Tuesday, 22 November 2011

Selamat hari lahir mak...

Kakak di pangkuan mak..di laman rumah kami di Pengkalan Kubur, Tumpat...1970..kakak 3 tahun...
Selamat hari lahir mak!
walaupun hari lahir mak sudah beberapa hari berlalu
aku ingat, aku ingat tarikh itu
kalau mak ada
kalau mak ada, aku akan bawa mak ke rumah adik
nanti mak boleh jumpa lala, aker, a’en, nini dan ee
ee ada tanya mak hari tu
setelah beberapa bulan mak berpulang
ee: bu, siti mana
ibu: siti dah pulang
ee: abang nak jumpa siti
ibu: kenapa nak jumpa siti
ee: i miss her
ibu: ok, let recite al-fatihah
ee: kenapa kena baca?
ibu: present to siti
ee: ok...
ibu: dah baca?
ee: done ibu
ibu: siti is happy now
because you gave her a present
a birthday present!
ee: really?
ibu: yerp
ee: can we buy some more birthday present?
ibu: no need to buy..
ee: (muka blur)
ibu: hadiah birthday untuk siti percuma
setiap malam abang ee kena baca al-fatihah
hadiahkan untuk siti, lagi siti suka
ee: yay! i can do it. adik can do it..kakak lala pun kan ibu
ibu: ya..ya...(sendu)
*siti@nenek
*Selamat hari lahir mak! 11 Nov 1945 - 1 Jun 2011
...tapi saya tahu mak sentiasa tunggu
saya balik dari kerja setiap malam..
terima kasih mak...

23 comments:

  1. tunggu balik dari kerja? can't get it la beb...

    ReplyDelete
  2. Ala ko neh...that is my imagination. Aku kan suka berangan...

    ReplyDelete
  3. seriau siut kau punya imaginasi. aku perasan, kau ni rindu gila dengan arwah kan?

    ReplyDelete
  4. Ya...sebulan terakhir hayatnya, aku langsung x boleh bercakap dgn dia sebab dia dah pakai tiub di hidung terus ke esofagus...

    ReplyDelete
  5. Sedih betul baca entri akak nie. Tak terbayang kesedihan sbb sy tak alaminya (lagi).

    ...mmg tak terkata cuma AKAK RELAKANLAH MAK AKAK PERGI DARI KOTAK IMAGINASI AKAK. ISI KOTAK IMAGINASI AKAK DENGAN KENANGAN YANG BAKAP TERCIPTA ESOK. BUKAN KENANGAN YANG MAKIN LAMA MAKIN JAUH TINGGALKAN AKAK.

    =(

    ReplyDelete
  6. MF, biasa2 je tapi itu lah...past is past..we cannot change..and so far I wanna keep it till...sampai dah betul2 bersedia, I'll let her go...

    ReplyDelete
  7. overwhelming...

    tak dapat bayangkan kalau my mum pun pergi jua one day...

    ReplyDelete
  8. let bygone be bygone.. may Allah blessed her :)

    ReplyDelete
  9. nak pinjam bahulu?

    ReplyDelete
  10. NP, semua akan tiba giliran...cepat atau lambat je kan...while she's still there...kerap habiskan masa dgn dia...

    Bk, yerp sure...let bygone be bygone but we must keep the past for the purpose of 'kenang-kenangan semasa hayatnya.." well I think it will be ok..times healing! Tq.

    SM, no thanks..much appreciate!

    ReplyDelete
  11. al-fatihah..moga al-fatihah yang dihadiahkan diterima oleh arwah...amin

    ReplyDelete
  12. Blu, thanks...harap sampai. Itu je lah antara hadiah yg kami sentiasa 'pos' untuk dia. Ee is my nephew ...his ibu ( my sister) pun often ask him to baca al Fatihah kalau teringat kat sitinya, budak2 kan, senang nak didik...

    ReplyDelete
  13. asli, dibakar dengan sabut kelapa.

    ReplyDelete
  14. Aku nak yg ori a.k.a klasik punya, bahulu beras? Ada?

    ReplyDelete
  15. moga arwah dicucuri rahmatNYA....

    ReplyDelete
  16. al-fatihah
    sebak i baca entry ni!
    moga roh arwah dicucuri rahmat olehNya...amin

    ReplyDelete
  17. semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman

    ReplyDelete
  18. bahulu beras? kuih pantai timur ka?

    ReplyDelete
  19. CC, thanks..

    SM, kuih Malaysia le, tapi bahulu beras ni lagi klasik dan renyah pembuatannya. Bezanya kalau bahulu modern diletak tepung gandum, bahulu klasik ni diletak beras yang dikisar halus, so kerjanya lebih rumit dan rasanya lebih sedap. Aku lebih menghargai bahulu beras lantaran prosedur yg rumit, effort pembuatnya ada pada rasa dan proses pembuatannya.

    ReplyDelete
  20. first time dengar. kau juga aku lantik sebagai ensiklopedia makanan aku...

    ReplyDelete
  21. Takkan lantik je beb, komisen aku cemane? Ahahahahaha....ok kidding!

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...