Friday, 18 November 2011

Entry tertangguh...

1)
CCChhh....(hari Jumaat, mulut kena kontrol, hati kena sabar..tsk!!)
line internet macam cel*&%, damn!
semua fail, dua maxis dan TM Bangsat..
satu sen pun tarak guna
baik lagi kalu aku tengok siput babi mengawan depan rumah

Nota: Apa2 hal, awal tahun depan aku kena erase TM dari Windsor..sangat menyakitkan hati (jari hantu naik aaahh). Kena ganti dengan itu Asstro...

2) Ok hati sudah sejuk
minggu ni adalah minggu marathon
menonton teater
dua malam berturut2 menonton teater
harga sebuah maruah di dbp
dan badai semalam di istana budaya
namanya pun di istana budaya
yes ada class
maksud aku refer kepada teater dan juga lokasi
mungkin tidak boleh beri 100 %
tapi congrats atas usaha team produksi BS
erra fazira sebagai teraju utama
aku nampak dia berjaya menghidupkan watak mazni
aron pun ok cuma bab vokal fail
suara dia macam kepit
mungkin sebab dia x biasa berlakon teater
kalu drama dia dah biasa dub
fizz fairuzz pun bagus
umi aida, imelda dan ziela memang memuaskan hati

3) Sebenarnya ada banyak faktor
yang mengukuhkan hujah
supaya aku memperuntukkan masa
menonton kedua2 teater yg sangat paradoks
isi sifat penceritaannya itu
satu teater berat dan satu lagi teater muzikal
namun faktor satu mempengaruhi aku
dan faktor dua juga mempengaruhi aku
faktor satu:
Aku: Tolong beli tiket BS boleh tak?
Faktor Satu (FS): Nak berapa?
Aku: Dua
FS: Hmmm tiket dah habis
Aku: Yang murah je pun (sambil tayang not 50 3 keping)
bukan duit aku, duit kawan yang minta aku belikan
FS: Seat tingkat dua nak?
Aku: Boleh je..(dalam hati, alahai musti kecik je nampak orang..ahh tak kisahlah, janji aku tonton sebab ingin lihat erra berlakon dan teringat akan panggilan telefon dari kak jah@khadijah hashim)
FS: Ok, esok nak datang tengok jumpa saya
Aku: Sure?
FS: Sure
Maka aku pun menonong muncul di IB
Jumpa FS, minum tea dan bla!bla!bla
FS: Nanti masuk, staff saya hantar u masuk
Aku: Tq
Sekali bila aku masuk, ada kakak persis mak datin sibuk dok tanya tiket berapa harga dan aku ni siapa itu ini. Aku cakap, orang sponsor tiket! Dah, cukup.
Tak puas hati, aku text FS, sekali dia reply "...tiket u duduk tu gold seat, RM300"...
Mak datuk, sungguh aku x akan beli..tapi sebab ditaja..ok saja...hidup!

Faktor dua: kring! kring!
Khadijah Hashim: Assalamualaikum!
Aku: Waalakumussalam Kak Jah, apa khabar?
KH: Baik. Nak jemput awak datang tengok pameran lukisan Kak Jah
Aku; Ya kak, insyaAllah saya akan pergi.
KH: Badai Semalam tak tengok?
Aku: Eh tengok, tengok, sekali lah...
KH: Ok datang ya..
Aku: InsyaAllah, terima kasih kak..

Sorang memberi tiket, sorang menjemput...budi baik anda saya kenang...

Nota: Petang yang redup, segelas teh tarik, selamanya meresap...kalau boleh, aku tidak mahu malam beransur pergi..kalau boleh aku mahu petang bersama segelas teh tarik itu kekal begitu, kekal begitu dan kekal begitu...ahh hidup..

14 comments:

  1. LW,
    badai semalam tu tajuk novel kan..rasa mcm pernah baca masa zaman kecik2 dulu..buku my dad..
    sorry..i ni byk benda yg tak berapa tahu dan x brape ingat :p

    ReplyDelete
  2. Blu: a ah novel khadijah hashim..pernah jadi teks rasanya dulu, kalau i x silap le. i pun da banyak lupa..maklumlah remaja purba..kih!

    ReplyDelete
  3. anak sedara dah pun pegi tengok..cemana laa nak pegi tengok..tak sempatttttt nun jauh di KL sana... i suka tengok teater kat seat bawag betul2 depan stage..dulu penah tengok teater cuci kot..

    kali ke dua tengok black dog bone kat IB, tu pun tiket free.. dapat seat bahagian atas..tak best.... pegi tu dengan hubby... nak jugak dia bawak i walaupun masa tu tengah HOT SKANDAL DENGAN ZAKIAH.. yelah mana boleh bawa betina tu sebab bos2 dia semua pegi...

    ReplyDelete
  4. apasal selama ni takde orang pernah offer aku tiket teater. kenapa? kenapa? kenapakah...! tiket wayang tu ada la... ok, aku kena pindah ke windsor, mungkin...

    ReplyDelete
  5. @SM
    kau layan teater jugak yer?? tulah kau selalu sangat mintak free..orang dapat free pun malas nak kasi kau..ha ha ha...

    kau nak berjiran dgn LW? atau nak menyewa bilik kat rumah LW? jawab jawab.... muahahahaa...

    ReplyDelete
  6. bestnya ada org taja.... hari2 bole join. hehe

    ReplyDelete
  7. NP:

    dah 10 tahun aku tak tengok (tonton) teater. tak silap kali terakhir keris sang puteri (vanida imran) sebab dah 10 tahun jugak takde orang ajak/offer aku tengok (tonton) teater.

    aku nak berjiran dengan LW, tapi duduk bawah pokok pegaga dia yang daunnya bapak besar macam sayap airbus 380.

    ReplyDelete
  8. NP, I p tengok sebab x jauh dengan office. Tambah pulak ada penaja...lagi le bersemangat..hihi. Tahun ni paling banyak tengok teater, bollywood dulu u tgk tak? Masa tu boss I x mau tgk, dia pas ticket pada I, lat the musical hari tu pun best gak..ni I tunggu show makyong, maybe next year kot sebab ni pun dah nak habis tahun...

    SM, kering sang puteri tu perform kat DBP kan? Aku tengok gak tu, pun tiket f.o.c..hehe. Err ko berani ke nak jadi jiran aku duduk bawah pegaga berdaun airbus tu...ooo mentang2 lah makwe dia pilot, pegaga tu pun dia nampak macam airbus...Uya...Uya...hahahah..

    NP lagi, bilk rumah I dah fully occupied, semua dah disewa oleh cik V dan brader Drac....mwahahaha...kalau SM datang dia jadi mangsa je lah habis kena sedut sampai kering....

    RA: yerp, ditaja adalah suatu nikmat!

    ReplyDelete
  9. LW: pembetulan, kau dah salah paham pasal isu UYA selama ni. lantak la. bukan kat DBP tapi IB. antara persembahan awal yang pernah di adakan di IB. tapi ada kecacatan teknikal masa tu, bila telinga aku dapat tangkap bunyi macam takal takde pelincir bila stage tu switch position. spoil!

    ReplyDelete
  10. SM, aku tak salah faham, tauuu...aku saja usik ko. Eh tamaw ke kalau ada makwe keje pilot. Ok lepas ni aku x usik lagi..noted! Oo ko tengok kat IB? Aku tengok kat DBP, dan pementasannya agak memuaskan hati sebab dewan agak canggih.

    ReplyDelete
  11. nak usik takde hal punya, tapi aku takut korang salah paham nanti...

    ReplyDelete
  12. Sapa salah paham? Aku tak! Tak pe jangan risau, aku x usik dah.

    ReplyDelete
  13. aku memang jenis selamba kalau kena usik, takde hal pun. cuma kalau kau salah faham kang, macamana aku nak jawab dengan UYA yang sebenar? parah la aku nanti...

    ReplyDelete
  14. Oowh...Ada date dgn Uya..ouch sorry..terlupa lak..aku x nak la usik ko lagi..

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...