ulu hati
Hmmm...dua tiga hari ini aku banyak mengalami luka-luka...
...antaranya luka tertusuk sembilu daripada kayu almari di rumah
korang perlu berhati-hati supaya tidak mengalami luka
nanti berbekas parut yang tidak nampak..
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
1st!
ReplyDeletetambahan, ketukan papan kekunci juga kadang-kala mampu melukakan melalui teks-teks yang terpapar di skrin. sering kali kita terlupa agar mengandakan sifat berhati-hati dalam menaip. mungkin niat kita baik atau tiada langsung terbit unsur cacian atau merendahkan, tapi kesannya amat dalam kepada seseorang yang kita tujukan.
ReplyDeletesekadar ingatan untuk diri sendiri...
setuju...kita kadang kala lupa dan leka dalam menjaga perasaan orang lain kerana terlalu teruja untuk mempertahankan pendapat kita menerusi keyboard..
ReplyDeletejuga akan menjadi ingatan untuk diri sendiri...
ko 1st eh..aku nak kena bagi hadiah ke? (tsk..jangan terluka ya dengan pertanyaan aku ini...)
jadinya, selain daripada lidah, pena dan pedang; kita harus tambahkan satu lagi elemen iaitu papan kekunci?
ReplyDeletebangga weh, jadi 1st dalam dua entri sekaligus! gila koya...
Selain papan kekunci, tingkahlaku juga berupaya melukakan...
ReplyDeleteApa nak bangga jadi 1st beb, blog aku dinjj je lah...bukan blogger famous pun..takat dua tiga kerat org sama je...
akak tak pandai bercakap... rasanya mata pena tetap saja hebat bila berhadapan dengan apapun...
ReplyDeleteps: org kata byk cakap byk salah... kalau byk menaip... makin lama makin mahir... ya dak?
Kak Angel..I like to call u angel...saya pun ada problem gagap dulu...lama juga le saya try overcalm...
ReplyDeleteYang banyak saya buat adalah menulis (menaip).. Sekarang saya tau menaip je, kerja lain saya tatau dah...dlu ambik kelas menaip, 43 patah perkataan seminit, masa tu dah mahir ya amat ler...
kau ada ramai peminat yang sentiasa menyokong.
ReplyDeletetak boleh lawan aku lagi. kalau jari aku dah letih, aku guna jari kaki dengan batang hidung je nak menaip.
Warghhh ko lagi hebat sehhh...guna hidung tu...hahaha!
ReplyDeletesekali lagi, lubang hidung aku kembang akibat dipuji.
ReplyDeleteHahaha...tak semenggah!
ReplyDelete