Saturday, 20 August 2011

ketakutan yg tidak berasas...

kerap masuk ke telinga aku..perasaan takut itu adalah satu rasa yang ada dalam diri kita sendiri, tiada hantu dan tiada makhluk lain kecuali perasaan takut yang kita sendiri develop dalam diri. karut? benar? tepuk dada tanya selera..mau jadi penakut atau berani gila..kondisi aku kini adalah berani dalam penakut, kenapa? kerana hidup mesti ke depan sebagaimana langkah...

setiap hari, aku buat rutin sama..supaya aku boleh menjejak sebarang kelainan yang berlaku sekeliling terutama di kediaman 'vampire from dusseldorf' ini..kini kepekaan aku adalah tahap 100 %.pisau berubah kedudukan pun aku boleh perasan apatah lagi kedudukan lain-lain benda di dalam rumah.

satu petang, aku balik keje, hari senja..hampir jam 7. cina depan rumah sibuk baca mantera. india sebelah kanan pula sibuk dengan loceng. aku masuk rumah dengan otak sendat. bunyi air dari akuarium jelas je. ok..semua clear..naik tiga anak tangga, aku perasan pintu bilik menuju ke kitchen sedikit renggang..wahh..apa lagi..jantung menambah kelajuan degupan..okeh aku cool...naik lagi 12 anak tangga, aku sudah di aras 1...ke kanan masuk bilik aku..dan sekali lagi aku perasan kedua-dua pintu bilik belah kiri renggang macam ada tangan yg menolak...masyaAllah..jangan ada manusia di dalam bilik itu..aku tawakal dan tarik nafas, masuk ke kedua-dua bilik dan tiada apa...kosong dan kaku, dull...

lepas bertenang, aku kemas beg baju kerana keberanian sudah diragut seketika. tiada penyelesaian tangan siapakah yang membuka ketiga-tiga pintu bilik di rumah..kalau angin yang meniup, mana kan perkasa sang angin membukanya..mesti ada hide and seek berlaku yang mana akal aku tidak dapat merungkainya...mesti ada tangan yg membukanya, yang memegang tombol secara nyata...

sampai jam 10pm, akal aku buntu...
jari aku tekan 013-229xxx
dik..ko datang ambik akak, nak tdo rumah ko malam ni...
rumah kami tidak jauh pun tapi tau le jalan raya kan..koner sana koner sini macam jauh jer..
bila sampai rumah dia
aku siap nak tdo bagai
..kak, tadi saya p rumah akak, ada kawan nak tengok, kami buka semua bilik kecuali bilik akak..
sigh!!! aku lupa dia ada satu set kunci rumah aku..
itu jam juga aku rasa nak berlari balik ke pangkuan katil dan tilam  serta bantal yang aku tinggalkan akibat ketakutan yg tidak berasas...



13 comments:

  1. kau perlu buat sesuatu...

    ReplyDelete
  2. aku dah tak tahu nak buat apa...

    ReplyDelete
  3. ayooo lain kali cakap laa kan awal2....
    saspen betul...

    ReplyDelete
  4. tu la pasal...rasa nak hencap je masa tu...naseb baik pangkat adik..kalu tak..habes kena sembur..

    ReplyDelete
  5. LW: kau buat tak tau je...
    NP: nak bagi sedap cerita, kena la belok dulu...

    ReplyDelete
  6. SM: aku ni jenis penakot tahap gaban..bila mengalami situasi macam tu...aku rasa nak gugur jantung but then after a few months..aku dah use to it..hidup sorang, makan sorang, tidur sorang (of coz la kan..haishh) dan bercakap sorang...bila aku jawab telefon..hahaha
    NP: ada banyak lagi siri mendebarkan berlaku pada i...terutama semasa i menyewa di sebuah rumah bersama hantu R tu...bila ada masa i citer..

    ReplyDelete
  7. pergh...! sewa dengan hantu...? ini dah macam nenek kebayan dia punya semangat berani. aku tak percaya, kencing ar.

    ReplyDelete
  8. hello..kencing2 x main arr...itulah dugaan menjadi sang penakot..tiba-tiba tercampak ke dalam rumah berhantu...mati hidup balik pun aku tak percaya aku mengalami semua itu..bukan sebulan dua, dua tahun setengah ngko...sadis!

    ReplyDelete
  9. apsal u tak cabut jer????
    ooh scarry...

    i pun dah get use hidup sorang2 kat rumah tu... and i love it very2 much..peace and harmony... ikut rules i..kang kalau ada laki, dia tak ikut peraturan, tak kan nak hambat masuk baris pulak kan??

    ReplyDelete
  10. LW: kau sekarang dah mula bermutasi menjadi `makhluk penghisap darah', mana mungkin kau takut lagi.
    NP: ok la tu, kamu berdua sama-sama keluar baris. double harmony...

    ReplyDelete
  11. NP that time I masih dgn cekki I lagi...tu pun gaduh sakan sebab pengaruh hantu kan..finally kami pindah tapi lagi haru...kemudian la I buat entry Keh pasal hantu ni...
    O ya I pun dah get use dgn kondisi sunyi senyap..boleh suka suki je kan nak buat apa...

    ReplyDelete
  12. SM: aku terpaksa menjadi makhluk yg ditakuti semata-mata untuk menangani ketakutan yg tidak berasas...
    NP: i nak buat n3 panjang pasal hantu raya..tunggu...

    ReplyDelete
  13. that one i kena baca di siang hari..kalau baca di malam hari harus i pecut ke rumah my sista di sana ...

    betul betul dok sorang2 pun tak ada hal..mandi pun kadang2 tak tutup pintu... jalan dalam rumah pakai panties dan bra pun tarak apa...

    he he..tu contoh..ha ha a...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...