Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Tuesday, 16 August 2011
rethoric seorang adele...
retorik,
seni pemujukan melalui pemerincian kata-kata,
penelitian gerak laku,
pencerapan kepada pendengaran dan
keterbawaan igauan terhadap sesuatu yang diamati.
retorik seorang adele sangat hebat...
aku tak pernah melakukan kerja gila membuat investment mendadak
di kedai cina jual cd,
tapi lantaran retorik sang adele ini amat hebat,
aku terpedaya.
2 cd adele + 1 cd janet seidel bertukar tangan
akibat mantera nyonya separuh usia ketika aku lewat di kedai kecilnya.
bila balik opis, aku congak balik when was the last time i bought a cd..
owh yes, it was last year, november last year with 2’s french pop compilation cd’s.
Rasa nak hantar balik bila cek resit pembelian
yang memakan bajet duit minyak kereta aku selama 3 minggu..
owh no! Adele, retorikmu sangat hebat (tapi aku bukan pemujamu,
aku cuma pengkagum suara emasmu).
memang sehingga kini
retorikmu masih tidak mampu
diatasi amy rumahwine, sarah brightman dan catherine jenkins.
owh sangat tidak adil kalau aku letak engkau dalam satu peket dengan tiga penyanyi ini...
mereka itu dalam peket nachos
yang boleh dimakan dengan sos tomato + capsicum
ketika petang hari saja
manakala engkau adalah pretzel comel
yang aku boleh habiskan perlahan-lahan
sambil menikmati teh hijau di tepi tingkap
selepas midnite sampai dinihari,
sambil menunggu kedatangan sang drakula
untuk bersahur kerana aku ketika itu
sudah menjadi vampire
yang bercita-cita menjadi manusia sejati.
Nota: Kepada dua lagi penggemar Adele...
setakat ini tiada rumours mengatakan Adele akan datang ke KL
untuk mengkonsertkan dirinya yang chubby itu...
kalau ada, sepantas kilat akan aku roger kepada kamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
ko memang terbaik ar... album 19 pun ada, chasing pavements memang tangkap perhatian aku, video dia pun terbaik dengan couple menari atas concrete pavements, sangat simbolik!. kita geng. ya pretzel, satu metafora yang amat terkesan kepada aku apabila berbicara tentang si dia, adele...
ReplyDeletei am...hahaha..wooaahh sorry aku x dak niat bangga diri tapi ntah hapa nyonya cina tu jampi aku, terbabas album 19..tapi berbaloi3! Ya..pretzel barang mahal dan comel, untuk dinikmati pada saat yang comel bersama halwa telinga yang teramatlah comelnya...
ReplyDeletekalau adele tahu, musti dia salute habess beb!
bagi aku chasing pavement tu mantap, dah la lagu ok..video clip unik, buat aku kagum...
ReplyDeletetak sempat lagi ke empire untuk dapatkan cdnya...
ReplyDeletehari tu dapat cd vanessa mae jerrr...
pretzel makan bersama strawberry tea kerana i sangat addict dgn strawberry tea....
sila roger sepantas kilat....
okeh akan diroger jika ada rumours mengenainya..
ReplyDeletepretzel comelkan..lepas satu, satu...
pretzel: once u eat it, u cannot stop it...
ReplyDeleteyerp..mengasyikkan..
ReplyDeleteLW & NP: memang koreografi yang sangat unik dan idea yang berani dalam video chasing pavements tu. pasal makan, aku balun semua... pretzel cicah kopi o pun aku boleh telan.
ReplyDeleteya...ini 1st time aku tengok video clip yg unik...really awesome! pretzel cicah kopi o...woh no... match langsung ngko...hahaha..pretzel dengan susu panas...aku suka!
ReplyDeleteatau pun ubi rebus yang dicicah dengan sambal tumis, dihadam bersama kopi o panas, ketika hujan lebat di pagi hari. itulah analogi terbaik aku untuk adele...
ReplyDeletemantap! nostalgia ubi kayu dan kopi panas masih nyata dalam minda aku...
ReplyDelete