Wednesday, 28 September 2011

kedai makan tip top

Ada pakcik romainor
ada abang misai
ada auntie buah
ada abang rojak buah
ada makcik rambut
ada uncle tosei
ada yoges air sedap
ada uncle rojak
ada abang hensom nasi beringin
ada pak mat kering (dah arwah)

pakcik romainor tu,
dulu lauk pauk kampungnya
sedap sangat  dan murah
tapi la ni dah mahal,
so aku kurengg sket nak makan kedai dia
maklumlah, dia pakcik artis
pakcik romainor kauu...haha

abang misai tu pulak,
dia offer mihun, mi, kuetiaw..
sejak 15 tahu lalu,
rasa masakan abang misai x pernah berubah
aku antara pelanggan tetap dia
tapi aku pernah banned mihun dia selama 2 tahun
masa dia niaga tepi longkang air pekat hitam
bukan sebab air longkang pekat hitam tu
aku banned sebab
masa tengah sedap makan mihun dia
aku nampak anak siput babi
merayap tepi pinggan mihun aku
cisss...terus aku x makan mihun selama 2 tahun
tapi la ni dah makan balik,
sebab dia dah pindah
ke premis yang bersih dan nyaman
o ya..air longkang hitam pekat tu x de bau tau
sebab ia bukan kumbahan, tapi sisa dakwat cetak
kedai abang misai ni tepi kilang cetak sokkabar china

ok, kalu minum air, aku suka order neslo yoges
nescafe + milo yang yoges buat tu
perghh....kaw gila..pekat dan lemak..sedap!

air kelapa ais dan asam boi auntie buah tu pun ok
auntie ni jual buah je,
tapi tiap2 tahun balik china, balik kg tu...
dia ada anak pompuan,
dari kecik sampai besar aku tengok anak dia
la ni dah jadi anak dara,
dan aku rasa aku masih sama macam dulu juga..

oh ya, abang hensom nasi beringin tu...
setiap hari dia masak nasi seperiuk besar
periuk cap buaya yg paling besar
yang boleh muat 2 orang dewasa kalau bersila
pun aku suka gak..
antah apa mandram nasi dia,
setiap hari kami makan
tak pernah tak sedap
aku pernah buat muka seposen
minta resipi
tapi haram dia bagi
last2 aku aku beli sebungkus nasi beringin (lauk asing)
balik rumah aku kirai satu-satu apa bahan
punya la ketagih nasi beringin kan..

makcik rambut tu lagi la
nasi lemak dia aku rasa nasi lemak paling sedap
dengan rendang daging yang setimbun
sotong lebar selonggok
dan sambal bilis ciput
tapi ada beberapa kes
pelanggan terjumpa rambut dalam nasi lemak
tapi tetap ramai yang menyerbu
tiap-tiap hari
gerai pisang sesikat dia penuh
tapi la ni di dah tak niaga
ntah idup lagi ke tidak
aku tak tahu

ahahh ini paling best
awe...awe ni jual nasi putih dengan ayam goreng telur
ayam goreng telur tu pun biasa je,
isi ayam yang digoreng dengan telur
tapi makaihhh punya la kita orang suka
sampaikan awe ni dah pindah kedai pun
kita orang still order nasi campur dia
kalau ada potluck kat opis
hebat laa penangan memasak dia orang ni..

okeh pak mat kering pulak
bini dia aku panggil makcik jer
jual roti jala dan nasi impit
ada la sikit mihun dan mi
aku suka makan juga kedai dia
sebab harga murah siot
kalau aku ambik roti jala lima ketul
dengan kari ayam
selalunya dia akan menung sekejap
sebelum sebut harga
balik-balik RM2 inggit jer
ambil le banyak mana pun..
harga sama sepesen

hmm semua kedai2 mereka ni
adalah selangkah je depan opis aku,
habis tu macam mana nak diet..

hmm...esok2 kalau company aku
dah tak mahu pakai tenaga kederat aku
aku pun nak niaga jugalah...
masak dengan tulus ikhlas
ya tulus ikhlas..
agaknya kalau aku niaga esok
apa dia orang letak belakang nama aku
kakak.... kakak apa ya..
(kakak tuu ..aku belum tahap makci)
Ini adalah mihun abang misai, yang hampir setiap hari aku beli, RM2.50 sebungkus..telur mata 80sen, cili jeruk percuma, sup pun percuma. rasa tetap sama...

11 comments:

  1. - wahhh...nak niaga buah jugak lah...boleh balik perancis...hahaha...comment allez vous?

    ReplyDelete
  2. Murahnyeeeeee! Panjang lebar cerita tentang kedai makan kegemaran. Dkt dgn opis lak tu. Murah lagi! Nie yg nak dengki nie! Paling tak ley tahan bila baca bab Awe nasi campur. Ayam goreng telur? Nak makan gak!

    ReplyDelete
  3. hm, kalau siput sedut yang merayap tepi pinggan, boleh buat lauk sekali. ada cadangan lagi kat mana nasi lemak bungkus daun pisang paling mari?

    ReplyDelete
  4. SM, nasi lemak yoges, pun depan opis aku juga. Datanglah, boleh aku belanja sama air ais asam boi auntie buah...

    ReplyDelete
  5. kalau asam boi, aku suka makan dengan mee kari udang... kat mana?

    ReplyDelete
  6. MF, itulah dianya keje kita orang, makan dan makan. Nasi campur Awe tu memang meletopss. Oh ya abang hensom punya mi rebus pun terangkat. Mai la kita makan2, bila2 ya. Haha...

    Al, haha...nak jual buah apa tu nak balik France...hik! Hik! Comment allez vouz? Jevais tres bien...

    ReplyDelete
  7. orang kata, orang kata yer bukan i kata
    kalau kedai tu laris memanjang ada pakai pelaris
    tak tahulah..walahualam...

    penah dulu ada satu kedai tu jual nasi berlauk punyalah sedap..dengar citer dia ada masukkan daun ganja dalam nasi..

    entah betul atau tidak atau orang dengki, i pun tak tahu...


    tak menahan ada anak siput babi merayap tepi pinggan...

    ReplyDelete
  8. SM, mee kari udang aku x tau sebab mee kari bukan fav aku...tapi kalau minum ya.

    NP, I pun dengar org cakap macam tu tapi kedai yg paling dekat dgn office i ni adalah org yg sama sejak 15 tahun lalu, kalau bertukar pun hanya diganti oleh anak atau menantu saja. Ada sekali tu dekat cafe office, tengah sedap makan sambal ikan bilis nasi lemak, terjumpa anak lipas kojol dalam sambal..ceiitt I pi mintak duit balik...

    ReplyDelete
  9. jumpa lipas? tapi lepas tu makan lagi kat situ?

    ReplyDelete
  10. makan...tapi selepas beberapa bulan, baru aku makan sambal bilis tu...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...