Saturday, 10 December 2011

Galeri Windsor

Masa mak ada hari tu, awal tahun ini, aku sibuk berangan nak jadi pelukis nak masuk kelas fine art kat Aswara...ada 12 kelas, sempat attend 4 kelas je sebab the rest tu memang diperuntukkan untuk mak..tak pe, berbaloi sangat tuang kelas pun sebab jaga mak secara intensif, aku puas hati, mak pulang dengan aman.
Masa visit Gallery Piccaso di Holland few yrs back...besar gila gallery tu..sampai bertingkat2 dan aku bengang sebab x berpeluang nak curi ambil gambar sebelah art work Picasso..ori punya artwork...langsung x de peluang sebab cctv berlambak-lambak...malah ada sesetengaj art worknya siap ada alarm bagai...cehhh walhal gambar telinga je...puas le aku fikir, Piccaso lukis gambar telinga tak siap, gambar muka plain je tanpa warna...tapi harganya juta-juta..dan kalau aku tak silap..dia mati bunuh diri sebab sunyi...ada banyak helaian surat cinta piccaso...semuanya tersimpan di gallery itu..surat pun jadi berharga setelah pemiliknya tak ada...nampak gayanya surat yg Allahyarham Sudirman Hj Arsyad tulis pada aku masa aku Form 5 pasti berharga gila kalu sampai kat tangan media...mak boleh buat duit!!
Gallery Rembrandt dan Monet pun penuh masa aku tiba di situ...pun x boleh ambil gambar..aparaaa datang jauh2 x boleh curi amik gambar...tak de bukti aku sampai situ..walaupun sehari suntuk aku dok mentafsir apa depa ni nak kata dengan lukis nude art..
Dan selepas melawat berpuluh2 galeri, berjumpa dan ada yang aku admire sebab art work depa tu awesome tak hengat dengan beratus2 pelukis tanah air, mendengar mereka berkongsi rahsia dan cerita mahal pelbagai pengalaman hidup mereka, bagaimana mereka nak jadi seperti sekarang...aku berasa cemburu dengan mereka..cemburu yang amat. Aku tak peduli, walaupun kelas tak habis (mak, aku sedikitpun x menyesal kerana tuang kelas fine art En Suzlee) aku nekad buka beg doraemon aku, ada charcoal, oil painting, brush dan segala mak nenek lagi...aku keluarkan satu persatu...karipap panas dah ada, susu pun dah ada...kejap tu juga aku letak semuanya tepi tingkap mengadap jeriji besi...kat depan aku, aku nampak tasik luas, ada gunung sejuk berlapis salji dan depan mata aku, si sebalik jeriji besi, ada dahan sakura mengorak kelopak, sakura yang sedang kembang pada awal musim sejuk...sambil minum, sambil makan, sambil berangan..

Tiba-tiba...prenggg! prenggg!!..Humakkkaihhh...Pengiran sebelah sudah mengaum dengan Cagiva kuning menjeritnya...mata aku jahat, aku tengok sampai dia hilang dari pandangan. Dia tak nampak aku sebab cermin tingkap aku gelap...

Dan tiba-tiba juga...karipap sudah habis, susu segelas sudah sejuk..yg aku minum adalah air bekas aku rendam brush, berwarna putih keladak ceittt tertukar dengan gelas susu air putih dalam gelas lain...ahh karya aku sudah siap! Jadi atau tidak, belakang juga kira...yang penting, galeri hidup aku sudah ada satu lukisan siap!

Nota: Mak, bagaimana nak aku habiskan hari depan tanpa mak!

21 comments:

  1. pernah pergi galeri piccaso / Rembrandt / Monet?

    +pengsan+

    ReplyDelete
  2. Hah! Pengsan??
    Mwahahaha...pergi atas kapasiti tugas la wei UG!

    ReplyDelete
  3. lukisan tu nampak kosong walau pun dah siap, sebab...

    ReplyDelete
  4. Sengaja dikosongkan, bagi ruang untuk ko penuhkan dengan interpretasi ko sendiri. Eh tapi yang sebelah kiri tu memang kertas putih kosong, aku buat lapik supaya tak kena kertas belakang..

    ReplyDelete
  5. aku tak pandai nak interpretasikan karya seni. cuma semua objek tu aku rasakan statik, mungkin kena tambah lagi elemen2 hidup kot. atau pun kau sengaja.

    ReplyDelete
  6. Aku sengaja, sebab takat tu je aku boleh buat. My weakness, aku x boleh agak saiz objek...x balance..sebelum ni aku belajar buat figura manusia...takat nyawa2 ikan je la.

    ReplyDelete
  7. cikgu aku kata, figura manusia adalah objek yang paling sukar dilukis terutama pada bahagian wajah. betul ke?

    ReplyDelete
  8. betul..memang nak sketch bentuk muka tu senang tapi nak buat supaya ada soul, payah..payah bagi aku yg amatur..eh bukan tak sampai tahap amatur pun...tapi aku tengok en suzlee yg ajar aku tu...dia zass dua tiga minit pun dah ada shape muka orang siap dengan mimik sekali...jaki betul aku dengan bakat diaorang ni...

    ReplyDelete
  9. DIA pinjamkan tangan, aku guna saja...

    ReplyDelete
  10. kalau aku jadi dia, mesti aku berlagak dan cakap "ha, tu baru pakai jari tangan. belum kepit pakai hidung lagi". syukur tuhan tak izinkan aku power melukis.

    ReplyDelete
  11. haha..kalau ko jadi DIA, ko boleh cakap apa saja...yang aku ingat...ko boleh buat kerja guna hujung kaki saja kan...yang tu pun DIA pinjamkan pada ko kan..

    beb, ko apa khabar? aku malas nak sms, jari aku kaku....semalam dracula hisap darah aku banyak sangat...

    ReplyDelete
  12. dia tu maksud aku, en suzlee la. aku ada kawan nama nik suzli.

    ReplyDelete
  13. owh...aku jaki gila kalu tengok dia sketch, sambil puff je bleh siap. nik suzli, macam pernah kudengar..

    ReplyDelete
  14. nik suzli, kelahiran pantai timur negeri cik siti wan kembang. aku pun sambil puff boleh sketch.

    ReplyDelete
  15. Ko sketch apa beb sambil puff? Cer bitau aku sket...

    ReplyDelete
  16. Asap? Warghahaha aha....ok! Ok! Aku respect...tsk!

    ReplyDelete
  17. kau ada? hahahaa...!

    ReplyDelete
  18. ada ke tak de..aku peduli apa..hahahah!

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...