Thursday, 6 October 2011

Gie: Review

(Maaf ulasan ini dibuat bukan sebab aku pemuja filem Indo, tapi haruslah dilihat dari sisi seni keberjayaan pembikinan filem semata-mata)
USAI menonton cerita ‘Gie’ di skrin computer, aku faham kenapa kisah ini memenangi 3 piala unggul di negaranya sendiri, Indonesia. G merangkul filem terbaik, actor terbaik dan sinematografi terbaik di FFI 2005, lama sudah ia dihasilkan tapi baru kini aku mengetahuinya..ada filem bagus seperti ini.
Diarahkan oleh Riri Riza, tidak mustahil G adalah buah tangan hebat kerana Riri (bersama Mira Lesmana) juga adalah penukang kepada filem Laskar Pelangi yang dirakamkan di Pulau Belitong, Sumatera, turut menjadi antara filem Magnum Opus pengarah ini di Indo.
Menawarkan elemen sinematografi (sinematografi adalah gabungan naratif, visual dan teknik , pls correct me if im wrong..furthermore im not a film student, im just an audien) yang cukup excellent aku kira. Setiap scene berjalan smooth tanpa terputus kontinuitinya walaupun agak terkejut dengan beberapa babak cemas tatkala penuntut universitas melakukan demonstran di kota besar akibat ketidakpusan hati terhadap PKI ketika itu dan juga bapak presiden Sukarno.
Riri menangani G dengan cermat, gemar bermain dengan bayang, petak dan simbolisma tertentu ketika short demi short diambil. Riri tidak mensia-siakan keadaan panas ketika manusia bernama G itu hidup di Kebun Jeruk, dengan memasukkan scene bermula pada pintu rumah, melalui tingkap bas, melalui tilt up dari atas ketika G mendaki Merapi.
Simbolik lain, direktur menyelitkan montaj lambang kristian dan ada memasukkan suara azan sebagai pernyataan tanpa mengira batasan agama, manusia bersatu untuk menuntut hak kebebasan pada masa itu. Ada beberapa scene ketika G mendaki gunung, Riri memanipulasi panoramic view yang sangat indah di atas gunung tersebut. Memang pemandangan di gunung cantik lazimnya dan Riri lagi memberi nilai tambah dengan memilih angle tertentu kerana ia selari dengan jalan cerita sekali gus menjadikan filem ini cemerlang.
Kisah berjalan lancar dengan G sebagai pencerita, melalui monolog suara G yang sederhana tapi jelas mengenai perjuangan kebebasan untuk sebuah negara bangsa yang berteraskan panca sila itu. G juga adalah ulat buku kerana dia menelaah Karl Marx, Lenin, Albert Camus, Tolstoy etc. Benar betul kenyataan ingin miliki minda bersifat global, kena baca buku mengenai tokoh global juga.
Filem berdurasi lebih dua jam ini mungkin aku boleh labelkan sebagai epik kontemporari Indonesia kerana G itu hidup dalam keadaan darurat dan kemahuannya untuk melihat negara bebas bersuara sampai kini belum tertunai bahkan berterusan korup. Satu naratif yang bagus dari Riri dan Mira untuk bangsa mereka.
Ada beberapa scene G bersama abangnya Arif Budiman dan Ra, rakan sekuliah yang sentiasa memberi sokongan kepada G. Pada akhir kisah, G menulis sepucuk surat kepada Ra mengatakan dia ingin hidup bersama Ra sampai bila-bila..ya shot yang ini agak menyentuh perasaan kerana Ra dengan penuh penghayatan membaca surat G dan G seolah-olah tahu bahawa dia akan meninggal di puncak Semeru akibat terhidu gas beracun di tanah tinggi itu.
Scene Ra menyanyi bersama guitar dan ditonton oleh penduduk kampong juga amat seronok dihayati. Riri menggunakan banyak lagu latar yang menarik hati selain monolog G jelas menggambarkan gelodak jiwa seorang G terhadap hidup yang tidak bebas (bebas perang).
Keberhasilan Nicholas Saputra membawa watak G tidak perlu dipertikaikan kerana rentak G ada pada pelakon muda ini, berwajah iras cina dan sampai akhir Soe Hock Gie tidak menukar namanya kepada nama Indonesia, tidak seperti abangnya Arif Budiman.
Filem ini hebat bukan kerana pelakon2nya yang berwajah lumayan, tapi kerana ia sendiri mempunyai kekuatan dalam banyak aspek. Skor muzik oleh Thoersi Argeswara sangat menyenangkan untuk dihayati begitu juga beberapa aspek lain. Riri mempunyai team hebat termasuk Sinematografer G, Yudi Datau, menjadikan G filem berbaloi menang banyak anugerah.
(Rasanya tidak adil untuk membandingkan filem G dengan filem2 kita di sini...sebabnya....anda ada jawapannya).

"Love the art in yourself, not yourself in the art" -  Konstantin Stanislavski.

41 comments:

  1. Kak, filem Indon kak....sedangkan Pocong Ngesot tu pun, kualitinya sgt jauh ke dpn berbanding cite2 hantu kat Msia nie.

    ReplyDelete
  2. Tu la pasal, buat filem macam kita ni penonton buta kan, karang kalau x tengok kata kita tak sokong pulak...

    ReplyDelete
  3. eh semalam entry lain gambar cd gie bertopengkan artis kacak indonesia, nicholas saputra..hari ini tetiba jadi lain..ajaib ya

    ReplyDelete
  4. NP, itu praGie...ini entry postGie...hihi...best citer ni, tambah pulak Nicholas yg jd hero...

    ReplyDelete
  5. i takut nak tengok citer ni, takut nanti i terbawa2 emosi apatah lagi heronya adalah nicholas saputra...

    ReplyDelete
  6. NP Memang di pengakhirannya penuh emosi, kalau u menghayati, boleh tangkap leleh. Cer tengok u tube tu....

    ReplyDelete
  7. anak2 suka tengok laskar pelangi..Gie ni mcm best je

    ReplyDelete
  8. Hi, gie ni citer heavy tapi ada nilai yg boleh dipelajari, kena tgk dua lapis.

    ReplyDelete
  9. dgn Thailand pun kita kalah

    ReplyDelete
  10. SUXX, org sini buat filem syiok sendiri...sendiri buat sendiri puji..

    ReplyDelete
  11. soalan pertama, berapa bintang yang kau nak bagi untuk rate ini filem...

    ReplyDelete
  12. aku bagi 4 bintang..masih ada ruang yg boleh diberi pengisian...

    ReplyDelete
  13. tiada yang perfect, lagi oun kekurangan atau kelebihan tu datangnya daripada pemerhatian subjektif kita yang berbeza. seperti Gie ni, aku pasti ada ramai lagi individu serata nusantara yang kalau kita rajin selongkar dan bongkar, pasti kita akan jumpa dan kenali jalan perjuangannya.

    ReplyDelete
  14. aku nak cari dvd Che Guevara lakonan del toro tu...ko ada jumpa mana? patut kena simpan kisah-kisah macam ni..

    ReplyDelete
  15. filem Che tu ada dua part. aku rasa tak ditayangkan kat malaysia. kebanyakan filem yang tak ditayang kat sini, aku dapat kat pasar malam. sekarang pun aku dah kembali rajin cari cerita-cerita macam ni. lagi satu, aku ada kawan yang jadi tokan download semua jenis movie. tapi, pun aku tak jumpa jugak filem-filem hardcore macam ni.

    ReplyDelete
  16. tanya la tokan tu bley donlod ke tak citer che ni..

    ReplyDelete
  17. aku cuba. tapi aku lebih rasa nikmat menonton melalui skrin tv daripada monitor pc. berbalik kepada Gie lagi. pada pandangan kau, adakah filem ni dibikin dengan serealistik yang mungkin? maklum, latar masa filem ni yang berbeza. pasti menggunakan props dan busana yang juga berbeda. begitu juga dengan persekitaran dalam setiap scene.

    ReplyDelete
  18. pada pandangan aku yang dangkal ini, Gie menepati maksud sebuah karya ketika perang..walaupun tiada tembakan melampau tapi senario mahasiswa dengan tunjuk perasaan, kostum yang sangat sederhana dan pencahayaan yang kena dengan latar masa...aku kira ia berjaya. Ada beberapa scene pengarah gemar memasukkan suara laungan azan dan sekali sekala ada montaj mary magdalene...aku tak pasti apa motifnya tapi mungkin Riri berniat menseimbangkan keadaan keagamaan pada masa itu, sebab Gie kan tionghua dan ramai yg rapat dengannya adalah muslim walaupun tidak ditonjolkan mereka bersolat...
    Ada banyak shot yg aku suka, pengarah gemar bermain dengan bayang, refleksi, kotak, hitam putih dan banyak elemen simbolisma dalam Gie..yang mana ia menimbulkan dua makna yang selari..naratif dan visual. Kalau ko belajar filem, ini subjek yg aku paling suka bincangkan dalam kelas..sayangnya aku x major filem dulu...aku belajar basic saja dengan arwah dr nor arai..

    ReplyDelete
  19. air liur aku meleleh lagi...

    ReplyDelete
  20. ok, patut la kau bagi 4 bintang! sangat tinggi tu pada aku...

    ReplyDelete
  21. ntah..aku rasa sinematografie Gie almost perfect!

    ReplyDelete
  22. aku baru dengar puisi kat atas. tapi pendengaran aku terganggu dengan bunyi drill dari tandas sana. cilanat!!!

    ReplyDelete
  23. Kau patut dengar puisi itu berulang kali, kan ke kau dah pernah buat entri itu...aku cukup tertawan dengan diksi pilihan dalam puisi itu...dalam babak sebenar, watak heroin bernama Ra membaca warkah puisi Gie dengan sedu sedan...aku yg melihat pun terkesan sama...aku rasa aku menonton cerita Gie ini sama macam kau menonton cerita Cinta...bisa buat air mata pun ikut menitik sama seperti mana watak yg tersedu sedan itu...

    ReplyDelete
  24. ya, aku dah baca berulang kali dalam bentuk teks. cuma nak hayati dalam pendengaran telinga aku pulak.

    ReplyDelete
  25. Layan sekarang ya...aku sambil dating sama awek yg aku suka paw dia tu...tapi as I promise..no more paw...don't worry...hahaha

    ReplyDelete
  26. ok, nak mintak dia belanja pau kacang takpe. berbalik kepada Gia (lagi?), rasanya aku memang patut tengok (tonton) ini filim la beb. baru aku lebih faham lagi.

    ReplyDelete
  27. Yes, kau kena tengok...aku belum settle lagi sediakan cd utk kau..weekend ni settle kot..eh minah tu memang belanja aku kacang la ngko...

    ReplyDelete
  28. kacang, bukan pau kacang?

    ReplyDelete
  29. paw pau kacang sambil tengok (tonton) Gie...

    ReplyDelete
  30. aku dah dengar dengan bantuan headphone, tapi betul2 tak puas... ada sesuatu yang aku cari tapi aku pun tak tau apa dia.

    ReplyDelete
  31. kau kena tengok keseluruhan, baru ada feel..dan kau akan terus meneliti setiap dialog..sehingga meresap..dan kau akan berasakan kau berada di dalam senario Gie..

    ReplyDelete
  32. semi-deep voice ni memang milik nicholas ke? bila aku dengar sambil pejam mata, meremang bulu roma sebaik ketukan piano beriringan dengan gesekan biola sebaik habis rangkap pertama. betul-betul feel bila suara tu agak menekan sikin untuk bait-bait seterusnya.

    ReplyDelete
  33. ya..suara dia..kau belum teliti suara sedu sedan Ra menangis sambil baca surat Gie, itu lagi menekan...
    Aku paling suka monolog...berbahagialah mereka yang mati muda...!

    ReplyDelete
  34. ...dari tiada kepada tiada. maksudnya?

    ReplyDelete
  35. kalau ikut apa yang aku faham, dari tiada kepada tiada...kita ini memang tiada pada mulanya, kemudian ada setelah dilahirkan, kemudian kembali tiada apakala dijemput Ilahi..

    ReplyDelete
  36. jadi, pengertian tu adakah sama dengan apa yang dilihat oleh Gie sepanjang kau tengok (tonton) ini filim?

    ReplyDelete
  37. Agak subjektif tapi aku berasa apa yg aku tafsir ini menepati apa yg Gie maksudkan...

    ReplyDelete
  38. harapnya... pemerhatian subjektif kau terhadap dia ketika menonton filem ni sangat berbeza dengan pandangan Gie terhadap hidupnya dan orang sekelilingnya ketika hayatnya dulu.

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...