Sunday, 11 September 2011

observe...


Kanak-kanak berbaju merah jambu itu adalah jiran kepada pemiliki jeriji besi di bawah. Setiap pagi minggu, kanak-kanak bernama Kristal ini akan keluar bersarapan dengan ibunya yang sangat rajin menegur jiran sebelah yang keluar pagi balik malam, keluar pagi balik malam...emak si Kristal ini berasal dari Kampar dan ayahnya bekerja di firma kewangan di UK, balik enam bulan sekali untuk jenguk Kristal dan emaknya.

Setiap hari, apabila kita melalui rutin yang sama, semuanya akan melekat di dalam minda, mengenai apa yang berlaku, siapa yang ditemui, ketika mana sesuatu itu berlaku dan pendek kata, kita menjadi manusia peka apabila berhadapan dengan 'hidangan' yang sama setiap hari.etul Sama ada hidangan berkenaan menyedapkan atau tidak, kita harus melaluinya. Dua bulan lalu, setiap pagi sekitar jam enam, ada seseorang melakukan senaman taici selama beberapa minit. Tidak tahulah motifnya sama ada memang benar melakukan senaman pagi atau ada sesuatu yang dispynya. Lokasi berkenaan betul-betul berhadapan tingkap berjeriji besi ini. Dia akan melakukan banyak langkah di samping menayangkan skilnya yang kelihatan profesional. Namun mata yang rabun tidak membolehkan wajahnya dilihat dengan jelas. Betul-betul cukup dua bulan, dia ghaib. Diperhatikan, tiada apa-apa yang berlaku..tiada kes pecah rumah, tiada kes harrase dan sebagainya.. kawasan ini dikira selamat buat masa ini.


Pemandangan  di hadapan jeriji besi ini amat mengujakan..ada sebatang jalan lurus, menghala ke jalan besar, namun pemaju membuat tindakan bijak dengan menutup laluan jadi yang parking adalah penghuni taman ini saja. Sambil memerhati bumbung merah ditepi jeriji, sambil minum kopi cap kereta dan memamah sebekas pretzel, pemilik jeriji besi ini sentiasa berangan dia bukan tinggal di Sg Long, tetapi sebuah tempat bernama Notting Hill...keh!keh!keh! Biarkan dia terus bermimpi...
Dan pemilik jeriji ini menjadi pemerhati tetap, setiap ketika..walau hujan, walau panas, ia bertugas seperti biasa. begitu juga dengan pokok rimbun berdaun hijau pada bahagian kiri tingkap. Daunnya berombak cantik apabila bayu petang bertiup..semakin direnung semakin banyak cerita rahsia dikongsi. Dengan jiran berbangsa India di sebelah kanan dengan dua anak yang riuh bercakap (digelar keluarga ini keluarga arrogant, kerana mereka tidak pernah bertegur apa sebalik jika ada orang parking berdekatan gate mereka si bapa akan keluar seketika dan merenung dengan tajam seolah-olah heii ini kawaan rumah aku walhal itu adalah kawaan public), dengan uncle cina yang suka bermantera setiap petang tanpa diketahui bentuk manteranya dan jiran-jiran lain yang melepasi kediaman ini. Setiap petang juga, sekitar jam 6.30 akan ada seorang bhai jogging ala-ala semput tapi sempat juga dia menghabiskan beberapa round..manakala ada seseorang di dalam rumah ini, apakala pulang dari kerja, akan berhenti di lamannya, mencabut rumput liar, memberi minum orkid, melur, pegaga dan pokok limau nipisnya minum sebelum dia sendiri ghaib ke dalam rumah penuh misteri..yang sering diintai seorang jiran berstatus nyonya tua. Pemilik rumah ini adalah antara beberapa kerat Melayu yang menetap di kejiranan cina ini.


Si bujang ini mempunyai sut lengkap sekiranya dia ingin keluar menduga skil lapsnya di selekoh tajam..baguslah, disamping berfoya-foya dengan angin kau tidak melupakan ciri keselamatan..Awangku A Pengiran M..itu namanya yang tertera di sampul surat yang terbabas masuk ke dalam peti surat jiran sebelah..wow!

Dan setiap pagi minggu..ngauman Cagiva Mito berwarna kuning memecah sunyi pagi..kerana si bujang ini akan memekakkan kuda besinya kuat2 bagi memberitahu jiran bahawa dia ingin pergi menduga skilnya di litar berdekatan..kadang-kadang dilihat ada wanita muda datang menjemputnya dan kadang-kadang ada lelaki separuh usia mengunjunginya..kadang-kadang ada sepasang warga tua berehat-rehat di hadapan rumah si bujang ini dan akan menegur pemilik rumah sebelah yang juga pemerhati alam di kawasan sekitar. Demikian sebuah senario pada hari-hari berlangsung sebuah kehidupan.

Nota kaki: Menduga kehidupan amat sulit berbanding menunggu kematian yang pasti...hari minggu pasti muncul, menjalani detik seperti kebiasaan, tanpa berubah, tidak juga bertukar, sifir kehidupan adalah stagnant dan mencongaknya juga mudah, walaupun sesekali sulit mendatangi.

36 comments:

  1. dalam seminggu, pada aku sabtu adalah hari yang terbaik. sebolehnya aku akan diam di rumah sambil mencongak seminggu yang bakal dihadapi dan menilai seminggu yang telah berlalu. seterusnya ahad adalah hari untuk aku (sebolehnya) melakukan perkara yang aku sangat suka di luar kebiasaan rutin hari bekerja bersama orang yang aku sangat sayang.

    ReplyDelete
  2. ok menarik...
    lagi menarik bila ada jiran u yang bernama Awangku Pengiran
    alahhh setakat nak jamu mata je pun.... nak menggediks tu rasanya tidaklah..
    siapalah i yang tak secantik tiara jacquelina itue....

    ReplyDelete
  3. SM, hari sabtu juga adalah hari terbaik aku..sebab ahad aku lazimnya bekerja. Baguslah sekurang2nya kau Ada peruntukan masa dgn org yg kau sayang...well done!

    NP, awangku pengiran itu memang anak2 ikan kecil2 jer...hik! Macam ikan emas, cantik dipandang tapi nak bela owhh tidak...

    ReplyDelete
  4. LW: ikan emas? hahaha...

    ReplyDelete
  5. i tahu dimana i berada...
    pipit sama pipit
    enggan sama enggan
    tapi i ni burung kakaktua.... cemana tu? ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. SM, a ah ya...ikan emas..tapi aku x gemar ikan emas ni...mania. Leech nak maintain..baik aku bela ikan bocat, Dah tentu x perlu oksigen..

    NP, kakaktua berharga sekarang..ala spesies parrotkan mahal di pasaran antarabangsa ..hihi..
    ,

    ReplyDelete
  7. NP: ni spesis kakaktua yang mengajuk orang cakap, tapi spesis yang bagi tazkirah kat orang sampai menangis orang tu...
    LW: ikan aku mati lagi seekor... gara-gara amalan canibalism.

    ReplyDelete
  8. @SM
    am i? err i mean kakatua tu bagi tazkirah kat orang sampai nangis orang tu?

    @LW
    i suka lah entry ni..*nampak nau kepohnya i kan* ha ha ha...

    ReplyDelete
  9. NP: kakaktua dikenali sebagai haiwan tin kosong. pandai cakap, tapi tak tau satu sen pun cuma mengajuk je... tapi kau kakaktua yang pandai bagi tazkirah (atau mengomel, hahaha!)...

    ReplyDelete
  10. SM: kan ke aku dah kata, kakaktua spesies high class rather than kenari..kan NP kan?
    SM lagi: Eh ikan kau mati, kau letak sama spesies cannibal ke? Siannya ikan tu...

    NP: bukan kepoh, tapi ambil peduli..kan ke sharing is caring..hik! hik! hik!

    ReplyDelete
  11. SM: kakaktua memang pandai mengomel tapi berharga tau..kalau tak mana ada si tukang silap mata nak guna kakaktua? sebab kakaktua bijak! NP manaaaa....

    ReplyDelete
  12. LW: kakaktua vogue!
    LW lagi: canibal sesama spesis, aku akan siasat.
    asyik LW je: aura penarik yang ada pada kakaktua tu mampu jadi daya pengalih perhatian penonton supaya silap mata tu boleh berjaya.

    ReplyDelete
  13. SM: moral of the story, kakaktua i the best!

    kau lagi SM: tak baik aniaya ikan..cannibalisme dilarang sama sekali pada zaman hedonisme ini..

    ReplyDelete
  14. SM: moral of the story, kakaktua is the best!

    kau lagi SM: tak baik aniaya ikan..cannibalisme dilarang sama sekali pada zaman hedonisme ini..

    ReplyDelete
  15. macamana dengan merpati simbol keamanan yang juga selalu magician gunakan?

    bukan aku yang buat. pembunuhan sesama sendiri. aku tak sedar.

    ReplyDelete
  16. merpati x masuk dalam kategori boleh tazkirah orang sampai nanges..hik!

    ikan kau harakiri eh? ke nak jadi curt cobain? kau bagi mereka jadi penagih ya sm?

    ReplyDelete
  17. saling berbunuhan, yang tinggal cuma tulang dan sisik. tak ubah macam manusia kalau hidup dalam satu kelompok, saling menindas sesama sendiri. ni mesti pengaruh tv. lepas ni aku nak letak jauh sikit dari tv aku.

    ReplyDelete
  18. clever fish..tengok tv pun boleh jadi cannibal..ngeri sehh!

    ReplyDelete
  19. betul beb... mungkin aku patut bela alligator gar...

    ReplyDelete
  20. apa gila! hari tu aku ada jalan kat akuarium sebelah tasik shah alam. terkejeut tengok ada aligator gar. setau aku spesis ni kat amerika sana. spesis ikan air tawar yang paling ganas sebab tak pernah berevolusi sejak zaman prasejarah... takkan diorang jual ikan ni kot.

    ReplyDelete
  21. aligator gar @ arapaima gigas tu memang banyak la kat sini beb..spesies eksotik tu dah beranak pinak dalam perairan malaysia...ngeri aku bila ingat ikan tu...besar gila..

    ReplyDelete
  22. aku suka kalau dipelihara cuma untuk perhiasan walau pun tak berapa sesuai. tapi bila ada orang yang tek bertanggungjawab dah lepaskan dalam perairan air tawar kita tu je yang bahaya beb. araipama aku dah tau ada kat semenanjung ni. tapi spesis muncung buaya aligator gar ni aku tak pernah dengar cerita lagi.

    ReplyDelete
  23. Ya ke alligator gar ni Ada kat tasik shah alam? Aku nak report ah...bahaya tu, nanti Ada yg kena gigit...

    ReplyDelete
  24. bukan tasik shah alam la. akuarium kat sebelah tasik tu.

    ReplyDelete
  25. Owh kalau Ada dalam aquarium shud be ok..sebab ia dijaga dan x dilepas di habitat semulajadi..ia cepat membiak kau..karang habis ikan dalam tasiku shah alam tu...

    ReplyDelete
  26. macamana kalau satu masa nanti ada pembeli tak bertanggungjawab yang akan lepaskan dalam sungai/tasik kita?

    ReplyDelete
  27. tak sedar pun bila masa i bagi tazkirah
    rasanya entry i asyik tutttt....tuttt.....tuttttt jer...ayat sensored tu...

    ReplyDelete
  28. NP: kira tazkirah la tu, tapi dengan cara kakaktua yang mematuk!

    ReplyDelete
  29. errr kita cakap pasal aligator gar ker atau kakaktua ke atau cik elly atau cannibalisme dalam akurium..konpius mak..ekekekek!

    ReplyDelete
  30. kau jugak yang ajar aku sentiasa berbaris di luar barisan...

    ReplyDelete
  31. komodo je yang berbaris luar baris. hahaha! (gurau beb)

    ReplyDelete
  32. Eh bukan gecko ke yg suka kuar baris?

    ReplyDelete
  33. dia keluar terus tak masuk lagi...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...