Menemui dia,seperti biasa tidak banyak kata-kata yang diucapkan ketika berdiri sejurus di ruang yang dipenuhi orang itu, tapi aku tahu diam itu tidak bermakna tiada bicara kerana diam yang sunyi adalah bisikan suara mengepung sejuta kata cuma tidak terucap lantaran kami membiarkan diam dan sunyi mentafsir suasana. Naskhah tersirat itu bertukar tangan. Ingin saja aku mentafsir setiap aksara di dalam lembaran kuning itu kerana di setiap huruf itulah aku mampu menelusuri sifat peribadinya..seperti batu-batu di laman, yang sentiasa kejap oleh akar merapat di bumi memaku sejumlah kenangan yang tidak mungkin luntur sampai bila-bila kerana detik itu hanya datang sekali dalam hidup.
Dia yang sentiasa dalam ingatan..RZ.
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email: shaidahshafie@gmail.com
Saturday, 30 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Beli je kat Jaya Grocer..
Beberapa hari lalu, sempat memenuhi jemputan Jaya Grocer Sunway sempena pelancaran empat label makanan yg cukup disukai ramai iaitu K Fry, V...

-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
No comments:
Post a Comment