Ashraf Haziq ni, tak pasal-pasal jadi femes di Malaya
tulang rahang patah, semalam sokkabar semua
main pic dia kat hospital, tersandar atas katil
nak tunggu operation, sambil tu ada orang besar
dari tanah air melawat dia
untung ko dik, naseb ko sangat baik
sebab tak ada luka teruk
sekurang-kurangnya
ko masih boleh meneruskan hidup
sebab ko cuma patah sikit je..
tahun lepas, sekitar awal Disember
salji renyai-renyai
kalau nak jalan kat Oxford Street pun masih ok..
kalau berlepak-lepak di Bond Street pun tak apa-apa
walaupun ada riot
kedai baju jenama mahal
Top Shop, Zara, Burberry, MnG
semua meriah dik
even kedai kopi pun
apatah lagi gedung milik al-Fayed
yang namanya Harrods
pendek kata, kalo ada 25 jam
25 jam itu akak jamin tak cukup
untuk tawaf gedung tu..
tiba-tiba jam 9 malam waktu London
cuaca sejuk
panggg!!! cermin sebuah kedai baju
di situ pecah berderai
siren polis di mana-mana
dan akak berada di lokasi itu
namun tak seburuk ini..
esoknya...
jalan-jalan lagi, di rumah pak duta, salji menebal di luar, mencucuk tulang hitam, ada fesyen show katanya
makanan penuh meja, wanita anggun berbual santai, akak menepi saja, sambil bercakap dengan sorang kakak ko dik..
"berapa hari di sini..."
"10 hari.."
"dah jalan mana?"
"primak, hay majesty..
"owhh buat apa kat situ?
"saya tengok teater, phantom of the opera.."
" kat KL tak ada kan...suka teater ya"
"a ah..tiket mahal, tapi bukan selalu boleh tengok kat panggung lama di London ni.."
kakak anggun ini senyum manis tapi penghujungnya sinis...aku buat tidak peduli.
"okeh nanti kalau datang London lagi, contact akak...tak payah sewa hotel.."
Aku pun dengan hati mulia menelan kata-kata itu tanpa curiga sama ada berbau racun atau bersari madu.
pot pet! pot pet! pot pet! indah2 semuanya yang dibualkan dan pergerakan aktiviti di rumah pak duta berjalan lancar dengan tetamu masing berpuas hati dengan pertunjukkan fesyen yg pada aku tak adalah bangga sangat pon tapi bolehlah untuk paksa aku tepuk tangan..
masa nak balik, sekali lagi kakak manis sinis bisik pada aku
"...lw, nah ambik alamat kakak, jangan lupa beritahu kalau nak datang London."
Aku buat kedua kalinya mula percaya..wahh baiknya Melayu London walaupun sebelum ini ada surat layang kata Melayu London Sombong...
makan tdo! makan tdo!
aku add kakak manis sinis di FB
sekali berpapasan di skrin bisu neh
dia ramah
dua kali..dia masih ramah...
tiga kali, pun masih manis ramah..
aku hantar mesej pendek..
"...kakak, early winter saya turun ke sana..."
sampai kini, tiada jawapan
bos aku pun kata
"...u kensel trip tu, London riot!"
hmm...akukah yang bernasib baik atau ideologi Melayu London Sombong memang benar...
London terus kecoh...
aku doakan, Izzat, Izzah dan Wan Najah Maryam selamat..
betullah kata artikel yang aku pernah baca, suatu ketika dulu...
artikel ini aku ceduk dalam sokkabar Berita Hairan:
Publication Name : Berita Harian
Date of publication : Tue, Aug 5, 2008
Headline : `Orang kampung' sombong di London
Byline : Oleh Salina Abdullah
ORANG Malaysia/Melayu di London mengada-ngada? Itulah tanggapan penulis serta sebahagian yang lain setelah menjejakkan kaki ke kota metropolitan itu. Setelah dua kali ke kota serba lengkap lagi moden itu dalam tempoh 10 tahun, perbezaannya ketara, tetapi yang tidak berubah ialah sikap orang Malaysia di sana.
Mungkin kerana terlalu ramai orang kita di London sekarang, di mana saja tempat dikunjungi pasti terserempak dengan `orang kampung'.
"Seronok jumpa orang kampung?." Kalau itulah soalan ditanya, jawapan penulis pastinya "tidak!" kerana pada penulis orang Melayu di London, sombong!
Berdepan, berselisih malah berlaga bahu, selamba saja. Jangankan nak senyum, pandang pun tidak, bertegur lagilah, jauh sekali. Entahlah, tak tahu mengapa, nak kata sebab tak kenal, memanglah tak kenal, tapi tak salahkan bersikap mesra, setidak-tidaknya tak menyombong, senyum sudah memadai.
Keadaan amat berbeza bila bertemu `orang kampung' di tempat lain. Negara yang pernah penulis kunjungi seperti Amerika Syarikat, Sweden, Jordan, sekadar memberi beberapa contoh, memperlihatkan betapa orang Malaysia di negara terbabit rajin menyapa, senyum jangan ceritalah. Soalan pertama, "Dari Malaysia?" Sejuk hati...
Kenapalah orang Melayu London jadi macam ini ya? Bukan penulis saja mempunyai pandangan begitu terhadap mereka, begitu juga kebanyakan yang lain. Agaknya sebab ramai sangat orang Melayu di sana, sama ada yang bekerja, bermastautin mahupun menuntut di London. Jadi tak hairan sangatlah dengan kedatangan orang kampung, mungkin...
Kesempatan menemu bual beberapa penuntut Malaysia dan rakyat Malaysia yang bekerja di sana, penulis kira faktor keselesaan hidup di kota London adalah antara penyebab wujudnya golongan atau fenomena Melayu-London ini.
Tidak sukar mencari wang di kota London ini, kata mereka, asalkan rajin dan pandai mencari peluang. Paling penting, peluang ada di mana-mana, pendek kata, London, lubuk emas buat yang rajin.
Bagi pelajar, jika rajin mencari kerja sampingan, tidak perlu berharap sangat pada duit biasiswa atau pinjaman, sebaliknya mampu menghantar wang untuk ibu bapa dan keluarga di kampung. Seperti kata Fina, seorang penuntut Malaysia di sana, kerja sebagai pembersih bangunan juga mampu mendapat kira-kira 2,000 pound (kira-kira RM12,800 sebulan).
Satu pendapatan yang besar, tambah pula, harga barangan, makan, minum, pakaian, murah, lebih-lebih lagi jika ada jualan murah.
Hampir setahun setengah `menghuni' kota London, Fina seronok di sana. Mudah mendapat wang, kos sara hidup rendah, hinggakan dia tidak mahu lagi pulang ke tanah air, lebih-lebih lagi apabila mendengar rata-rata semua harga barangan di tanah air mencanak naik.
Kata Fina, ramai ahli keluarga dan rakannya di Malaysia mengeluh harga barang di Malaysia naik. Petrol naik sehingga RM2.70 seliter ini, jauh lebih mahal daripada apa yang ditanggung di London ketika ini, katanya.
"Kalau gaji di Malaysia RM2,000 pun, minyak sampai RM2.70 seliter, ia dua kali lebih ganda daripada kos ditanggung bagi yang berpendapatan serupa di sini, mengambil kira 1 paun kepada 1 paun, gaji 2,000 paun, minyak baru 1.18 paun seliter," katanya.
Malah harga kereta pun murah. Kota London juga menawarkan banyak peluang perniagaan bagi mereka yang berani mencuba. Industri makanan umpamanya adalah satu bidang yang terbentang luas buat pengusaha makanan.
Penulis sempat mengunjungi dua restoran masakan Malaysia ketika di sana. Restoran JomMakan dan Awana, kedua-duanya milik rakyat dan syarikat Malaysia. Awana mengetengahkan konsep `fine dining', restoran mewah, manakala JomMakan, konsep lebih mudah, ringkas dan pantas.
Sambutan, memang menggalakkan, seiring kecenderungan dan minat warga London juga United Kingdom mencuba dan menikmati makanan dari negara asing. Setakat ini, kira-kira 50 restoran masakan Malaysia beroperasi di sekitar United Kingdom.
Nampaknya, semakin banyak restoran Malaysia di London, di United Kingdom, semakin ramailah juga rakyat Malaysia yang akan menginap di sana. Justeru, tidak hairan jika fenomena Melayu-London juga akan berkembang.
Kepada Ashraf Haziq, semoga rahang ko cepat sembuh dik!
akak doakan ko adalah antara Melayu hebat kelak...
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
mujur tak pernah jejak punggung ke sana, jadi tak perlu buat `ukur aras' tahap kesombongan mereka. aku cuma angguk setuju je, sebab terkesan dengan iklan raya tv3 adibah nor dulu, juga pasal melayu sombong di sana.
ReplyDeletehahaha..aku benci nak ukur tahap berapa tinggi hidung mereka tapi terpaksa beb!..makanya masuk kandang rimau..mengaum le juga...
ReplyDeleteoo iklan tu memang syiok..
musibah pada adik tu
ReplyDeleterahmat buat keluarga adik tu...
yelah tup2 mak bapak ditaja untuk melawat dia kat london...
i suka oxford street..mcm2 ada...murah murah 5 pound sajer... nak beli barang jangan sekali2 convert ke RM, kalau tak memang tak membeli laahhhhh...
alah u, dia takut u tumpang rumah dia laa tu.... orang kata ask2 chicken...
a ah.tersangatlah rahmat pada adik tu..basikal, psp, lap top, hp, duit..semua orang dah bagi..peh tu bleh jumpa mak bapak plak tu..tuah badan tapi dia pun kira nasi baik amat sebab patah rahang je kan..
ReplyDeletei patut dah agak daripada awal dia ask2 chicken saja!
orang kata rahmat datang bersama musibah and vice versa
ReplyDeletemana nak tahu kan dia ask2 chicken je...
yerp..dalam sekejap itu juga boleh kenal kan..
ReplyDelete1st of all, kesian pd adik tu br sebulan duk UK dh kena tumbuh ugut bunuh..
ReplyDeletewell, i ingatkan i yg pikir mmg melayu kt sini camtue ke? mase pegi london aritu i did btembung dgn melayu london yg study kt sana makan dlm restoran noodle oodle duk sebelah menyebelah tp ya ampun nk senyum pn susah..
tp kite yg tourist2 ni pantang btemu mesti nk tegur pegi mana makan mana shopping mana..
harrods, bg seminggu pn tk jenuh pegi especially kt tempat coklat n cakes..adorable amazing sweet
MZ.ya sangat..lagi tarik muka ada...cakap memang slang habes..beza sungguh dengan kita..rasa sumer nak tegur kan..
ReplyDeleteseminggu nak tawaf harrods? cukup ke..hihihi