Monday 24 October 2011

Is he D...?

Gaya homestay ada di mana-mana nampaknya..bukan setakat di Malaysia. Cuma bezanya, kalau di Malaysia, homestay kita masih dalam tahap pertengahan dan perlu di upgrade lagi tapi kalau di luar negara, industri ini sudah jadi satu fenomena mahal...yang mana ia jadi trend kerana homestay mereka dilakukan untuk cater pelanggan yang datang dari pelbagai pelusuk dunia...kalau ada banyak fulus, aku nak buat rumah aku homestay juga...homestay base gaya Vampire khusus untuk penggemar suasana seram dan dull pada hujung minggu dengan menu berciri vege..no sunshine at all dan tiada sebarang muzik kecuali bunyi angin yang mencium cermin tingkap...dan pada malam puncak ada sinar cahaya bulan penuh mencuri masuk, sambil minum teh tepi jendela sempit, sambil mengintai mangsa di rumah sebelah...cehhh berangan lagi!

Coincidentally...dalam rangka lawatan kerja, aku terlawat...ter..sebab tak sangka...mansion yang dilawat itu mempunyai ciri-ciri yang aku suka...V ELEMENT! Damn...dia dah lebih dulu buat akan apa yang aku suka...melangkah masuk saja, rasa hangat menyerbu...ye lah ngko sebab masa aku datang ke situ, winter...sejuk nak mampos kat luar, so tuan punya mansion tu dah pasang heater siap2 sebab katanya tak mahu kami kaku kesejukan..keh!keh!keh! kurang asam! Tapi yang tak bestnya...semerbak bau bacon..dan aku pasti bacon itu adalah khinzir punya bacon..bluekkkk!

Ok..tuan punya mansion ini terpaksa merendahkan badannya dengan membengkokkan lututnya supaya aku tidak berasa teramat rendah walapun aku memang sangat rendah. Dia mempunyai ketinggian 7 kaki ++..mak aihh macam pokok kelapa masa aku bercakap dengan dia..dia lelaki budiman. Seperti lelaki bangsawan zaman gothic, dunianya adalah dunia separa gothic kerana kebanyakan perhiasan dan cat di dalam kediaman bertaraf elit ini adalah warna hitam dan putih. Kediaman ini juga adalah kediaman mewah yang disewakan untuk pelancong, menjadi lokasi shooting iklan oleh Londoner dan pengunjung luar yang ingin merasa keadaan sebenar London citizen yang pure...while im only a visitor who's all the expenses was sponsored...kalau tak ampun aku x sampai ke mansion gothic di pinggir London ini...mahal wehh...beratus2 pound...semua sekali belanja nak masuk rumah ini pun aku dah boleh belanja dua bulan di KL...imagine!
Ok..kita tinggal bab gothic lelaki budiman ini..what is your first impression when u see this pale faced? Was that same with my thot? He looks pale...totally!!! Dia macam tak kena matahari langsung. ?...Aku rasa korang pun terfikir benda yang sama apa yg ada dalam kepala otak aku kan...wajahnya bujur dengan tulang pipi menonjol naik, mata agak memberangsangkan dan ketika aku klik wajah dia ni, bila download...o yeahh ada halo merah kat area mata dia (sepatutnya kat kepala kan..haha) ..hmm...apakah? Aku tiba-tiba teringat adakah pasangannya vampee secantik Kirsten Dunst! Tapi aku rasa dia x de makwe..
Dan bilik ini adalah guest room..siap ada drum peninggalan Beatles...owh yess mak suka..tapi ampunlah...suruh tidur percuma pun aku tak sudi...seram la weiii! Masa nak balik, dia pesan suruh datang lagi..heh tidak mungkin kecuali kalau ditaja sekali lagi...aku akan buat publisiti besar-besaran untuk ngko..

16 comments:

  1. Sy tak suka sejuk. Sy suka panas mcm serigala. Sy tak nak pun tdo kat situ sbb sy tak suka V. Huhuhuhu! Tapi sy suka drum Beatles tu! Sy nak satu?

    ReplyDelete
  2. MF: yg sejuk tu kat luar mansion dia, akak suka..winter yg cool, terus feeling2..dalam mansion tu hangat..huhu x suka. Dalam mansion tu juga ada bilik tema Beatles, tema Lady Diana etc..

    ReplyDelete
  3. drum tu original atau fake? memang rare tu...

    ReplyDelete
  4. drum tu ori..tuan punya mansion tu ada link bagus dengan pemain industri muzik di sana..banyak barang ori di mansion dia cuma aku musykil dia tu ori homosapien atau separa D..

    ReplyDelete
  5. hahahaa.. homosapien asli la kot. bukan spesimen frankenstein.

    ReplyDelete
  6. kalau dia asli ok le beb...but the fact is he looks like pale...macam x dak darah langsung...tapi masa aku shakehand dgn dia..i noticed his hand slightly warm, sign that he's human and bloods in his body is still running....

    ReplyDelete
  7. atau mungkin darah yang mengalir dalam badan dia baru dihisap dari seseorang di belakang sana. sebab tu dia offer kau stay situ. hahahaa...!

    ReplyDelete
  8. then, you might found your mr D!

    ReplyDelete
  9. nahh..he's not the one..my mr D must hv an Asean blood...more sweet and lil bit bitter..hahahahahah!

    ReplyDelete
  10. asian blood? hah, betul la tu. cuba tanya darah lelaki asia mana dia baru hirup!

    ReplyDelete
  11. apsal muka dia semacam je...kalau waktu bulan mengambang keluar tak taring dia..hihihi...

    ReplyDelete
  12. SM, ada lah..aku tak leh bitau lelaki Asia mana yang dah kena sedut darahnya iteww...

    Blu: bulan x mengambang pun taring dia ada kuar juga...hihi

    HI: kalau tengok muka dia in real..memang sejibik mr D!

    ReplyDelete
  13. harap bukan seorang yang kurus kering berambut botak.

    ReplyDelete
  14. oh ye, kau rasa kat malaysia ni mana ada homestay yang bergaya mewah macam ni?

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...