sikit2 mesti pegang watak tan sri, datuk datin, pn sri
walhalnya...berlakon je la eh..
okeh.. aku nak feeling jadi chef..
chef from Belgium..
chef ni masak sempoi gila
moderate food.
aku tengok dia campak2 jer..
masuk microwave dua minit
dah jadi pun..
haii laa..kena beli ka pulak microwave magic tu
habis tu nanti dapur aku jadi tempat longgok microwave
owhh tak boleh jadi..
setakat feeling2 je lah guna microwave itu
microwave new inverter by Panasonic
Seingat aku, lahir2 saja, arwah mak aku dah sebut kenwood...kenwood cake mixer, blender kenwood...since arwah bapak aku jadi buruh di kota singa, jadi semua perkakas elektrik masa aku kecik adalah dari negara republik yg sekangkang kera itu saja..dan brandnya musti kenwood, sebab arwah bapak aku kata kenwood kukuh..aku rasa betul la kukuh, sebab sampai kini, usia adik aku nak masuk 4 dekad, barang tu masih baik, cuma lusuh jer sebab calar, yang mana calar itu jugalah mengingatkan aku kepada serikandi dapur...siapa lagi kalau bukan mak aku! Eh tapi kan, rumah tok su aku, masa aku sekolah rendah, masih guna seterika cap kepala ayam, ala yg letak arang kat dalamnya tu..lepas tu blender pulak shapenya macam pengisar cap lesung batu beli kedai nyonya tua...bila batu giling tu menenyeh cili..memang hancur lumat biji cili kena hempok dengan batu..bila masak gulai cik banding atau kuzi, meruap je bau gulai..
Inilah ke dianya barang idaman aku, segala bagai boleh masak dalam periuk ajaib ini..tapi harganya pun ajaib juga...nasi, bubur, kek, semua boleh masak dalam bekas besi ini. Dan chef Emanuel Strobant ni pulak, buat demo pakai segala bagai perkakas letrik, membuatkan aku rasa meleleh air mata sebab kecanggihan perkakas elektrik di bawah himpunan Cooking Magic by Panasonic yang akan berada di pasaran Oktober ini...ada tak mana2 orang kaya nak sponsor aku beli set Cooking Magic ni, sila pm aku..siyes!
aku ada rice cooker jenama national yang aku dah pakai sejak lebih 10 tahun dulu. kalau rumah aku terbakar, benda ni antara perkara yang aku selamatkan dulu selain daripada diri sendiri.
ReplyDeleteover la kau...sila selamatkan diri dulu ya..rice cooker tu besi jer, kau tu ada nyawa..apa apa hal, musti selamat nyawa dulu eh..
ReplyDeletehidup aku tak tenteram kalau tak makan nasi dari rice cooker ni la... hahahaa!!!
ReplyDeletekalau ada orang offer rice cooker baru amacam? lalu tak makan nasi dengan rice cooker baru?
ReplyDeletemasih lalu, tapi masih terkenang rice cooker national tu. sebab mak aku yang bagi masa nak datang KL.
ReplyDeleteaku dah agak..sentimental valuenya ada pada periuk itu..harus di jaga..kalau aku pun!
ReplyDeletetapi dah cacat sikit sebab housemate aku dulu buat kerja pendek akal. dia sepatutnya rendam dulu sebelum basuh, tapi dia kikis kerak nasi tu dengan sudu! aarrgghhh....!!!!!
ReplyDeletebangangkan ...dah tahu benda tu x leh kikis pakai besi...haishh..aku hangen kalau org buat barang aku macam tu...aku sound jer..walaupun adik aku yg buat kerja tu..
ReplyDeletetakpe, aku maafkan je. yang penting rice cooker tu selamat. masih mampu berkhidmat sampai sekarang.
ReplyDeleteOklah gitu, berbakti hingga akhir hayat..
ReplyDeleteberbakti hingga akhir hayat aku, kemudian diperturunkan ke anak cucu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMudah-mudahan hayatnya panjang...
ReplyDeletehayat siapa yang kau doakan? aku ke? (aku sengih)
ReplyDeleteHayat kedua-duanya...
ReplyDelete