Friday, 28 October 2011

Gie: masalalu..

Larut malam, aku dihujani sms rakan jauh,
tapi terasa dekat lantaran kecanggihan
telekomunikasi menyebabkan
suara dan wajah
seakan berada di hadapan.
Aneh, sekitar detik 12 malam
apa yang diperkatakan adalah:

"...deru angin 40
masalalu yang kembali dimasuki
berpuluh pintu
yang mana satu ingin dibuka
sedang pak dalang
masih di situ...
dan penghuni paya
juga di situ
dan kupu-kupu hitam
berkepak merah
yang sedang membina
penjara diri
juga berlegar-legar
di ruang
masa kini
termasuklah
sang pemimpi
yg tidak mahu jaga
dari lena masalalu
serta
sang egois
yang mengecop
berhelai-helai halaman..."

Gie kata: Kau dah sampai rumah? Dah kunci pintu? Kadang kala angin datang juga pada takah 40 ini..aku ingat nak memancing angin yang diam tapi bimbang juga jika tiba-tiba ia meribut...susah aku dibuatnya nanti. Angin kau bagaimana tadi ketika kau melangkah pergi?
Aku kata: Ntah, aku tidak memandangnya...kerana kecewa...kerana aku tahu...di sukmanya juga ada segaris kecewa.
Gie kata: Hahaha...kau pun sedang memancing angin, tapi aku pasti angin kau tidak akan menjadi ribut yang memudaratkan ...sementara angin yang aku lewati ini derunya sukar ditebak. Atau ada kupu-kupu yang sedang membina penjaranya sendiri ketika ini?
Aku kata: Angin aku lembut, tapi bayunya menikam dan menusuk...
Gie kata: Kau akan bertemu kembali masalalu...hanya waktu dan usia saja yang berubah, tapi jiwa tetap yang itu juga..kau telah bertemu ruang masalalu yang hilang itu...
Aku kata: Gie, kau pun...teruskan memancing angin...

Nota: Gie, memasuki ruang masalalu pada masa kini...sukar...tapi perlu dibiarkan kerana masa adalah pengukur terbaik...

14 comments:

  1. Masalalu itu hanyalah kenangan. Kenangan yg sukar dipadam. Nikmati masakini dgn gembira. Dan menanti masa depan dengan perasaan teruja!

    Kita yg membuatkan diri kita gembira dan bahagia. Bukan org lain. Org lain hanyalah penambah rasa.

    =D

    ReplyDelete
  2. MF, kenangan juga perlu disimpan, tidak boleh diabaikan...kerana kadangkala kenangan itu akan berulang menjadi masakini andai pelakunya masih ada...dan pada masa sama...kita harus mempersiapkan diri meraikan kedatangan masa depan sambil merapikan masa kini yang sedang dihadapi...

    ReplyDelete
  3. masa lalu, masa kini atau masa depan; semua tu rojak buah dalam hidup yang sedap digaul bersama. cuma jangan tersalah gigit sudah...

    ReplyDelete
  4. sudah semestinya, tidak akan tersalah gigit sama sekali kerana aku telan terus...haha!

    ReplyDelete
  5. lagi bahaya, sebab sakit tu terasa tapi tersangat la dalam. dan kau perlu kaedah rawatan yang bukan calang-calang susah...

    ReplyDelete
  6. sakit di dalam tak mengapa, tak nampak..dan orang tak perlu nampak...

    ReplyDelete
  7. apa yang kau pedulikan dengan apa yang orang nampak, kau yang rasa kan? jadi tak perlu la telan selalu. kemam dan hayati intipati seribu macam rasa dulu baru kau boleh consider nak luah atau telan.

    ReplyDelete
  8. melihatnya dengan mata kasar pun sudah boleh agak apa rasanya...aku menelan sesuatu yang bersifat sementara..

    ReplyDelete
  9. tapi kau simpan terlalu lama kot dalam usus besar, tanpa sudahkan proses pencernaan tu...

    ReplyDelete
  10. tak sampai ke situ..tersekat di keronkong...ditelak tidak, diluah pun tidak...

    ReplyDelete
  11. inilah salah satu NCD yang datuk rosnah shirlin cakapkan...

    ReplyDelete
  12. Dia punya NCD dengan aku punya NCD lain category....

    ReplyDelete
  13. sama, penyakit jugak tu. tak berjangkit, tapi boleh diubat.

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...