1. KEBETULAN
Tadi pagi, melawat 'kediaman' mak aku di pinggir Bangi..kediamannya adalah kawasan kelas pertengahan yang berbau elit..sebab ramai yang dah renovate 'kediaman' ahli keluarga mereka menjadi elit dan mewah dengan batu marmar bertinta emas..antara yang aku ingat..Raja Mohd Amin bin Raja Mohd Adnan, Yong Khalijah dan etc...manakala kediaman mak aku tiada sebarang renovation, masih berwarna asal..warna tanah dan batu yang di halamannya ada sepohon pokok puding ihsan pak cik pengawal di situ..perhiasan batu pula ada yang besar dan kecil, ada batu bukit, batu sungai dan batu loh..memang cantik..ada yang letak bangku, mungkin untuk memudahkan keluarga dan saudara berziarah membawa hadiah mingguan atau bulanan. Landscape di taman kecil kediaman itu, ada yang tanam pokok bunga melur, kemboja dan ati-ati. Duduk seketika di laman rumah mak aku...melihat sekeliling dengan pusingan 90 darjah kiri dan kanan, bayu siang mengelus lembut dan nyaman..mendamaikan dan meresap..
Balik dari melawat kediaman mak aku, singgah kedai mamak beli magazine, belek punya belek, ada artikel mengenai kak nasha..supermak glamer yang aku admire sejak dulu...sebab dia cantik, walaupun dia pernah dibogelkan pemilik rumah yang didudukinya dulu...dia sangat cantik di mata aku...baca artikel itu sampai habis..di para terakhir...katanya...selepas balik sekolah di Taman Keramat, dia suka singgah di perkuburan di atas bukit.. tenang dan mendamaikan...sambil perhati nisan dan kubur..ada yg berbatu mahal dan ada yg guna pelindan kayu saja..itu tanda kasih sayang yang hidup kepada yang mati..
..ya, tanda kasih sayang dan ingatan..mak, walaupun kediaman mak bukan daripada batu marmar bertinta emas, kasih sayang aku pada mak selamanya melimpah!
2. KEBETULAN
Kucing..selamanya comel..jiran aku, nama Mak Yah, ada dua ekor kucing parsi nama Goku dan apa ntah sekor lagi..kedua-duanya gemok gedempol dan pemalas..sebab dah dikasi anak Mak Yah..bertuah punya kucing..makan makanan mahal, dimandi, dibawa ke hospital setiap 6 bulan..cek gigi, telinga etc..aku pun x macam tu. Beberapa hari lepas, kecoh kat FB..depa dok sembang pasal nak hantar kucing ke hotel kucing sebab nak balik raya. Ada yang nak hantar kucing ke resort kucing..aku peduli apa..sebab aku x ada kucing..kejap tadi, aku telefon kakak M, konon nak ucap selamat raya yang masih bersisa...suaranya penat dan risau..
"Kenapa kak, macam penat je.."
"A ah..kakak sedang mandikan kucing.."
"Nape dengan kucing akak?"
"Balik raya, akak hantar ke rumah penginapan kucing, bayar RM300 untuk beberapa hari tapi penjaga sudah lari dan lebih dua ratus kucing kelaparan..ada yang mati. Kucing akak masih trauma, tadi dah hantar veterinar..dah dua kali dimandikan, masih bau busuk.."
..aku hanya mampu kata.."oh ya ke kak..kesian kucing akak!"
3. KENYATAAN
Aku masih ada tujuh jam untuk menunggu suatu keajaiban berlaku...antara berani dengan tidak..aku boleh dial nombor bos, nak cakap.." bos, saya nak off besok.." maunya KPI aku merudum. aku masih berharap, bos aku yg tpon aku, cakap macam ni.."V, esok u off, ganti Sabtu hari tu..."..impossible! Aci kerat jari kelingking pun x akan berlaku..kenapa esok adalah Isnin..bohhhsaaannnnn!
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
1: ada yang menyalurkan kasih sayang melalui material, pada itu adalah simbol kasih sayang sejati. itu hak mereka.
ReplyDelete2: mujur tuhan tidak lahirkan aku sebagai kucing...
3: mimpi!
1. yang hidup tiada pilihan..selain berziarah duduk dan baca ayat suci di hadapan pusara, begitulah cara mereka tunjuk ingatan yang masih menebal, bina pusara cantik2..ya hak mereka..kubur mak aku bertuah sebab sekeliling ada 'kediaman berbatu marmar bertinta emas'..tapi kalau dia boleh berkata-kata, dia hanya akan minta aku supaya lakukan 3 perkara saja untuk dia..
ReplyDelete2. dalam sokkabar hari ni dah kuar citer pasal kucing ni wei..semalam pun aku dah agak musti kuar paper kalu kes cenggini...
3. aku tegezut badak pagi ni bila tengok bos aku muncul kat opis jam 7.30 pagi..kalu tidak, dia hanya muncul jam 12 noon je..mimpi!
3: mungkin dia silap tengok jam!
ReplyDelete2: kalau aku, cerita macam ni aku baca waktu petang je kot.
1: ...kalau aku penghuni di situ, aku cuma mengharapkan persemadian yang tenang dan aman selain doa daripada kalian!
1. bukankah kita tak perlu nak menghias berlebihan untuk 'kediaman kekal' tu? penah i terbaca katanya biarlah rumah tu dibuat dari papan tanpa menggunakan paku...selebihnya tanamlah dgn pokok2 agar pokok2 tersbut boleh meratib pada yang empunya kediaman tu... correct me if i'm wrong
ReplyDelete2. dah keluar paper dah pasal isu kucing tu..tak baik kan..depa buat kucing2 tu mcm tu... walaupun hanya binatang, dia pun ada prasaan jugak...
3. berjaya jugak datang kerja hari ini walaupun bohsannnnnn
SM:
ReplyDelete2. aku suka baca sokkabar pagi2 buta..
3. aku pun harap yang sama..
NP:
1. i rasa i pun pernah terbaca macam tu..papan sebagai tanda kita merendah diri kepadaNYA, keranda pun daripada papan kan...i br terfikir nak tanam rumput dan pokok jer..
2. kucing kawan i antara mangsa di situ..lapan ekor ada, semua trauma...sadis le pengusaha tu..
1. tanam rumput dan pokok2 renek should be okay...ada orang tanam bunga melur..bunga ros jepun pun okay...
ReplyDelete2. bayangkan kalau kita dikurung berhari2 tanpa makan, minum dan tidak dibenarkan ke toilet...
apalah pengusaha tu...duit nak tapi lari pulak...
kesian kucen tu kan..
1: ustaz aku kata diharuskan guna bahan yang tak kekal contohnya ketulan batu atau kayu sebagai penanda. sebab binaan yang keterlaluan atau daripada bahan kekal akan memudahkan dajjal melihat dari jauh untuk dia korek kubur-kubur umat islam kelak.
ReplyDeleteNP: ...i nak tanam pokok2 renek je lah..semoga setiap helai daun yg bertunas menghadiahkan zikirnya sendiri untuk semua ahli kubur di situ..
ReplyDeleteSM: lojik gak kan ustaz kau tu...guna benda yg x kekal...sebab kita ini hambaNYA..hanya DIA yang kekal...
NP: sungguh ironi...
ReplyDeleteeh mana komen i tadi?
ReplyDeletebukankah telah tertulis bahawasanya pada akhir zaman, keadaan sebegini akan berlaku?
ReplyDeleteorang berlumba2 menghiasi makam
orang berlumba2 menjadi penghibur
semua orang berlumba2 memuja penghibur
dan semua itu adalah benar....
Ngeri kan bila ingat tu semua..zaman sudah tua amat...satu lagi..mereka yg dulunya terkinja2 di pentas kini sangat pandai bercakap pasal agama...
ReplyDeleteNP: kita semakin menghampiri garis penghujung...
ReplyDeleteLW: aku tersengih je baca komen kau ni. ada bermacam jenis orang atas pentas ni.
SM, terpulang pd kau le nak fikir jenis org tu...hik!
ReplyDeletekalau kat ruangan lain, mesti aku akan letak tiga huruf ni untuk menyatakan rasa tak puas hati... WTF (dengan izin).
ReplyDeletekat sini pun kau boleh letak..aku izinkan...aku buat blog ni pun untuk kebebsan bersuara di ruang sempit ini..suara orang kecil macam aku...
ReplyDelete...mujur kita hanya orang kecil.
ReplyDeleteya..satu kemujuran menjadi orang kecil, tapi ada kalanya menyakitkan...
ReplyDelete...sakit sendiri, tanpa menyakitkan orang lain macam orang besar.
ReplyDeletePasti...sakit org kecil x Akan menyusahkan org lain...
ReplyDeletemcm ustaz yang diletak nama ustaz tu ker? yang kahwin dgn artis yang pakai purdah yang ada bini tapi tinggalkan bini sebab nak kejar artis tu ker?? apa namanya..yang ada hai hai tu eh?
ReplyDeletebijak bercakap pasal agama tapi diri sendiri pun tak berapa nak betul...
NP: itu salah soranglah yang masuk dalam kategori yg i maksudkan..
ReplyDelete