Saturday, 12 November 2011

cina peranakan wedding

Selamat pengantin baru kepada pasangan Adelin Adelya Dt Adnan dan William See...semoga perkahwinan anda pada 11.11.11 menjanjikan kehidupan penuh berbahagia sehingga ke anak cucu.
Sultanah Kalsom adalah tetamu undangan utama...masa dia lalu nak balik, ramai lah nak salam dengan dia..aku..eh aku tak..sebab aku dok sibuk update sms aku..tetiba dia hulur tangan nak salam dengan aku...dan aku pun sambut jerlah..lepas tu baru aku sedar dia adalah sultanah Kalsom...ada budak cina tu cakap, you jangan mandi tau sampai esok, tak pun balut tangan dengan plastik kalau nak mandi..ceitt!!!

Pengantin berarak masuk dengan tema perkahwinan cina peranakan. Jadi ramailah yang berbusana kebaya nyonya dengan jawa batik. cantik dan sopan...aku pun jamu mata melihat para tetamu undangan yang kebanyakan ada pangkat kat depan yang sorang pun tidak menyedari kewujudan aku dan beberapa rakan lain di meja 43, meja paling hujung dan paling jauh..ahh aku peduli apa, aku tetap dengan uniform kalah bandit sebab dah sehari suntuk bekerja, penat gila babad tahap resaksa otromen gaban dah...lagi nak suruh kerja sehhh!
Dah hujung2 hari, bos aku kata:
Bos: U nak makan kenduri?
Aku: Kenduri apa bos?
Bos: Kenduri kawin la..
Aku: Mana?
Bos: Bkt Bandaraya.
Aku: Ok boleh..
Bos: Nah, Datin Adelya punya anak, depa buat tema cina peranakan..
Aku: Owh ok..kena pakai baju kebaya ke bos..
Bos: Ah tak payah, kita g keje..
Aku: Baikk!

Makanya aku sampai rumah jam 11 malam selepas melantak hidangan baba dan nyonya, duduk semeja dengan geng photoz.com yang kesemuanya jantan2 tak tahu cakap Melayu..tapi hidangan cina peranakan tu tak boleh tahan...sedap baik punya! Aku bantai bingka ubi kayu sampai setengah dozen...apa heran kalau barang besar ibu jari, kira ok la setengah dozen kan...hmm majlis kahwin orang kaya-kaya..apa lagi aku nak kata..terima kasihlah jemput bos aku..dan terima kasihlah juga bos sebab mewakilkan aku menyebabkan aku sampai rumah lambat, menyebabkan aku dah rugi masa atas katil...!

16 comments:

  1. rugi masa atas katil? macam la kau biasa praktikkan waktu tidur yang normal. haha...!

    apa-apa hal pun selamat menjamu tekak, challenge omega pun dah abis. lepas azab.

    ReplyDelete
  2. Hahaha...katil yg rindu aku..aku tak ingat bila kali terakhir aku betul2 praktikkan tdo normal...ceitttt! Walopon omega challenge dah tamat, aku melantik diri aku jadi duta underground kepada susu iteww...jadi aku kena continue minum..eh ko jangan ingat ko kurus badan ko x de cholesterol tau..baik ko p cek...

    ReplyDelete
  3. malas, aku takut jarum!

    ReplyDelete
  4. Apa? Biar betul!!! Iskk x cayer plak aku baca Jason celup takut jarum...bhahaha!

    ReplyDelete
  5. Nape? Sape pijak kaki ko? Ke ada awek raba ko?

    ReplyDelete
  6. aku takut jarum, kalau jarum jahit tu takpe...

    ReplyDelete
  7. cara? weh, ada unsur-unsur plagiat di sini...

    ReplyDelete
  8. Bukan plagiat, pinjam meminjam...ko kan baik budi...hikhik! Eh lupa ko kan jututera bahasa..

    ReplyDelete
  9. sekejap bapak ayam, sekejap jurutera. buat aku rasa macam nak dibelanja tiket search je...

    ReplyDelete
  10. Belanja apanya weiii, aku tinggal dua hengget jer cukup2 nak bayar tol, esok kena pinjam la duit sesape kat opis, macam pendatang haram pulak aku rasa...segala kad habis....hmmm...

    ReplyDelete
  11. ala, ada masa lagi nak replace semua tu. paling penting atm card kau. kalau takde macamana nak cucuk duit belanja aku.

    ReplyDelete
  12. Bhahaha....dasar pailang!!! Weiiii aku susah hati tau dak...ni yg aku blogging 24 jam ni weiii....adoilaaa...hahahahaha

    ReplyDelete
  13. ceh, tak ada rupa susah hati pun... lain kali la aku pau.

    ReplyDelete
  14. Ko nak pau aku...apa barang beb, nak jumpa aku dan NP pun ko ngeri..hahaha!

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...